Bab 7

576 27 0
                                    

Setelah perkahwinan mereka mencecah setahun,Tengku Aiman Qalish mula menyukai sikap dan cara layanan Ainur Qalisha terhadap dirinya. Ainur Qalisha pun turut merasai perkara yang sama namun kedua-duanya tidak mahu mengakui perasaan masing-masing.

Ainur Qalisha menyiapkan sarapan pagi di dapur. Setelah siap,dia mengorak langkah menaiki tangga menuju ke tingkat atas yang menempatkan bilik Tengku Aiman Qalish. Tombol pintu dipulas setelah dibenarkan masuk oleh suaminya.
Kelihatan Tengku Aiman Qalish sedang mencari sesuatu di dalam rak baju.
"Awak cari apa tu?" Tanya Ainur Qalisha setelah lama memerhatikan suaminya yang membebel sorang2. Kalah makcik Joyah yang di kampung tu.
"Kau ada nampak tali leher warna biru aku tak? Tolong carikan,aku dah lambat ni" ujar Tengku Aiman Qalish lalu berdiri memandang Ainur Qalisha. Lalu Ainur Qalisha berjalan menuju ke laci,setelah mencari dia menunjukkan kepada Tengku Aiman Qalish.
"Yang ni ke?" Tanya Ainur Qalisha lalu Tengku Aiman Qalish menganggukkan kepala.
"Tolong pasangkan" pinta Tengku Aiman Qalish sambil memandangnya.
"Err saya tak retilah" balas Ainur sambil menundukkan kepalanya.
"Meh sini aku ajar,lepasni senang sikit aku suruh kau" ujar Tengku Aiman Qalish lalu mengambil tali leher di tangannya dan dipasang ke leher Ainur Qalisha. Ainur Qalisha hanya memerhati cara Tengku Aiman menyikat tali leher itu dilehernya.
"Ok dah siap" ujar Tengku Aiman Qalish. Tali leher itu ditanggalkan oleh Ainur lalu dipasang di leher suaminya tapi tak sampai.
Tengku Aiman Qalish hampir ketawa memandang isteri yang terjengket-jengket itu. Lalu di mendukung Ainur Qalisha dan diletakkan di atas katil,Ainur tergamam dengan kelakuan Tengku Aiman Qalish.
"Dah sampai kan,siapa suruh pendek sangat. Dah cepatlah pasang,aku nak masuk kerja dah ni" perli Tengku Aiman Qalish padahal dalam hati dia rasa seronok sebab dapat menyakat isterinya.
"Dah tahu saya pendek tak payahlah nak suruh orang" balas Ainur Qalisha dengan wajah sakit hati dan geram.
"Eh marah pula sayang i ni,dahlah jom turun sarapan" ujar Tengku Aiman Qalish selepas itu dia berlalu keluar dari bilik itu menuju ke dapur untuk bersarapan.
"Sayang? Weyh nasib baik jantung aku tak jatuh tadi" ujar Ainur Qalisha perlahan sambil memegang dadanya. Lalu dia menuju ke dapur.

Selepas bersarapan,Ainur Qalisha mengekori langkah suaminya menuju ke depan rumah.
"Sebelum aku terlupa,petang nanti Mummy dan Daddy datang sini. Jadi kau masak la apa2 untuk makan malam" ujar Tengku Aiman Qalish sambil memasang kasutnya.
"Err barang dapur dah habis,macam mana nak masak?" Tanya Ainur Qalisha dengan takut-takut.
"Takpe la,nanti petang ni saya balik awal sikit. Kita pergi beli barang dapur" ujar Tengku Aiman Qalish lalu tangannya dihulur pantas disambut oleh Ainur Qalisha dan dikucup perlahan. Ainur Qalisha hanya menganggukkan kepalanya.
"Aku pergi kerja dulu,assalamualaikum" ujar Tengku Aiman Qalish lalu menerobos masuk ke dalam keretanya.
"Waalaikumsalam" balas Ainur Qalisha perlahan sambil memandang kereta yang dipandu suaminya meluncur keluar dari halaman rumah mereka. Lalu dia pun masuk ke dalam rumah untuk mengemas rumah.

Bunyi hon kereta kedengaran di halaman rumah. Ainur Qalisha mencalit bibirnya menggunakan pelembap bibir. Setelah puas meneliti badannya yang tersarung baju blouse berwarna biru dan skirt warna hitam dikenakan dengan tudung berwarna biru pudar,dia keluar dari bilik sambil tangan memegang beg tangan.
Setelah mengunci pintu rumah,dia berlari anak menuju masuk ke dalam kereta suaminya. Nasib baik tak guna kasut tumit tinggi,kalau tak mesti dia tergolek sebab berlari.
"Sorry lambat,saya kemas rumah tadi sampai sedar pukul berapa" ujar Ainur Qalisha lalu Tengku Aiman Qalish hanya menganggukkan kepala. Dia memandu kereta menuju ke supermarket tidak jauh dari rumah mereka.

Tengku Aiman Qalish menolak troli mengikuti isterinya yang sedang memilih bahan masakan.
"Kau nak masak apa hari ni?" Tanya Tengku Aiman Qalish kepada isterinya.
"Saya nak masak ayam masak merah,ikan siakap tiga rasa dan sayur campur" balas Ainur Qalisha sambil memilih ikan.
"Owh ok..lama lagi ke kau nak pilih,kejap lagi mummy daddy datang" ujar Tengku Aiman Qalish. Dia rimas sebenarnya lama2 disitu,banyak mata2 yang memandang ke arahnya.
"Ok dah,jom bayar" ujar Ainur Qalisha. Dia perasan suaminya kelihatan tidak selesa berada disitu kerana ramai yang memerhati suaminya.
"Tu la,siapa suruh handsome sangat macam cina + korea" desis hati Ainur Qalisha sambil tersenyum kecil.
"Hah yang kau senyum sorang2 tu apehal,dah gila?" Perli Tengku Aiman Qalish sambil tersenyum sinis. Ainur Qalisha hanya menggelengkan kepala.
Selesai membeli barang,mereka terus balik ke rumah kerana takut orang tuanya akan sampai terlebih dahulu.

Ainur Qalisha membawa barang yang dibeli tadi menuju ke dapur. Tudung dibuka lalu diletakkan diatas bangku. Tangannya lincah mengerjakan ayam dan ikan itu di dalam sinki.
Setelah beberapa jam,dia berjalan laju apabila mendengar suara memberi salam dari hadapan.
"Waalaikumsalam..mummy daddy jemputlah masuk" ujar Ainur Qalisha sambil tersenyum lalu dia meyalami tangan kedua orang tua itu. Tidak lama kemudian muncul Tengku Aiman Qalish dari arah tangga.
Ainur Qalisha meminta izin untuk menyambung kerjanya di dapur diikuti ibu mertuanya.

"Ainur masak apa ni?"tanya Puan Suraya kepada menantunya sambil menjenguk sedikit ke dalam kuali.
"Ainur masak ikan siakap masak tiga rasa. Ayam masak merah dan sayur campur dah siap masak dah mummy" balas Ainur Qalisha sambil membalas senyuman ibu mertuanya.
"Bau pun dah sedap mesti rasa dia pun sedap" puji puan Suraya sambil merasai sedikit masakan menantunya.
"Takde la mummy,masakan mummy lagi sedap" ujar Ainur Qalisha malu².
"Erm sedap..pandai Ainur Masak,lepasni confirm Aiman tak cari bini lain" puji Puan Suraya lagi. Ainur Qalisha hanya tersenyum malu.

Setelah siap makanan dihidang di atas meja. Mereka berempat menjamu selera.
"Sedapnya..Ainur ke yang masak semua ni?" Tanya Tengku Amir kepada menantunya.
"Ye daddy,Ainur yang masak semua. Hehe terima kasih daddy..tapi masakan mummy lagi sedap" balas Ainur Qalisha sambil tersenyum.
"Betul3" balas Tengku Amir sambil tertawa kecil diikuti oleh isterinya. Tengku Aiman Qalish hanya tersenyum memandang orang tuanya. Tak sangka isterinya pandai masak dan pandai mengambil hati orang tuanya.

Usai menjamu selera,mereka berkumpul di ruang tamu sambil bercerita tentang hal pejabat. Ainur hanya mendengar perbualan itu.
"Aiman,bila nak bagi mummy and daddy cucu. Mummy teringin sangat nak main dengan cucu. Aiman tak nak pergi honeymoon ke dengan Ainur?" Ujar Puan Suraya setelah lama mendengar perbualan hal pejabat antara suami dan anaknya.
"Insyaallah nanti adalah mummy,belum ada rezeki lagi.
Pasal honeymoon tu nanti Aiman bawa Ainur bila Aiman tak busy" balas Tengku Aiman Qalish.
"Yelah kalau macam tu" ujar Puan Suraya. Lalu mereka hanya bercerita sehingga jam menunjukkan pukul 9 malam. Mereka masing-masing masuk tidur untuk merehatkan badan.

***
Ok jap lagi sambung ok🍃
Jgn lupa vote and komen💋😘

I Love You Gadis KampungWhere stories live. Discover now