- BAB 3 -

27 4 1
                                    

Suasana pagi yang tenang itu bertukar bising apabila kedengaran ketukan dipintu bilik Adelyn yang diselangi dengan suara yang memanggil nama Adelyn.

"Adelyn bangun. Kata nak pergi sekolah awal. Subuh dah masuk."

Suara Puan Mariam yang diselangi dengan ketukan dipintu itu membuatkan tidur lena Adelyn terganggu.

"Mommy, kan awal lagi ni." Balas Adelyn dalam keadaan mamai. Duvet yang tebal itu ditarik sehingga menutupi kepalanya, berharap bunyi bising itu mampu dihentikan.

"Awal apanya, dah pukul lima setengah. Bangun Adelyn !" Puan Mariam masih mengejutkan anak daranya dengan sabar.

Itulah kau Adel, semalam mommy suruh tidur awal taknak, konon nak marathon cerita Harry Potter yang ke-entah berapa kali diulang itu.

"Five minutes more mommy. Please." Adelyn cuba memujuk Puan Mariam yang masih setia mengetuk pintu biliknya.

"No ! Bangun cepat sebelum mommy jirus kamu dengan air." Puan Mariam memberi amaran kepada Adelyn.

Namun, Adelyn hanya mengendahkan amaran ibunya malah semakin menarik duvet sehingga dia ditenggelami oleh duvet tersebut.

Sesaat kemudian, Adelyn mendengar pintu biliknya dibuka dari luar dan pantas dengan itu Adelyn bingkas bangun dan berlari menuju ke bilik air.

"I'm awake mommy!" Jerit Adelyn dari dalam bilik air. Puan Mariam hanya tersenyum nipis apabila melihat anak gadisnya yang sudah berlari memasuki bilik air tersebut.

Tiga puluh minit kemudian, kedengaran langkah kaki Adelyn melangkah memasuki ruangan makan keluarga itu dengan dua bagasi yang besar.

"Amboi, macam nak lari rumah." Ujar Puan Mariam apabila melihat dua buah beg yang berada disisi anaknya.

"Hehe. Banyak barang mommy nak kena bawa."

"Morning anak daddy, awal pagi ni." Tegur Encik Adrian apabila dia melihat Adelyn yang sudah duduk di salah satu kerusi yang ada.

"Mommy kejut awal sangat, plus harini Adel kena awal sebab kena bertugas." Jawab Adelyn sambil menyumbat roti yang disalut coklat ke dalam mulut.

"Ouh. Good luck baby daddy. Duit belanja cukup tak ?" Tanya Encik Adrian sambil menunggu isterinya menyeduk nasi goreng ke atas pinggannya.

"Cukup lagi buat masa ni. Kalau tak cukup, daddykan ada. Apa guna ATM bergerak Adel ni." Jawab Adelyn dalam nada mengusik.

"ATM tutup bulan ni." Usik Encik Adrian kepada anak daranya. Adelyn hanya ketawa mendengar gurauan ayahnya.

"Rumah macam mana ?" Tanya Encik Adrian.

"Zu dah panggil orang untuk bersihkan, harap sebelum habis sekolah dah settlelah." Jawab Adelyn perlahan. Encik Adrian hanya mengangguk mendengar jawapan anaknya.

Sebaik sahaja roti yang berada dipinggannya sudah habis, terus sahaja Adelyn bangun dan membasuh pinggan yang digunakannya.

"Bye mommy, bye daddy." Ujar Adelyn sambil mencium pipi kedua orang tuannya.

Jam ditangan sempat dikerling sebelum dia bergerak ke arah rak kasut yang tersembunyi disebalik tiang luar rumah.

Sempat lima pasang kasut diambil sebelum diletakkan di dalam kereta di bahagian penumpang belakang.

Bagasinya pula dimuatkan pada bonet dan sebaik sahaja dia selesai, terus sahaja BMW X6 itu menghilang disebalik awan hitam.

Victoria Highschool

Ismael Isabelle Where stories live. Discover now