06: MAMT

4.1K 232 6
                                    

Raiyan memerhati lima gadis yang menuruni tangga dengan gelak ketawa, seorang yang ditengah memegang budak kecil. Matanya sampai sepet melihat mereka.

Rancaknya gelak, jatuh karang malu saja dapat. Monolognya dalam hati. Dan jeling sekilas.

Ariena dan Adila berada di dapur berjumpa dengan mama Ayda. Tapi sekarang ni Aydanya mana? Dari tadi tak nampak.

Bahunya disentuh seseorang. Raiyan berpaling. Siapa ni?

"Raiyan Afieq, right?" tanya dia.

"Yes i'm. Siapa ya?"

"Ni abang Adiel lah, abang Ayda. Lupa dah eh? Abang sendiri takut nak tegur tadi sebab takut salah orang. Rupanya betul." Raiyan terus salam abang Adiel. Sebab abang Adiel tua dua tahun saja dengan dia.

"Ouh ni lah abang Adiel. Maaflah dah lama tak jumpa sebab tu lupa hehe," tersengih malu dia.

"Dah jumpa Ayda?"

"Tak lagi, ni pun baru sampai je."

"Ouh ye ke. Tak apa nanti-..." Percakapan abang Adiel terhenti dek seseorang menyentuh bahu abang Adiel. Abang Adiel berpaling.

"Abang, Dani nak pergi dengan abang. Sebab ni hah nak pergi dapur jap nak buat susu dia." Tanpa dia sedar Raiyan memandangnya. Adiel hanya mengangguk.

"Hah Dani pergi salam uncle Raiyan." Lamunan Raiyan terhenti kerana melihat anak abang Adiel nak bersalam dengannya.

"Hai, nama apa?" Sambil itu dia menyentuh pipi bulat itu yang berada dalam dakapan abang Adiel.

"Danish Daniel, uncle panggil Dani je," katanya perlahan, malu. Nampak sangat budak ni malu sebab telinga dia merah.

"Eh kenapa telinga merah tu?" tanyanya ingin mengusik.

"Dani malu!" Dia pun bangun dan menyorok di belakang abang Adiel. Sambil itu dia mengintai-intai sedikit muka Raiyan. Comel je perangai dia!

Ayda yang sedang fokus membuat susu untuk Dani senyap sahaja. Dan bila dia berpaling sahaja, terkejut beruk dia dengan figura di depannya.

"HAHAHAHA!!" Mak ai gelak macam mak lampir! Hampeh punya kawan, elok betul perangai.

"Lawak dho muka kau terkejut!" ucap Ariena. Adila menekan-nekan perutnya yang senak kerana ketawa melihat muka Ayda yang begitu terkejut.

"Korang ni kan! Salam tak hai tak. Mana adab? " katanya garang, bukan marah pun. Memang diorang macam ni selalu.

"Hei baby, Assalamualaikum," kata Adila dan Ariena serentak tersenyum manis. Tapi bila terdengar kata Ayda masam terus mereka.

"Apa baby baby? Aku dah dewasa tau." Sejurus itu dia meninggalkan mereka berdua untuk menghantar susu Dani. Ariena dan Adila mengikut saja Ayda dari belakang.

Ayda yang mula rimas, berpaling kearah mereka berdua. "Korang ni kan!" Dia pun memeluk kemas kedua-dua badan sahabat karibnya itu. Adila dan Ariena membalas pelukan Ayda. Diorang mengabaikan mata-mata yang perhatikan mereka. Biarlah diorang ada mata, tak pernah tengok agaknya.

"Jom lah pergi kat ruang tamu, aku nak bagi susu dekat Dani. Dari tadi meminta, kak Iera pula sibuk layan tetamu dengan mama," katanya dan meluru kearah abang Adiel yang sedang rancak berborak.

"Bang, nah ni. Hurm pergi dulu eh kena layan tetamu." Raiyan memerhati lagi tingkah gadis itu. Dia macam Ayda tapi tu kan isteri abang Adiel.

"Raiyan, kau tak tegur Ayda?" tanya Adila. Hairan dia bila Raiyan hanya senyap memerhati Ayda bukan nak ditegur ke apa.

Miss Ayda Milik Tengku ✔️ [ Editing ] Where stories live. Discover now