BAB 1

4.1K 45 2
                                    


NAMANYA Cahaya Malaika . Agak unik kan ? Abahnya , Encik Firdaus yang berikan nama ini . Cahaya Malaika Binti Firdaus . Kata Encik Firdaus , nama itu ibarat sebuah doa supaya anak keduanya membesar dan dewasa ibarat cahaya malaikat dari Syurga Firdaus.

Amin ...Amin . Moga harapan abahnya itu dimakbulkan Tuhan supaya dia jadi seorang gadis yang baik - baik . Begitulah doa yang selalu dibisikkan hati Cahaya Malaika bila ada orang yang mengatakan namanya pelik . Kenapa letak nama Cahaya? Dia sendiri kekadang hairan , pelik kat mana ... Cahaya itu bukankah sama erti dengan perkataan Arab 'Nur' ? Abahnya tak mahu guna Nur sebab ramai sangat yang namakan anak dengan pangkal nama begitu . Encik Firdaus mahukan anaknya menjadi lain dari yang lain .

Pelik – pelik pun , orang tetap panggilnya Cahaya . Jarang sekali yang panggil Malaika , walaupun nama Malaika tu sedap juga. Cahaya tak kesah orang nak panggil yang mana satu. Cahaya boleh, Malaika pun boleh . Bangga sangat dengan nama pemberian abah kesayangan.

Cahaya tiga beradik . Semuanya perempuan . Kakak sulung... Anggun Dania , dah jadi jurutera muda. Sementara si adik bungsu... Dahlia Imani , masih belajar di universiti awam . Cahaya sendiri sudah menamatkan pelajaran dan baru saja menjawat jawatan sebagai Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan .

Encik Firdaus selalu puji anak – anak daranya tu. Semuannya comel- comel , sedap mata memandang , bijak, sopan dan berbudi bahasa . Yalah , kalau abah sendiri tak puji siapa lagi akan puji kan? Cahaya dengan adik dan kakak selalu ketawakan si abah. Lawak la abah ni . Orang lain tak pernah pun memuji , abah je yang perasan sendiri kata anak –anaknya helok belaka . Encik Firdaus akan senyum melerek dengan gaya penuh kasih sayang pabila disakat . Mereka berempat sangat rapat dan selalu berkongsi cerita .

Tapi mama Cahaya lain . Puan Wahidah tak sama macam Encik Firdaus yang penyayang dan perihatin . Mama tak banyak cakap dan selalu mengasingkan diri dari mereka semua. Dia selalu hidup dengan dunianya sendiri .

Cahaya selalu terserempak yang mamanya sering menangis bila sendirian. Dia pernah tanya kenapa, tapi Puan Wahidah tak pernah buka mulut untuk kongsi apa – apa . Mamanya memang perahsia yang amat . Lebih – lebih lagi pasal hubungannya dengan abah . Cahaya dan adik beradiknya memang tak tahu apa –apa , walaupun mereka rasa ada yang tak kena.

Ha...bab hubungan mama-abah , Encik Firdaus yang suka melayan dia orang tu pun akan jadi perahsia tegar . Mama dan abah , nama je suami isteri , tidur sebilik , tinggal serumah , hakikatnya dia orang tak macam suami isteri pun . Macam orang asing . Di hadapan mata orang , dia orang berpura- pura je bahagia. Di hadapan anak – anak pun, dia orang berusaha untuk tunjuk happy – happy, tapi Cahaya adik beradik tetap perasan. Dah hari – hari melihat , mana mahunya mama dan abah nak berpura - pura 24 jam . Tetambah bila dia orang dah besar- besar belaka.

Part ni abah dia orang tak pernah kongsi cerita. Jangan ditanya apa-apa , dah tentu jawapannya sunyi sahaja. Selalu juga abah pusing –pusing cakap hal lain yang lari topik. Namun , dia orang adik beradik dah biasa dengan keadaan mama dan abah macam tu. Dah biasa dah. Bukan setahun dua. Sejak mereka kecil lagi. Dah faham sangat .

"Assalamualaikum Cahaya Malaika dari Syurga Firdaus...anak kesayangan abah yang cute , baik malah sangat suci hatinya."

Terus Cahaya menyengih , pandang si abah yang tetiba muncul . Encik Firdaus melabuhkan punggung atas kerusi di hadapan Cahaya.

"Amboi abah ... melampau punya pick up line . Nak kata diri abah tu bertuah sangat la ada anak gadis yang suci murni ?"

Encik Firdaus ketawa senang .

IMAMKU LELAKI PENDOSAWhere stories live. Discover now