Too many situations before upcoming mission.
Yoongi kembali kepada siasatannya dengan mengulang semua rakaman cctv di hospital dan juga di bank. Dengan kepakaran yang dia miliki, Yoongi cuba sedaya upaya menggodam video tersebut untuk mencari durasi yang telah dipotong. Ya, itu sebab pihak polis tidak dapat mengesan dalang kepada kejadian huru-hara tersebut.
Kecuali Mingyu, itu pun dia hanya dapat rakaman penuh di pintu hadapan bank. Selainnya lagi belum dapat.
Yoongi berjaya.
Terdapat sebanyak hampir 25 rakaman cctv di setiap sudut bangunan hospital itu. 12 lagi di bank yang telah diserang oleh individu misteri.Yoongi lihat kesemuanya. Mungkin dari situ dia boleh dapat jawapan bagi soalan yang ditujukan kepada Dong Hyeong yang masih tidak terjawab. Yoongi asyik mengulangi rakaman di mana Hoseok dibawa lari oleh dua orang lelaki misteri. Mereka berpakaian sama seperti dua orang individu yang menyerang bank.
Logo satu jalinan kilat hmmm.
Nampaknya semua itu berlaku atas rancangan rahsia, kalau mereka tahu pada tarikh itu Black Ares akan mencuri berlian Scorpio, maksudnya mesti ada salah seorang daripada ahli Black Ares yang khianat.Sebab misi Black Ares cukup rahsia dan mustahil bagi mafia lain untuk ketahuinya. Kalau macam tu, geng mafia mana pula yang bertatu kilat itu ya? Yoongi ligat berfikir dan berbalas bicara dengan diri sendiri.
Bingo.
Mungkin mereka itu daripada Zeus?______♔______
Namjoon pula sibuk berbincang dengan barisan tertinggi mafia Black Ares secara rahsia bagi membincangkan masalah ketidakfahaman pihak polis kepada Black Ares. Isu pendamaian masih belum selesai, apa yang Dong Hyeong buat? Semua tak tahu. Maksudnya Dong Hyeong berurusan dengan pihak polis secara bersendirian?
Namjoon juga dibawa dengan berita di mana ada satu puak mafia sedang berusaha bagi memburu nyawa anak Haera sendiri. Sebab? Belum dapat dijumpai, semua keling. Nampaknya Namjoon perlu create satu plan untuk mendapatkan persetujuan daripada puak mafia yang lain untuk bergabung.
Tanpa pengetahuan daripada Dong Hyeong. Jadi mereka perlu berhati-hati.
______♔______
Taehyung singgah sebentar di bilik tidur mereka bertujuh, Hoseok sedang nyenyak tidur di atas katil. Sayu juga apabila melihat keadaan abangnya itu. Masih berbaki beberapa hari saja sebelum balutan itu dibuka. Masing-masing tidak sabar.
Ouh ya, mereka bertujuh memang tidur sekali di dalam satu bilik, kadang-kadang je. Namjoon dan Yoongi rajin tidur di ruang tamu.
Rumah tu ada 6 bilik.
1 - Bilik senjata rahsia
1 - Bilik perjumpaan/mesyuarat/parlimen kecil bagi merebut hak asasi persendirian daripada dipaksa kemas rumah kalau Jin sakit.
1 - Bilik puaka Yoongi.
1 - Bilik stor [letak barang masing-masing such as beg bagasi dll]
1 - Bilik tidur 7 ketul anak lelaki Haera sahaja
1 - Bilik sang puteri bongsu, JaerimYa, mereka tetap bahagia gitu. Taehyung masuk ke dalam bilik stor dan membuka kotak yang agak besar dan terdapat isi di dalamnya.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
أدب الهواةSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21