Hari yang ditunggu-tunggu oleh Encik Mazlan dan Puan Rosnah sudah tiba tetapi bukan untuk gadis malang iaitu Najwa....
NAJWA!!! NAJWA!!!
Suara pekikkan itu mula menegakkan bulu romanya dan dia tahu apa maksud di sebalik pekikkan itu....
"Iya Najwa datang ni" kata Najwa lalu mengangkat kedua-dua bagasi yang di penuhi pakaiannya...
Jauh disudut hatinya untuk meninggalkan rumah yang diibaratkan seperti syurganya sendiri.....
"Ishhh kamu ni lambat sangat nanti kalau mama dengan papa terlepas flight macam mana, dah masuk cepat" kata puan Rosnah kepada anaknya itu..
Najwa pun masuk ke dalam perut kereta dengan perasaan yang bercampur baur. Kereta itu pun berlalu pergi meninggalkan pekarangan rumah agamnya itu..
"Saya harap dia tak buat perangailah waktu dekat rumah mak nanti" kata puan Rosnah seraya itu memeluk tangan suaminya yang tercinta.
"Sayang jangan risaulah Najwa tu dah besar panjang pandailah dia jaga diri"
~SKIP~
Setelah sekian lama menunggu akhirnya dia pun sampai di Kampung Batu Lama di mana terletaknya rumah nek Piah.
"Ni ke rumah nek Piah" kata nya dalam hati.
Assalamualaikum nek Piah.
Tiba-tiba pintu yang usang itu di buka oleh seorang wanita yang sudah berusia.
Walaikumusalam kau ni siapa" katanya dengan wajah yang serius..
"Sayalah nek Najwa cucu nenek" katanya untuk meyakinkan nenek tua itu..
"Hmmm masuklah" pelawanya dengan nada yang serius lalu dia pun menuju ke dapur rumahnya yang usang itu...
NAJWA POV
Usang gila rumah ni macam nak roboh pun ada juga.
Aku pun mengekori nek Piah ke dapur.
Nek Piah pun membancuh secawan teh untuk ku lalu dia pun melabuhkan punggungnya di atas bangku lalu di susuli dengan aku....
"Kenapa kau balik sini" kata nek Piah tanpa senyuman di muka.
"Ouhh mama yang suruh saya balik katanya saya boleh temankan nenek lagi pun cuti sekolah panjang lagi" kata ku sambil melemparkan senyuman yang kelat. Kerana aku tidak ada hati langsung untuk menemani wanita tua itu..
"Mak dengan ayah kau tu pentingkan diri tak pernah langsung diorang terfikir nak jenguknya aku ni entah-entah aku dah mati pun diorang tak perasan" kata nek Piah dengan wajah yang kesal.
Dia pun bangun lalu menuju ke arah pintu yang berwarna coklat tua itu.
"Ini bilik kau" katanya singkat.
Dia pun menuju ke pintu utama dengan memakai kain batik dan berbaju kurung Kedah diikuti kain batik yang dililit di atas kepala dengan gaya takuluak. "Nenek nak pergi mana tu" kata ku dengar nada yang hairan.
"Aku nak pergi cari daun-daun herba untuk buat ubat nanti kalau orang datang nak berubat tak adalah susah" katanya seraya itu di pun mengelek bakul rotannya."Tapi aku nak ingatkan kau jangan sesekali sibuk nak pergi dekat bilik hujung rumah tu, faham" larang wanita tua itu dengan tegas.
"Um ok nek" kata Najwa seraya melirik ke segenap penjuru rumah.
~SKIP~
Malam pun tiba sambil kedengaran cengkerik yang saling bersahut-sahutan. "Mana nenek ni dah pukul 8:30 malam tapi masih belum balik aku dahlah lapar ni" bisik Najwa dalam hati.
Tiba-tiba terdengar bunyi pintu dikuak dari luar yang menandakan ada seseorang sedang cuba untuk membuka pintu. Pintu itu pun terbuka dan tersemburlah wajah lelaki yang tidak di kenalinya.
"Kau ni siapa and berani kau masuk rumah nenek aku" kata Najwa dengan berani. "Aku ni bekerja dengan nek Piah yang kau pula ni siapa" kata lelaki itu dengan nada yang hairan. "Aku ni cucu nek Piah" kata Najwa dengan singkat.
"Nek Piah ada cucu ke tak pernah pula aku tahu dia ada cucu" seraya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Haa ni mana nek Piah aku nak jumpa dia" katanya sambil menjenguk-jenguk kepalanya.."Dia keluar pergi ambil daun daun herba untuk buat ubat" kata Najwa dengan muka yang selamba. "Hai dah lewat macam ni pun tak balik lagi" katanya dengan wajah yang risau.
Dia pun terus berlalu dari rumah itu dengan keadaan tergesa gesa.n"Kau nak pergi mana" kata Najwa dengan nada yang agak tinggi. "Aku nak cari Nek Piah" katanya dan terus berlalu pergi tanpa mengucapkan salam.
Hey guys don't forget to vote and comments..hope you guys happy with this story...
Me love you ❤️
YOU ARE READING
Si Dukun Mantera
HorrorZaman yang telah mencecah ke ambang 2020. Teknologi yang kian canggih setara dengan ekonomi yang kian mencecah ke arah ambang pemodenan. Mana mungkin pada era seperti ini masih wujud lagi wanita yang digelar dukun. Itulah yang dipercayai oleh Shahir...