"Petang ni aku ada meeting dengan PRD. So aku lambat sikit balik tau,"kata Raisya kepada roomatenya, sekadar pemakluman sebelum keluar bilik pagi tu. Dia segera bergerak ke kelas kerana sudah terlambat. Petang tu, selepas jam 4:00 petang, meeting PRD sepatutnya sudah dimulakan. Tetapi biasalah, ada pelajar yang lambat. Mungkin pensyarah mengeluarkan mereka lambat dari kebiasaan. Atau mungkin baru sedar dari tidur mereka.
Meeting diadakan selama hampir sejam. Mereka meeting berkenaan program yang akan dijalankan oleh PRD untuk semua pelajar. Jadi banyaklah persiapan yang terpaksa dilakukan untuk memudahkan perjalanan majlis itu nanti. Meeting habis dalam jam 5:30 petang. Raisya yang kepenatan. Seharian kelasnya penuh hari ni ditambah pula dengan meeting ni, badannya sedikit letih dari biasa.
Dia pon berjalan laju, hendak segera sampai ke bilik. Dia sudah tidak sabar untuk merehatkan dirinya. Mindanya juga sudah terlalu penat petang tu. Dia terpaksa melalui kawasan gym yang selalu digunakan oleh kaum lelaki untuk segera sampai ke kolej kediamannya. Banyak lelaki yang berkumpul di situ. Mula beriadah mungkin. Tapi dia tidak hiraukan pon kewujudan mereka. Di kepalanya sekarang, dia mahu segera pulang dan tidur. Dia benar-benar penat hari itu. Tak lama, dia seakan tersedar sesuatu.
Dia ternampak seseorang yang sudah lama dia tak temui. Raut wajah yang setiap hari dirindui. Sentiasa berlegar difikirannya. Lelaki itu! Dia sedang melakukan senamannya. Mungkin tidak sedar dirinya diperhatikan. Raisya terberhenti dari melangkah kerana terlalu ralit memerhatikan lelaki itu. Pelajar lelaki yang lain sudah pandang-pandang kepadanya, tertanya-tanya mungkin, apa yang perempuan buat di sini?
Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki dari arah belakang. Mereka terlalu bising dan kecoh sehingga menyedarkan Raisya dari anganan panjangnya. Dia segera berlalu dari tempat tersebut. Risau menimbulkan salah faham pula. 'Aduh sempat pulak lah berhenti tadi. Siap usha pulak tu. Malunya' bisik hati kecil Raisya. Yang dia tidak sedar, tindakan itu sebenarnya sudah disedari lelaki tadi. Dia saja je buat tak nampak kerana yang pasti, dia dah nampak Raisya dari Raisya keluar dari bilik meeting tadi sebab dia pon perhatikan Raisya.
*****************************************
"Wei aku lapar lah. Jom turun makan kat cafe?" ajak Farhana. Dia segera bersiap untuk turun. Sudah lapar benar nampaknya tu. "Ha jom lah, aku pon lapar lah" balas Raisya lalu berlalu untuk bersiap. "Boleh kirim tak? Aku tak sempat nak turun. Aku ada latihan bola jaring japgi" kata Nadia. Dia memang atlet bola jaring kolej ni. So biasalah banyak latihan yang dia kena sertai."Boleh je. Kau nak order apa?" balas Farhana. "Owh belikan aku kuew tiaw goreng basah. Air takyah. Cair je nanti. Nanti habis latihan aku singgah beli kejap" balas Nadia pula. "Ha kau Diana? Nak kirim ke nak turun sendiri?"tanya Farhana kepada Diana pula. "Eh takpe, satgi aku nak gi dating. Nanti aku makan sekali dengan pakwe aku" balas Diana. Member memang tak single dari sekolah. Couple dari zaman sekolah tu. Mana boleh tinggal.
"Okay aku dah siap" balas Raisya, baru memunculkam diri selepas menghilangkan diri untuk bersiap tadi. "Okay dah jom ler kita ke cafe, menikmati udara cafe" seloroh Farhana. Mereka segera berlalu ke tangga untuk turun ke cafe. Mereka mula meletakkan order mereka di tempat yang disediakan. Itu sistem yang digunakan di cafe berkenaan. Nak memudahkan pengurusan agaknya.
Sambil menunggu makanan siap, mereka berbual sesama mereka berkenaan banyak topik. Kadang mereka menonton televisyen pula. Tak lama, makanan yang dipesan pon sudah siap. Mereka mula makan makanan yang mereka order tadi. Mereka ingin segera berlalu ke bilik dan berehat. Al maklumlah, Raisya baru je tiba di bilik sebenarnya tadi. Dia mahu segera berehat.
Semasa berjalan pulang ke bilik, dia berselisih dengan sekumpulan budak lelaki. Tiba-tiba salah seorang dari mereka terlanggar bahu Raisya dan menyebabkan air milo yang dibungkus tadi jatuh dan pecah. Kesan dari pelanggaran itu menyebabkan baju yang dipakai oleh Raisya basah dan bertukar warna ke warna coklat sebab terkena air milo yang dipegang tadi. Dia dahlah memakai baju putih. Argh sudah. Kenapalah dia pakai baju putih harini?
YOU ARE READING
The Q : Amzar Qhalif
RomanceTarikh mula : sept 2020 "Kita sebenarnya apa eh? Kawan ke ... couple?"tanya Raisya inginkan kepastian. "Tak boleh ke kalau kita berkawan sampai kahwin?"kata Amzar. "Kita sama-sama berusaha untuk halalkan hubungan ni. InsyaAllah suatu hari nanti, jod...