"Seronoknya kahwin!" Ujar Soonyoung lalu dia melabuhkan badannya ke katil."Seronok ke? Bagi saya tak" Hyunji yang selesai mengemas bajunya turut melabuhkan badannya ke katil.
"Kenapa awak rasa macam tu?"
"Ermmm sebab saya kahwin dengan lelaki yang sama. Tak bestlah, baru nak berangan dapat kahwin dengan Hoshi dari kumpulan Seventeen tu" keluh Hyunji lalu mempalingkan wajahnya ke muka suaminya.
"Eh awak patut bersyukur kahwin dengan saya tau. Dahlah saya ni handsome dan boleh digelar jejaka idaman gadis-gadis kat luar sana tau" sampuk Soonyoung tidak mahu kalah.
"Tapi awak-" Soonyoung terus memeluk isterinya dari belakang. Lalu haruman rambut sang isteri dicium manja.
"Soonyoung, apa awak nak ni hmmm? Saya penatlah, dahlah tak handsome buat muka macam tu" Hyunji mencubit lembut pipi Soonyoung sambil tersenyum apabila melihat wajah merajuk sang suami.
"Muka tak handsome ni jugaklah yang awak gilakan!" sambung Soonyoung geram.
"Ish mengadalah awak ni!" Hyunji terus membaringkan dirinya dan menutup wajah mengunakan selimut.
"Saya tahu awak suka sayang"
Hyunji diam tidak membalas.
"Hyunji"
"Hyunji awak tidur ke ni hmmm?"
Hyunji langsung tidak membalas sedangkan dia masih mendengar suara jejaka itu dengan jelas.
"Dah tidur? Takpelah, ingat nak cakap depan-depan tadi. Hyunji shhi-"
"Saya tahu saya dah banyak ulang benda yang sama tapi apa yang saya ucap kat awak adalah ikhlas dari hati saya."
"Awak selalu tanya kenapa saya tak kahwin sedangkan ada berjuta-juta wanita yang akan sudi berkahwin dengan manusia tak seberapa macam saya ni kan?
Jujur saya cakap, saya pun pernah terfikir macam tu. Waktu awak takde, banyak benda yang perlu saya fikirlan memang saya boleh jaga diri saya sendiri tapi saya pun perlu fikirkan Soonhyun jugak. Waktu saya lafazkan ayat tu, saya langsung tak terfikir pun pasal Soonhyun. Saya terlalu ikut emosi sampaikan Soonhyun langsung tak pernah merasai kasih sayang seorang ibu."
"Saya memang bodoh kan sayang. Dahlah pentingkan diri. Saya pernah tergerak untuk ikut blind date yang Junhui aturkan tapi-"
"Saya tak boleh, otak saya kata lain, hati saya kata lain. Setiap kali saya dengar perkataan blind date, saya teringatkan awak"
"Ayat-ayat terakhir awak selalu terngiang-ngiang dalam fikiran saya sebab tu saya tekad untuk tak berkahwin dan cari awak semula walupun ambil masa yang sama tapi saya percaya yang takdir akan bertemukan kita berdua"
"Jadi tengoklah hasilnya, saya jumpa awak dan kita mulakan hari yang baru bersama. Saya nak cakap terima kasih sebab bagi peluang kedua untuk saya" Airmata jejaka itu jatuh satu persatu dari tubir matanya.
"Soonyoung shhi" Hyunji bangun dari pembaringannya dan menyentuh wajah sang suami.
"Awak nak tahu tak apa yang awak buat tu adalah perkara yang paling bijak yang pernah awak buat. Siapa cakap awak bodoh hmmm? Normal kalau emosi awak tiba-tiba tak tentu arah sebab fikiran awak bercelaru waktu tu.
"Sepatutnya saya yang salah, saya yang ambil masa yang lama untuk menerima awak semula. Awak berusaha ambil hati saya dan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan saya yang dulu. Kalau saya tak ambil masa yang lama mungkin kita dah kahwin dari start kita jumpa dekat kedai runcit tu. Maafkan saya Soonyoung"
"Ani, kita sama-sama salah. Ego manusia terlalu tinggi tapi awak nak tahu sesuatu tak jawapan dari semua perjalanan yang kita harungi bersama ni?" Ujar Soonyoung teruja.
"Apa dia?"
"Peluang kedua sentiasa ada buat kita berdua"
"Betul tu, tuhan dah atur jalan cerita kita dengan baik." Sambung Hyunji lalu dia pula yang memeluk Soonyoung dengan erat.
Suasana yang tenang tadi tiba-tiba terhenti selepas mendengar derapan kaki seseorang sedang menuju laju ke bilik mereka sekarang.
"Eomma! Appa! Soonhyun nak tidur sini boleh?" Ujar Soonhyun dengan bantal busuk di tangan.
Soonyoung menjeling anaknya tajam tetapi hanya dibalas sengihan oleh Soonhyun.
Dan gelak ketawa mereka sekeluarga memecahkan suasa yang tenang pada malam itu.
Epilogue
"You may kiss your bride"
"Heolmoni kenapa uncle Junho dengan uncle Kook tutup mata Hyun ni! Appa dengan eomma buat apa tu. Hyun tak nampaklah!"
"Ish diam, kamu tu masih kecil. Tak boleh tengok" ujar Puan Jeon dan dalam masa yang sama dia tersenyum melihat edegan di depan matanya.
"Daddy! Kenapa ni daddy!"
Joshua menutup mata anaknya serapat yang boleh selepas mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini.
"Hyung halah biar jelah dia tengok sekejap. Sian dia" pujuk Seungkwan.
"Eh kau, budak kecik tu" protes Seungcheol. Manakala kepala Seungkwan selamat di tunjal oleh Jeonghan disebelahnya.
"Okay line clear hyung" ucap Seokmin lalu Joshua melepaskan kedua-dua belah tangannya lega.
"Daddy ni dah kenapa! Sakit mata Yul" rajuk anak kecil itu. Lalu dia terus memeluk Jun yang berada disebelahnya.
"Halah sian cayang uncle ni. Nanti kita makan aiskrim oky?" pujuk Jun.
"Yeahhh aiskrim! Sayang uncle Jun" Jiyul memeluk jejaka itu dengan penuh erat.
Jun tergelak dengan kelakuan anak buahnya tetapi gelakkannya mati apabila mendapat tatapan yang menakutkan dari 11 orang jejaka kacak yang sedang duduk bersamanya ini."Asal aku rasa ada aura kegelapan kat sini eh?" Bisiknya di dalam hati.
Next special chapter 👉
Thanks sebab baca 😃Vote and Comment 😁
YOU ARE READING
[✔] sᴇᴄᴏɴᴅ ᴄʜᴀɴᴄᴇ ғᴏʀ ᴜs || ᴋᴡᴏɴ sᴏᴏɴʏᴏᴜɴɢ
أدب الهواةᴅɪsᴇʙᴀʙᴋᴀɴ ᴛᴀᴋᴅɪʀ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ʙᴇʀᴊᴜᴍᴘᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴋᴀʟɪ ᴋᴇᴅᴜᴀ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴘᴇɴᴇᴍᴜᴀɴ ʏᴀɴɢ ᴛɪᴅᴀᴋ ᴅɪᴊᴀɴɢᴋᴀ. ᴡᴀʟᴀᴜᴘᴜɴ ᴍᴇʀᴇᴋᴀ ᴍᴀsɪɴɢ-ᴍᴀsɪɴɢ ᴍᴀsɪʜ ʙᴇʟᴜᴍ ᴛᴇʀᴜʙᴀᴛ ᴅᴇɴɢᴀɴ ᴋɪsᴀʜ sɪʟᴀᴍ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴅᴀʜᴜʟᴜ. ᴛᴇᴛᴀᴘɪ ᴀᴅᴀᴋᴀʜ ᴛᴀᴋᴅɪʀ ʏᴀɴɢ ᴅɪʙᴇʀɪᴋᴀɴ ɪɴɪ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴍᴇɴʏᴀᴛᴜᴋᴀɴ ᴅᴜᴀ ᴘᴀsᴀɴɢᴀɴ ɪɴɪ ᴋᴇ...