Bab 4 - Kekok

10 0 0
                                    

Mereka masih segan dengan satu sama lain. Mereka menjadi terkulat - kulat malu tersipu pon ada dah ni. Macam - macam jelah dorang ni. Tapi tak lama pon situasi ni. Mula - mula memang kekok tapi lama - kelamaan kekok tu mula hilang kerana Raisya yang memang peramah dan banyak modal nak bercakap.

Dia tak sukakan suasana yang senyap. Lagipun, mereka kan nak berkenalan. Kalau diam je, bila nak berkenalan kan. Kadang - kadang ada juga mereka bergelak ketawa. Entah apa yang lawaknya pon taktau lah.

Petang tu, mereka berjalan berdua. Mengelilingi KMAJ. "Awak, nak tanya boleh? Awak orang mana?" tanya Raisya. "Awak rasa?" balas Amzar, mahu berteka teki. "Saya tak rasa awak orang sini tapi taktaulah. Saya teka je" balas Raisya, bermain dengan permainan teka teki oleh Amzar

"Saya orang Selangor. Gombak. Awak pulak?"jawab Amzar. Malas nak berteka - teki lagi agaknya. "Saya orang sini. Mak ayah saya orang sini so saya kira orang sini lah kan" balas Raisya sambil tergelak.

"Hahaha. Betul lah tu. Awak modul 3 kan?" tanya Amzar pula. "Eh mana awak tau ni? Awak stalk sampai boleh tau ke?" serkap Raisya, pura - pura marah. Amzar ketawa. "Eh taklah. Saya teka je. Mana nak tau betul" kata Amzar, bersama sisa tawanya

"Hurm yelah tu" kata Raisya sambil mencebik sedikit. "Hurm kalau awak modul 1, maknanya awak nak jadi doktor ke?" tanyaRaisya pula. Amzar dah bagitau tadi yang dia modul 1.

"Rancangnya tapi taktau lah nanti. Nak habiskan matrik ni pon penat je dah ni. Medic pulak perlukan masa yang lama nak habis belajar. HO, MO apa semua lagi. Taktaulah, maybe saya kena fikir balik kot" kata Amzar.

"Eh takyah lah. Jadi je lah doktor. Best apa. Boleh rawat orang. Belajar banyak benda pasal manusia. Kehidupan manusia. Awak taknak ke? Bukan semua orang ada chance ni" pujuk Raisya.

"Kenapa awak cakap macam tu pulak? Semua orang ada chance lah. Lagi - lagi yang masuk matrik ni. Lagi cerah. Secerah Asasi tau" kata Amzar pula. Dia musykil pula tiba - tiba. "Cuba awak tengok saya. Saya dulu nak sangat jadi doktor. Saya suka belajar sains. Biologi, kimia semua. Tapi bila exam, selalu saya dapat teruk. Alasannya sebab saya tak boleh nak ingat semua yang saya belajar tu masa exam. Tak keluar saat diperlukan" jelas Raisya sambil tersengih.

Dia kemudian menyambung kata - katanya, "Sampai satu saat saya sedar saya sebenarnya tak mampu nak jadi doktor. Saya suka belajar tapi saya tak mampu nak ingat. Ingatan saya lemah sikit. Hahaha" katanya.

"Cuba awak bayangkan kalau patient datang, saya kena selak buku dulu sebab tak ingat simptom. Haih tak ke haru jadinya tu nanti. Mati dah agaknya patient tu bila saya jumpa simptom dia" sambungnya sambil membayangkan betapa harunya keadaan tu nanti.

Amzar juga turut ketawa. Terhibur dengan kata - kata Raisya. "Betul jugak awak cakap tu. Takpelah nanti saya pikir balik. Saya pon kena bincang dengan parent saya jugak ni"respons Amzar.

Keadaan tiba - tiba menjadi sunyi bila tiada perbualan antara mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk memandang ke arah Raisya. Dia memerhatikan Raisya yang ralit memandang ke arah tasik di depannya.

Dia tak sedar Amzar memandangnya. Dia terlalu ralit memerhatikan tasik buatan di hadapannya. Ada ikan tengah berenang lah. Dia ralit memerhatikan ikan itu.

"Raisya.." panggil Amzar. Raisya yang terkejut kerana dipanggil segera menoleh ke sebelah kirinya. "Ke..kenapa?" kata Raisya. Bergetar sikit suaranya. Gugup dengan keadaan senyap dan suara merdu Amzar tu.

"Hahaha awak ni kelakar lah. Saya panggil je. Bukan sergah awak pon" kata Amzar sambil ketawa. Muka Raisya sebentar tadi terlalu lucu sehingga Amzar tak boleh nak lupa.

"Diam lah awak. Kenapa panggil saya tadi?" kata Raisya. Malas mahu melayan ketawa Amzar sebentar tadi. Dia mula mencebik dan mulutnya terkumat kamit je dari tadi. Mengutuk Amzar lah tu.

The Q : Amzar QhalifWhere stories live. Discover now