Permandangan kota Seoul yang indah tersergam sudah tidak lagi kelihatan . Semuanya sudah musnah . Asap di udara kian menebal disebabkan terlampau banyak kereta yang meletup dan terbakar . Wabak virus ini memang betul betul menghuru harakan keadaan . Hampir sebahagian penduduk dah dijangkiti wabak yang datang tah dari mana . Sekelip mata negara itu menjadi "Zombie Zone" .
Sudah hampir 30 minit mereka berjalan. Tiada hala tuju atau matlamat , hanya terus menerus mengorak langkah . Mereka sendiri tidak tahu ke mana mereka nak pergi , dimana mereka nak bersembunyi .
Semua tempat nampak tak selamat . Ada saja mayat hidup berkeliaran cari mangsa untuk diratah .Selang beberapa minit mereka tiba di sebuah lorong bangunan yang sudah terbengkalai . Hanya sekadar meneliti di setiap ruangan yang ada . Takut takut zombie muncul depan mata .
Lutut Yeji yang luka berdarah itu membuatkan dia tidak mampu membuka langkah besar untuk berjalan lebih laju seiring dengan kawan kawannya yang berada di hadapan . Perlahan saja dia berjalan sambil memandang keadaan sekeliling . Tiba tiba tangannya ditarik kuat oleh sesuatu . Sempat dia berdoa dalam hati sebelum menoleh ke belakang , berharap agar "sesuatu" yang menarik tangannya tadi bukan zombie . Dia menatap wajah yang sangat dikenali , wajah yang sangat dirindui , wajah yang dia ingat tidak akan nampak lagi buat selamanya . Dia menjerit gembira saat melihat Lia betul betul berdiri di depannya . Sungguh tidak disangka , kawan yang dia anggap sudah tiada , muncul kembali di pangkuannya .
"YA ALLAH LIAAAAA !!!!! KAU PERGI MANA ????? AKU INGAT AKU DAH HILANG KAU UNTUK SELAMANYA . AKU RINDU KAU !! " - menjerit Yeji sambil memeluk Lia erat . Rasa macam tak mahu lepaskan pelukan itu . Jeritan Yeji tadi menyedarkan kawan kawannya termasuk Minho yang sudah berada jauh di depan . Mendengar jeritan itu , mereka terus berlari menuju ke arah Lia dan Yeji yang masih berpeluk erat . Mereka juga terkejut melihat keajaiban Lia yang masih survive dari diserang zombie walaupun pada awal keadaannya agak tidak stabil di hospital.
"LIAAAA !!!" - Ryujin , Yuna dan Chaeryeong turut berpelukkan . Lia sudah tenggelam dek dipeluk oleh mereka berempat .
"Liaaa macam mana kau boleh sampai sini ????? And how you survived yourself dari zombie zombie ?? " -tanya Ryujin selepas mereka meleraikan sesi peluk memeluk .
"Panjang ceritanya guys ...ada orang selamatkan aku , sebab tu aku ada kat sini . Puas aku merantau cari korang , syukur kita dah jumpa balik ." - balas Lia
Mereka berempat termasuk Minho berasa hairan. Siapa hamba Allah yang selamatkan Lia dan bawa dia sampai ke sini .
"Nanti aku cerita , sekarang ni kita sembunyi dulu . Aku dengar zombie nak buat tour berjemaah kat area area sini . Jom ! " - ajak Lia
"Jom ke mana Lia ?? Nak lari ke tempat lain ke ?? Penat dah ni " - Yuna bersuara sambil membuat muka letih . Sudah jauh mereka merantau tanpa sebarang destinasi tetap, memang lah penat .
"Eh tak tak . Ikut aku ke tempat persembunyian khas . Seharian aku duduk disini dengan appa Lee dan eomma Lee . Mereka yang selamatkan aku kat hospital tadi . " -balas Lia sambil tersenyum menampakkan dimple di wajah comel nya .
"Wahhh macam markas kotak kah ??!! " - Yuna
"Kau ni ! Main main pulak ." -ujar Ryujin sambil mencubit pipi Yuna .
"Hehe lebih kuranglah . Tunggu apa lagi , zombie datang kang . JOM " - Lia
Mereka serentak mengangguk . Ryujin membantu Chaeryeong berjalan mengikut Lia . Begitu juga dengan Yuna yang mengiringi mereka . Tinggal Minho dan Yeji dibelakang . Lama juga mereka berdiam diri sambil berjalan menuju ke tempat persembunyian Lia . Yeji akhirnya bersuara.
"Minho ." - panggil Yeji
"Ye , kenapa ? " - Minho
"Thank you" - Yeji
YOU ARE READING
Run !
AdventureLari untuk terus hidup . Sama seperti dalam filem Train To Busan , kini kota Seoul pula diserang wabak bahaya . Perjalanan sekumpulan remaja untuk selamatkan diri mereka dari diserang zombie . Mampukah mereka bertahan dan selamatkan diri ? Straykid...