Tengku Aiman Qalish amat menyesal saat itu. Dia menyesal kerana terus menjatuhkan hukuman kepada isterinya tanpa menyelidik perkara tersebut.
Sampul surat yang berisi gambar itu telah dihantar kepada rakannya yang merupakan seorang penyelidik gambar palsu. Tak sangka gambar tersebut hanyalah palsu dan dia sangat menyesal dan menyalahi dirinya sendiri. Selama sebulan dia menyeksa isterinya itu. Lalu dia bergegas memandu keretanya menuju ke rumah untuk menemui isterinya dan meminta maaf.Tengku Aiman Qalish masuk ke dalam rumah. Puas dipanggil nama isterinya namun tiada sahutan. Dia mula berasa risau dan gelisah. Puas dicari di dapur dan di halaman rumah namun tidak dijumpai kelibat isterinya itu.
Lalu dia mengorak langkah menaiki tangga menuju ke bilik isterinya namun tidak kelihatan juga. Tengku Aiman Qalish ternampak sepucuk surat yang berada di atas katil. Dia mengambil surat itu lalu dibaca.Tengku Aiman Qalish a.k.a suamiku,
Assalamualaikum,
Awak,saya minta maaf sebab keluar rumah tanpa izin. Mungkin awak jumpa surat ni,saya dah takde disamping awak lagi,Saya nak pergi jauh dari hidup awak. Maafkan saya sekiranya kehadiran saya ini menyusahkan awak. Jujur,saya tak buat semua tu. Itu semua fitnah agar perkahwinan kita musnah. Tapi takpe la kalau itu yang dah tertulis dalam takdir saya,saya terima dengan redha. Saya nak awak ceraikan saya kalau itu yang mampu buat awak tak terluka dan kecewa. Saya tak sanggup hidup dalam derita macam ni,awak buat saya macam patung yang senang2 je awak nak sepak terajang. Saya dah tak sanggup dah awak. Tolonglah ceraikan saya. Saya akan tunggu surat perceraian dari awak. Selamat tinggal. Jaga diri awak baik2 sebab saya dah jauh dari hidup awak. Halalkan makan minum saya sepanjang jadi isteri awak.Your Wife,
Ainur QalishaPerlahan-lahan,airmata Tengku Aiman Qalish mengalir di kelopak mata. Dia berasa sangat menyesal atas perbuatannya terhadap isteri yang baru bertakhta di hatinya. Surat itu dimasukkan kedalam laci. Lalu dia mencuba mendail nombor isterinya namun tidak dapat. Dia buntu ketika itu. Salahnya juga kerana menuduh isterinya seperti itu. Orang tuanya tidak mengetahui tentang hal itu kerana takut ayahnya akan terkena serangan jantung. Dia akan merahsiakan tentang hal itu.
Sherry yang sedang duduk sambil meneguk minuman haram itu terus hanyut. Dia berasa puas ketika itu kerana berjaya membuat hubungan Tengku Aiman Qalish dan isterinya porak-peranda.
"Itu balasan sebab kau dah berani tolak cinta aku" ujar Sherry dalam keadaan mabuk. Lalu datang seorang lelaki tua ke arah Sherry lalu dipeluknya tubuh Sherry yang mengenakan pakaian seksi itu.
"Hye baby.. lama tak jumpa. Jom temankan I malam ni" ujar lelaki tua itu sambil menghidu tubuh badan Sherry namun Sherry hanya membiarkan. Tubuhnya ditarik menuju ke hotel. Sherry hanya mengikuti langkah lelaki tua itu. Dia sudah biasa melakukan hal tersebut.Ainur Qalisha hanya memandang ke dada langit. Dia sangat merindui suaminya ketika itu namun dia tidak boleh melakukan apa2. Dia sendiri yang lari dari rumah dan meminta cerai. Dia tidak berniat untuk melakukan semua itu namun kerana amarahnya terhadap lelaki yang bergelar suami itu sanggup menyeksanya,dia lari ke kampungnya. Airmatanya mengalir perlahan.
"Ainur tak rindukan Aiman ke? Tak baik tinggalkan suami macam tu,berdosa besar tau" ujar Nek Su kepada cucunya. Dia tidak berani masuk campur tentang hal rumah tangga cucunya itu namun dia hanya mampu memberikan nasihat sahaja.
"Takde la Nek Su,buat apa nak rindu orang yang sanggup tuduh isterinya tanpa usul periksa" balas Ainur Qalisha dengan wajahnya sedikit suram. Nek Su hanya menggelengkan kepala. Sudah puas dia menyuruh cucunya balik ke pangkuan suaminya namun tidak diendahkan oleh Ainur Qalisha. Sekiranya Pak Su Ainur Qalisha berada di rumah,pasti dimarahinya cucunya itu.
"Dah la,tak payah nak sedih2. Jom teman Nek Su masak kat dapur" ujar Nek Su lalu Ainur Qalisha hanya menuruti ucapan neneknya itu. Mereka berjalan menuju ke dapur untuk memasak.Tengku Aiman Qalish mundar-mandir di dalam bilik pejabatnya. Habis semua pekerjanya dimarahinya.
Sudah sebulan isterinya meninggalkannya.
Kepalanya pening memikirkan keberadaan isterinya itu. Lalu nombor telefon Nenek isterinya di dail.
"Assalamualaikum Nek Su. Ainur ada kat rumah Nek Su ke?" Tanya Tengku Aiman Qalish dengan risau. Dia berharap isterinya berada di rumah Nek Su yang terletak di kampung.
"Waalaikumsalam..ye Ainur ada kat sini. Aiman datang lah sini pujuk Ainur,Nek Su tak tahu apa yang dah jadi tapi Nek Su harap Aiman dan Ainur berbincanglah elok-elok ye" ujar Nek Su di dalam talian.
"Baiklah Nek Su,terima kasih. Nanti petang Aiman sampai ke rumah Nek Su. Assalamualaikum" balas Tengku Aiman Qalish. Dia sedikit lega apabila mengetahui isterinya berada di kampung. Lalu dia mengemas kertas yang berhamburan di atas meja kerjanya. Setelah siap dia berjalan keluar dari pejabatnya menuju pulang ke rumah.Tengku Aiman Qalish mengemaskan pakaian dan dimasukkan ke dalam bagasinya. Tangannya mencapai telefonnya jenama Iphone di atas meja lampu tidur dan mendail nombor ayahnya.
"Assalamualaikum daddy,Aiman nak minta cuti seminggu. Aiman nak bawak Ainur balik kampung" ujar Tengku Aiman Qalish setelah ayahnya menyambut panggilannya.
"Waalaikumsalam..ha yelah,hati2 bawa kereta tu" balas Tengku Amir di dalam talian.
"Baiklah kalau macam tu daddy,nanti kirim salam dengan mummy. Assalamualaikum" ujar Tengku Aiman Qalish lalu mematikan panggilan telefon itu.
Setelah siap dia berjalan keluar dari biliknya sambil membawa beg bagasinya. Setelah mengunci pintu dia memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta. Keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumahnya dan memandu dengan berhati-hati menuju ke kampung isterinya di Kedah.***
Jap lagi author sambung ok
Jgn lupa vote and komen🌼😘
YOU ARE READING
I Love You Gadis Kampung
Romantizm[COMPLETE] Ainur Qalisha merupakan gadis kampung yang tinggal bersama neneknya. Namun selepas kemunculan Tengku Aiman Qalish telah mengubah hidupnya seratus peratus kerana mereka dikahwinkan atas dasar wasiat arwah Tengku Haris iaitu datuk kepada Te...