“ Ingin dilupai. Namun kau terlalu berharga buat diri ini. Membuatkan aku merindui kau setiap hari. ”
↭
"V—Vladimir. I'm sorry. I'm so sorry." Terketar - ketar tangan Puteri Kira menekan luka tembakan milik Jimin. Lelaki itu mengerang kesakitan saat lukanya disentuh. Tubuhnya kini bersandar separuh pada dinding.
Kawalan nafas cuba dicari. Tarik. Hembus. Tarik. Hembus. Walaupun dia sudah beberapa kali pernah ditembak, namun kesakitan yang hadir setiap kali tubuhnya ditembusi peluru tidak pernah sama. Setiap satunya menghadirkan rasa yang berbeza. Sampai bila - bila, Park Jimin tak akan pernah terbiasa dengan rasa sakit itu.
Namun nasib sahaja, kerana adanya pengalaman, dia mampu untuk menenangkan diri sendiri. Tidak lagi gelabah seperti sewaktu pertama kali dia ditembak seseorang.
"Your Highness..." Tangannya yang berlumuran darah diletakkan di atas tangan Puteri Kira. Wanita itu masih bercakap perkara yang tiada kena - mengena. Mungkin terlalu takut sehinggakan pergerakannya tidak terkawal.
"Your Highness!" Suara ditinggikan. Keresahan tuan puteri itu tidak akan membantunya. Pertama sekali, Puteri Kira perlu tenang.
"Look... at me." Termengah - mengah Jimin menyampaikan ayat. Puteri Kira yang diam apabila disergah sedari tadi mengangkat kepalanya perlahan - lahan.
Matanya bersinar akibat cecair yang berkumpul pada tubir matanya. Cahaya bulan yang masuk melalui tingkap membenarkan Jimin melihat wajah tuan puteri itu dengan jelas.
Berpeluh - peluh bersama rambutnya yang kusut. Tiara yang berada di atas kepala sudah senget sedikit ke kiri. Kalaulah keadaan sekarang ini tidak serius, Park Jimin pasti sudah tergelak.
"I'm not dying, Your Highness. Uspakoysya, pazhalusta (please calm down)." Ucapnya selembut yang mungkin. Tuan puteri itu terdiam seketika sebelum postur tubuhnya yang tegang sebelum ini mulai melembut.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...