♡BSS Special I : Aidil Adha (part 1)

606 47 12
                                    

Ada yang minta saya buatkan chapter ni. So, here special chapter. Hope you guys enjoy! Selamat hari raya aidil adha, kosong-kosong tau! ♥

First memang nak update masa hari raya tapi terlupa. Esoknya pun terlupa dan berakhir pada hari ini.

Macam tahun-tahun sebelum ni juga, sehari sebelum hari raya memang meriah lah! Kami kemas rumah dan masukkan kuih dalam balang.

Hari raya haji tahun ni paling meriah bagi aku sebab baby dalam perut ni. Semakin hari aku rasa anak aku membesar dengan cepat dalam perut ni. Hanya Allah saja yang tahu bertapa tak sabarnya aku nak jumpa dengan malaikat kecil ni.

"Sayang, berangan apa tu?" Taehyung duduk bersila sebelah aku yang tengah susun kuih raya. Aku geleng sambil senyum sebelum menjawap soalannya.

"Mana ada la, daging dah siap potong ke dekat belakang?" Soal aku pula sambil masukkan kuih kacang ke dalam mulut. Sedap!

"Dah siap dah semua, diorang pun dah pergi agihkan dekat orang kampung. Selebihnya dekat dapur sana." Terang Taehyung lalu membuka mulut meminta aku untuk suapkan kuih dalam mulut dia, manja.

"Oppa pergi mandi dulu, kejap lagi kita solat zohor sama-sama eh." Kata aku selepas menyuapnya.

"Okay sayang! Baby tolong jagakan isteri papa yer, papa nak mandi kejap. Eh apa baby cakap? Nak mandi sekali." Kata Taehyung. Aku tampar bahu dia perlahan.

"Baby tengok papa ni gatal. Dah-dah pergi mandi cepat." Aku tolak badan Taehyung perlahan. Terus dia bangun dan pergi masuk bilik.

"Mesti baby tu kata 'Ya allah aku di fitnah'. Kesian baby, acu feel you." Kata adik aku yang tengah tengok tv sambil ketawa kecil.

"Hang nak kena tampar ka apa ni hahah." Balas aku bersama gelakan kecil. Macam-macam la.

"Jap lagi sapu sampah kat depan ni eh. Angah nak solat kejap, kalau nak makan kuih raya pergi ambil kat dapur. Jangan makan yang ni tau, ni untuk esok." Kata aku lalu berjalan ke bilik.

Lepas saja solat, aku tengok mak dan kak Long buat ketupat. Yelah tengok jalah sebab aku malas nak join diorang mak mertua dengan menantu ni berborak.

Taehyung pula ikut along dan acik pergi beli barang dapur. Aku tak tahu la kenapa diorang ni suka sangat keluar bertiga. Maybe ada la tu pergi merayap mana-mana.

Barang dapur banyak-banyak ni untuk hari raya pertama, kedua dan rumah terbuka pada raya ketiga.

Banyak family balik raya haji tahun ni walaupun ada parents diorang yang pergi haji. So, diorang boleh raya dekat rumah mak dan abah. Baru lah meriah!

"Angah, kat luar dah kemas ka?" Soal mak. Abah masih dekat masjid urus hal daging kurban untuk orang kampung.

"Semua dah bersih, dalam luar berkilat. Tirai dah tukar, kuih dah susun. Yang tinggal cuma ketupat mak, rendang mak, gulai daging mak dan semua masakan mak." Balas aku.

"Amboi semua mak nak kena buat lani." Balas mak. Kak long gelak sambil masukkan pulut kedalam daun palas yang digulung.

"Yala mak masak sedap. Nanti angah tolong la. Ajak adik sama, asyik duk dalam bilik ja." Kata aku.

Pon! Pon!

"Ha tu diorang dah balik." Kata kak long.

"Banyaknya beli." Kata mak pada along yang datang ke dapur bersama plastik yang dipenuhi barang dapur.

"Tak pa la lebih nanti kita buat open house dua hari." Balas along.

"Banyak la along dua hari." Kata aku lalu bangun dan berjalan ke arah Taehyung. Rindu suami pulak.

[C]Bangun Sahur Sayang | KTH Where stories live. Discover now