CHAPTER 57

326 55 10
                                    

"Heolmoni, Hyun nak pergi sana sekejap boleh?"

"Eh kenapa? Sekejap lagi kan eomma dengan appa nak keluar tu. Duduk je sini dengan Heolmoni ye?"

"Halah sekejap je, Hyun pergi tak lama"

"Hmmm janji tau?"

Soonhyun mengagukkan kepalanya lalu berlari ke luar dewan perkahwinan itu menuju ke taman bunga yang tidak jauh dari kawasan tersebut.

Dengan langkah yang berhati-hati, Soonhyun masuk ke taman bunga itu tanpa ada seorang pun perasan.

"Huh ni pun dia!" Ujar Soonhyun teruja belum sempat dia ingin memetik ada seseorang menyentuh bahunya.

"Soonhyun apa kamu buat kat sini?" Soal gelaran tersebut.

"Appa? Macam mana appa boleh ada kat sini?" Soal Soonhyun lagi sedikit cemas apabila melihat appanya disitu.

"Dah kamu takde dengan heolmoni tadi sebab tulah appa cari kamu.  Heolmoni cakap kamu keluar sekejap tapi bagi appa, sekejap kamu tu lama" bebel jejaka itu sambil menghilangkan kesan debu tanah yang berada di seluar anaknya. Tali leher dan taxedo anaknya turut di kemaskan.

"Nah ni dia, appa tahu kamu cari ni kan?"

"Rose putih!" Soonhyun terus mengambil sejambak bunga rose putih itu dari tangannya bapanya.

"Dah bagi kat eomma cepat. Lepastu janji dengan appa yang kamu akan terus duduk diam-diam dengan heolmoni oky?"

"Janji" Lalu anak kecil itu lantas berlari anak menuju eommanya. Soonyoung tersenyum dan mengelengkan kepalanya berkali-kali. Nasiblah dia sempat halang Soonhyun dari memetik bunga di taman terlarang ni. Kalau tak, entah apa jadi.

Knock, knock, knock

Soonhyun masuk ke bilik pengantin di mana eomma nya berada.

"Soonhyun? Kenapa kamu ada kat sini?" Ujar Hyunji yang sedang di dandan oleh jurusolek.

"Eomma" Soonhyun terpukau dengan kecantikan ibunya apatah lagi gaun putih yang di pakai Hyunji sungguh padan dengan dirinya.

"Kenapa ni sayang? Eomma tak cantik ke?" Soal Hyunji lalu dia terus menarik Soonhyun ke pakuannya.

"Ani, eomma cantik. Macam selalu tapi kali ni eomma makin cantik" sengih Soonhyun dan ayatnya tadi membuatkan semua orang di bilik tersebut tergelak suka mendengarnya.

"Gomawo sayang, kenapa kamu datang jumpa eomma ni? Ni mesti ada something?" Teka Hyunji lalu pipi gebu milik Soonhyun dicubit geram.

"Nah ni untuk eomma. Appa cakap eomma suka bunga ni"

"Wah bunga rose puith. Eh ni bukan bunga plastik. Kamu dapat ni dari mana Soonhyun" Soal Hyunji sambil menghidu haruman bunga tersebut.

"Ermmm dari lelaki yang eomma sayang."

"Maksud kamu?"

"Noona! Noona dah bersedia ke? Sebab majlis dah nak mula ni. Appa pun dah ready dah kat sana" celah Jungkook yang sedikit tergesa-gesa akibat ini adalah pertama kali dia menjadi sebahagian jadi salah seorang pengurus majlis bagi perkahwinan.

"Baik tunggu sekejap! Soonhyun terima kasih untuk bunga ni. Hyun kamu ikut uncle Kook ye? Eomma dah nak kena pergi ni"

"Baik, eomma fighting" bisik Soonhyun dengan penuh semangat dan terus berlari mengikut jejaka bernama Jungkook.

                               ~~♡~~

"Soonhyun, kamu pergi mana tadi hmmm? Risau heolmoni, tadi appa ada cari Hyun tau"

"Hehehehe mianae heolmoni, tadi Hyun pergi jumpa eomma sekejap"

"Haish kamu ini ada-ada jelah. Nasib sayang" dagu cucunya dicubit geram.

Lampu di dewan tersebut terpadam secara tiba-tiba menandakan ketibaan kedua membelai yang diraikan sudah tiba.

"Soonhyun, tengok appa sana tu" ujar Seungcheol yang duduk di meja belakang Soonhyun bersama dengan member seventeen yang lain.

Mendengar sahaja jejaka itu berkata demikian anak matanya lantas melihat di tempat yang ditunjukkan oleh Seungcheol.

"Appa" panggilnya perlahan. Soonyoung yang berada di atas pentas sempat melambai kearah anaknya yang dari tadi senyumannya tidak lekang dari bibir.

Apabila lampu terpadam dan hanya menyuluh kearah pasangan pengantin itu. Bermakna bermula majlis itu.

Dengan langkah yang perlahan, pengantin perempuan melangkah ke pentas di mana penganti lelaki tiba dan di pimpin oleh bapanya.

Setelah tiba, Tuan Jeon melepaskan  tangan anak perempuan dengan penuh sayu kepada penganti dirinya yang akan mengambil alih tugasnya selepas ini.

"Jaga anak appa baik-baik ye, jangan ulang benda yang sama lagi" pesan Tuan Jeon kepada menantunya.

"Saya janji" balas Soonyoung dengan penuh yakin.

ⓒⓞⓝⓣⓘⓝⓤⓔ

LAST CHAPTER COMING SOON ~~~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LAST CHAPTER COMING SOON ~~~

Thanks sebab baca 😃

Vote and Comments 😁

 [✔] sᴇᴄᴏɴᴅ ᴄʜᴀɴᴄᴇ ғᴏʀ ᴜs || ᴋᴡᴏɴ sᴏᴏɴʏᴏᴜɴɢWhere stories live. Discover now