Keadaan kelas yang tenang pada tengah hari itu bertukar menjadi bising apabila seorang pelajar perempuan berlari memasuki kelas 6 Diamond 1.
"Wey ! Pheonix dah balik !" Jerit Mawar sebaik sahaja dia sampai di dalam kelas dan terus menuju ke arah Mila dan Hana yang sedang menyolek muka mereka.
"What !" Jerit Mila tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangnya. Terhenti segala aktivitinya bersama Hana.
"Bukan ke diorang ada lagi sebulan ke ?" Tanya Hana sambil mengemas barang make-upnya.
Shamila ni bukan boleh kira, dia nak marah semua benda dia nak lempar. Dahlah make-up ni aku guna elaun aku sendiri.
"Entahlah, tadi aku dengan Cikgu Azimie bercakap dengan Cikgu Azri masa diorang on the way ke bilik guru." Mawar memberitahu lagi sambil mengangkat kedua bahunya.
"Ish, menyusahkanlah. Kenapa diaorang tak mati je dekat sana ha ?" Rungut Shamila sebelum menghentak punggungnya kepada kerusi.
Dalam pada masa yang sama, Kings yang turut berada di dalam kelas itu mendengar gosip Mawar.
"Pheonix ? Siapa tu wey ?" Tanya Luth kepada Iqmal yang sedang tekun menyiapkan tugasan Fizik yang sepatutnya dihantar hari ini.
"Kau ni aku nak kata bongok kau marah. Aku pun baru masuk sini dua tahun lepas." Jawab Iqmal dalam pada masa yang sama matanya masih terpacak pada skrin iPad yang menunjukkan kerja sekolah yang harus disiapkan.
"Haahlah lupa pula. Nak tanya Ezekiel, brother tu dah habis sekolah." Bisik Luth sebelum merebahkan kepala ke atas meja dengan berpaling ke arah Iqmal yang sedang menyiapkan homework atau lebih tepat schoolwork.
"Ehem, sayang."
Tiba-tiba Luth terdengar bisikan dari arah kanannya.
"Wey Mal, kau ada dengar bisikan tak ? Tanya Luth sambil merapat ke arah Iqmal yang sedang menyiapkan latihan itu.
"Mana aku dengar, ish tepilah Luth." Jawab Iqmal dalam pada masa yang sama menolak kepala Luth yang semakin dekat dengannya.
"Aduh ! Sayang !"
"Aduh."
Luth dan seseorang yang memanggil Luth itu mengaduh sakit apabila kepala mereka bertembung.
"Argh ! Ish kau ni Mila. Bila masa kau ada tepi aku ?" Marah Luth apabila dia ternampak Shamila yang sedang menggosok kepalanya.
"I dari tadi panggil you tau sayang." Ujar Shamila dengan suara manjanya sambil memeluk tubuh. Merajuk.
"Siapa sayang kau ni ? Mental ke ?" Luth berkata sambil membuatkan jari telunjuknya berpusing di bahagian kepala.
"Tak baik tau you ni. By the way, I datang sini sebab nak bagitahu you yang Cikgu Azimie suruh kita berkumpul dekat bilik mesyuarat esok."
"Ha sebab apa ? Plus kenapa cikgu kena bagitahu kau ?" Tanya Luth. Dalam pada masa yang sama Iqmal dan Dinie turut mendengar kata-kata Shamila.
"Kebetulan tadi, I terserempak dengan cikgu. Lagipun minggu depan ada majlis perlantikan, jadi esok cikgu nak buat perlantikan VPO." Jawab Shamila.
"Mesti kita jadi partnerkan sayang." Shamila dengan tidak segan silu menyentuh bahu tegap Luth, namun ditepis oleh jejaka tersebut.
Dalam pada masa yang sama, Dinie dan Iqmal sudah membuat muka ingin muntah apabila mendengar kata-kata Shamila. Tahap perasan minah ni boleh lambung dekat langit.

YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...