🍱19

194 23 8
                                    

─────────·  ·  ✦ •  •─────────

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

─────────·  ·  ✦ •  •─────────

Pintu bilik di tutup dengan kuat membuatkan semua orang terperanjar. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas meja kerja lalu menghadap semua orang bawahannya.

"Maafkan kami Tuan. Dia taknak bayar jugak hutang itu." Kata jinyoung, selaku budak bawahannya. Taehyung menghentak mejanya dengan tangannya sendiri.

"Bawak dia hadap aku sekarang. Sediakan kereta kita akan pergi mencari 'makanan' hari nie." Taehyung keluar dari situ. Diikuti oleh yang lain.

Gadis itu baring dalam keadaan memeluk lututnya akibat kesejukkan di dalam bilik itu. Mukanya yang mula pucat dan bibir kering tanpa setitis air.
Dia menahan sejuknya hanya dengan baju yang telah dipakainya 2 hari lepas. Azra menangis di dalam bilik itu sendirian . Takde sesiapa yang berani membantu gadis itu.

Azra mengesat air matanya daripada terus jatuh. Tiba-tiba pintu dibuka. Wajah Azra terus berpaling ke sana. Udara luar yang masuk sedikit dan cahaya luar itu membuatkan dirinya agak kepanasan sedikit.

"Taehyung?" Katanya. Akibat sudah lama memandang ruangan yang gelap. Pemandangan diluar agak malap.

"Bukan, nie saya bodyguard kepada Tuan Taehyung. Saya kesian dekat puan. Jadi, saya bawakan air dan jugak baju sejuk nie. Harap boleh buat puan okay. Maaf saya tak dapat nak bantu lebih-lebih." Ujarnya.

Baru sahaja lelaki itu mahu melangkah masuk dirinya telah ditembak. Azra terkejut lalu terjerit kecil.

"Beraninya dia buat semua nie tanpa kebenaran aku!" Taehyung mengarahkan pekerjanya membawa mayat lelaki tadi ketempat lain. Taehyung masuk ke dalam nampak Azra sedang menunduk.

Badan gadis itu tampak kesejukkan sangat-sangat. Hatinya rasa bersalah melihat keadaan isterinya macam nie. Tetapi, ego menjadi tembok penghalang besar dalam dirinya.

Taehyung tutup pintu kembali. Dia halakan picu ke arah orang bawahan disebelahnya lalu ditembaknya tanpa sebab.

"Satu kesalahan yang kau lakukan. Seorang daripada mereka akan mati!" Ujar Taehyung lalu beredar dari situ. Dia tinggalkan gadis yang bergelar isterinya itu dikurung di dalam bilik tersebut.

"Helena, tolong aku." Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Azra sebelum dia melelapkan matanya. Gadis itu pengsan disitu, dalam kesejukkan.

Taehyung masuk ke dalan rumah mangsanya dengan sebuah pistol di tangannya. Kakinya melangkah ke dalam tanpa mengetuk dulu.

"Park won ! Keluar kau." Jerit Taehyung. Malah, tiada sesiapa pun yang keluar.

"Heret dia kesini!" Perintanya. Semua terpusu-pusu mencari kelibat Park Wo.

"Baik boss."
Taehyung duduk di sofa lalu kerling setiap sudut rumah kecil tersebut.

"Tsk! Miskin. Ada hati nak pinjam duit aku banyak-banyak. Lepas tu tak reti nak bayar semula." Taehyung berdecit.

Selang seminit. Semua mula membawa Park Won menghadap Taehyung. Dia duduk dengan lututnya berhadapan dengan Taehyung yang duduk di atas. Lelaki itu memandang ke bawah tampak wajah Park Won.

Taehyung terus beri satu sepakan pada wajah Park Won meninggalkan darah kecil yang terkeluar dari hujung bibirnya. Taehyung berdiri.

"Bayar atau mati!" Soal Taehyung tatkala picu pistol dibetulkan lalu dihalakan pada lelaki yang tidak berdaya itu. Park Won membisu.

Taehyung benci orang yang taknak jawab soalan mudahnya.

"Dia memang nak matilah jawabnya. Hutang pandai, bayar tak pandai!" Ujar Taehyung.

"Tuan Taehyung. Maaf--" belum sempat lelaki itu nak ujarkan ayatnya. Satu tembakkan kena pada dahinya. Bukan itu sahaja Taehyung lepaskan pula pada perut lelaki itu.

Mengingatkan Azra membuatkan dia menjadi lebih amarah. Dia marah dengan dirinya sendiri. Dia buat kesalahan yang besar dengan menyiksa Azra.
Taehyung terus keluar dari rumah tersebut .

















Usai sampai di rumahnya. Taehyung terus bergegas masuk ke bilik dimana Azra dikurung tanpa cahaya dan makan, minum.

"Azra!" Pintu dibuka oleh Taehyung. Lelaki tanpa hati perut itu terus memeluk badan kecil Azra yang kesejukan dan pengsan disana.

"Panggil dokter sekarang!" Perintanya. Mereka bergegas menelefon dokter peribadi Taehyung.

Badan Azra diangkat Taehyung lalu dibawa ke bilik mereka. Gadis itu diletak dengan lembut di atas katil. Selimut tebal diambil untuk menyelimut badan Azra.

"Aku buat kerja bodoh terhadap orang yang aku sayang."

✎_☆☆☆

Tbc
Vote me
💜

נιмιη







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 31, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

【ɢᴜᴄᴄɪ : ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜYᴜɴɢ】Where stories live. Discover now