MATEEN menggeleng kepalanya perlahan. Sampin yang tersangkut di bahu dia letakkan ke atas kepala sofa.
Tubuh adiknya yang nyenyak tidur di atas sofa dia dekati. Baru sahaja kaki melangkah mahu mendekati Adeena kakinya tersepak sesuatu. Jejaka Perancis itu kemudiannya menunduk ke bawah.
"Haih."
Satu keluhan terbit di dua ulah bibir merah milik Mateen.
Suami isteri sama sahaja terlentang di tengah-tengah alam. Dasar tak tahu malu.
"Tahu la penat. Agak-agak la tengah alam korang berdua beradu." Mateen menggeleng. Dia melangkah berhati-hati merapati adiknya.
Jika tersalah langkah terpijak tubuh Aiden yang tidur di atas lantai beralaskan dengan karpet. Dengan baju melayu putih yang masih tersarung tahu lah dia Aiden masih tidak membersihkan diri setelah majlis selesai.
"Adeena, bangun." Bahu Adeena digoncang perlahan oleh Mateen.
"Adeena." Bisik Mateen sedikit kuat.
Adiknya kalau tak letak bom di tepi telinga bukannya mahu bangun. Tidur ke mati dia pun tak tahu lah.
"Adeena Davina Binti Rais Abdullah!"
"Hish, jangan kacau lah!"
Adeena bangun daripada baringan. Shawl putih yang masih membaluti kepalanya di garu kuat.
"Orang nak tidur pun tak senang kerja siapa lah ni!"
Adeena menutup mulut yang terbuka luas. Tubuh dia rasa berat sangat harini.
Jika boleh dia mahu tidur sepanjang hari. Malas mahu melakukan sebarang kerja.
"Zohor dah lewat Deena. Bangun kejutkan your husband sekali."
Mateen bangun daripada membongkok. Dia bercekak pinggang melihat Adeena yang masih khayal walaupun kepala gadis itu mengangguk.
Pap!
Mata Adeena yang terpejam tadi terbuka luas gara-gara terkejut dengan sesuatu yang hinggap di pipinya.
"It's hurt lah Mateen!"
Mateen tergelak kecil. Dah berapa tahun menetap di Malaysia masih lagi pelat sebutan Adeena. Bunyi sangat slang omputih-nya.
"Bangun. Kejutkan your husband sekali."
Adeena menayangkan wajah bingungnya.Husband?
Sejak bila dia sudah bersuami ni?
"Wait. Apa yang you merepek ni Mateen?"
Jejaka Perancis itu menghela nafas berat. Anak bongsu seperti Adeena ni memang tidak lepas dengan sifat blur-nya. Malah makin hari makin parah pula tu.
"Look."
Mateen memuncungkan mulutnya ke arah Aiden. Kelihatan lelaki itu masih lena. Tidak terganggu langsung dengan suasana bising di ruangan tamu ini.
"What the f-
Adeena tersengih. Mulutnya di tampar lembut setelah menerima jengkilan mata daripada Mateen. Garang la abe.
