TENGKU AIDAN ADRIAN POV
Aku duduk melanguk di dalam office . Hari ni Hari weekdays jadi tak ada la sebusy weekend , boleh laaa aku santai santai kejap .
Ting !
Aina hahanat ;
Ngah , busy ke ?Aku kerut kan dahi membaca pesanan ringkas dari Aina satu satu adik taguna yang aku ada .
Aidan ;
Entah , kenapa ?Kenapa aku jawab ' entah ' sebab aku memang tengah tak busy tapi aku malehh betulll kalau dia ajak teman dia pergi shopping novel dia .
Aina hahanat ;
Datang lah Mega mall ni . Sendu aku kena palau ngan mama . Kau tahu je la mama bila dah jumpa kawan dia .Aku tergelak kecil membaca mesej balasan Aina . Haha siapa je tak tahu mama kalau jumpa kawan dia macam mana , macam tak pernah jumpa .
Malas nak tambah dosa mengumpat mama sendiri , terus aku membalas 'ok' tanda setuju pada Aina . Aku bangun dari duduk dan terus melangkah keluar dari office . Sempat aku capai kunci kereta dan smartphone .
Sampai saja di Mega mall terus aku park kereta dan melangkah masuk . Nombor telefon Aina aku dail .
Tut tuttt...tut tuttt....
"Ha hello" sapa Aina sebaik saja talian disambung kan
"Aku dah sampai food court" beritahu aku dengan suara tanpa nada
"The best brother ever . Muwh ! Nanti aku belanja novel !" Balas Aina selamba sebelum dia terus memati Kan panggilan . aku buat muka menyampah meskipun Aina tak dapat lihat dia pasti dapat bayang riaksi wajah aku saat ini .
Aku duduk bersandar dan bersilang tangan di sebuah kerusi . Aku meliar kan pandangan memandang sekeliling mall sehingga lah akhirnya mata aku terlihat Lara seperti sedang rushing dengan langkah besar dan laju nya .
Aku perhati saja Lara . Kelihatan seorang lelaki merentap kasar lengan Lara .
"What are you doing ?! Let me go !" Bentak lara kasar dengan wajah kemerahan nya
"Lara please give me one more chance. Please...." rayu si lelaki di hadapan lara
Dapat aku dengar jelas perbualan mereka dek kerana jarak kami hanya la dua ke tiga meter , mereka juga bercakap dalam nada teran taik jadi tak hairan lah kalau aku dengar jelas pertengkaran mereka .
"Raykal please let me go..."
Wah jadi ni lah raykal yang pernah game lara 7 tahun lepas .
"Tak . sampai awak bagi saya satu lagi peluang ."
"Saya takkan ulang kesilapan sama.." sambung si lelaki
"Patut nya aku yang cakap macam tu . Aku takkan terima kau sebab aku tak nak ulang kesilapan lama !" Marah Lara . Kelihatan 'Raykal' tersentak dengan kata kata Lara dan bertindak semakin agresif .
Aku pantas bangun dan melangkah mendekati mereka . Aku tepis kuat tangan Raykal . dek kerana terkejut terlepas genggaman erat Raykal pada lengan lara .
Aku tarik Lara berdiri di belakang aku supaya dia rasa lebih selamat .
"Boss Aidan..." dapat aku dengar jelas suara perlahan Lara yang kedengaran menahan tangisan.
"Apa ni bro kasar kasar dengan perempuan ? Dia dah kata tak nak kan ? Kau nak paksa paksa apa lagi ? Dulu pun kau yang tinggal kan dia kan ." Celah aku selamba
Raykal kerut kan kening nya , pelik I guess sebelum dia melangkah pergi sempat dia bagi amaran pada Lara .
"Kalini kau selamat Lara Tihani ." Bisik raykal perlahan
Setelah yakin Raykal sudah pergi jauh terus aku pusing kan badan kebelakang . Kelihatan cecair jernih bak mutiara keluar dari mata Lara dan mengalir deras dipipi nya .
Aku bawa lara duduk di food court untuk tenang kan keadaan . Setelah hampir sepuluh minit dia menangis , kini dia masih tersedu sedan menahan esakan .
"Bodoh dia ingat movie tamil ke nak buat come back after 7 years ." Bentak lara dengan sedu nya .
Melihat matanya yang tadi sudah berhenti menangis kini kembali bertakung air . Terus aku yang mula nya duduk berhadapan lara kini bertukar duduk disebelah nya . Aku usap perlahan kepala lara .
Tak sampai lima minit semua kembali normal , tiada lagi tangisan dan esakan .
Nampak saja kelibat Aina dari jauh terus aku beritahu Lara untuk bertenang dan buat seperti tiada apa berlaku .
"Aik angah . Ingat datang sorang ." Sapa Aina sebaik saja terpacak di hadapan meja yang aku dan Lara duduk .
Aku tak membalas apa apa sebaliknya mengaju kan soalan lain pula .
"Mama mana ?" Soal aku
"Tu ha , tak tahu nak jalan ke nak sembang . Dari tadi pot pet pot pet je dia ." Beritahu Aina .
Aina kelihatan friendly saja menegur Lara . Dasar budak tak reti malu .
Mama dan dua orang rakan nya tiba , serentak aku dan lara bangun .
"Ha Yam , ni la anak bujang i yang i kata single tu ." Beritahu mama pada salah seorang rakannya .
"Lah boleh la ni kita berbesan , anak saya pun..." belum sempat Auntie Maryam menghabis kan kata kata aku sudah memotong laju
"Eh ma mana ada single . Ni aidan bawak bakal menantu untuk mama ni" potong aku selamba . Lara yang sedang berbual dengan Aina juga sudah terdiam dek kerana terkejut .
Lara cubit lengan aku minta penjelasan .
Aku juga terkejut dengan kata kata spontan yang keluar dari mulut aku , tetapi aku masih mengawal riaksi wajah .
"Lahh ye kee , haha lupa kan lah yam kita berbesan . Ni ha dia buat suprise pulakkk . Semalam kata single ."
Aku biar kan saja mama dan rakan nya berborak sementara aku sibuk berbisik pada Lara .
"Boss apa ni ? Bila masa pulak saya bercinta dengan boss !" Bisik Lara sebelum mengetap rahangnya .
"Tadi saya dah tolong awak . Sekarang awak tolong saya." Balas aku perlahan di sebelah telinganya .
Aku pusing semula hadapan dan kelihatan kedua rakan mama sudah tiada .
"Aidan ! Kenapa tak bagitahu awal awal . Buat apa nak kencing mama ha ." Marah mama walaupun wajahnya masih tersenyum gembira bila aku kata aku bawa bakal menantu buatnya .
"Saja buat suprise sikit ." Balas aku
Mama langsung tak membalas apa apa sebaliknya dia nampak teruja berbual dengan Lara .
Kini sudah dua jam aku menunggu mereka bertiga berborak .
"Lara malam ni dinner kat rumah mama ya." Ajak mama selamba dengan wajah bahagia nya .
Aku dan lara saling berpandangan sebelum aku menepuk dahi . Mampus akuuu giniii .
To be continue
HAHAHA TU LA TIPU LAGI , OK VOTE CEPAT UNTUK NEXT CHAPTER !

YOU ARE READING
i wont let you go
Romance[ O N G O I N G ] Mengisah kan tentang Aidan secara tak sengaja terjatuh hati pada salah seorang pekerja perempuannya sendiri , Lara .padahal baru saja patah hati ditinggal kan kekasih yang sudah menjalin kan hubungan cinta selama 4 tahun bersama ny...