Parkir kereta di East Coast Mall agak lengang pada petang itu. Adelyn yang sudah pun berjaya meletakkan keretanya terus keluar untuk mencari kelibat Ezekiel yang semestinya sudah menunggu di kedai kegemaran mereka.
"Abang !" Adelyn memanggil Ezekiel dengan teruja sebelum matanya tertangkap satu figura tubuh yang tidak lagi asing dimatanya.
"Kak Adel !" Haidi yang melihat kakaknya sudah tiba itu terus berlari kearah gadis itu dan memeluk pinggang kakaknya.
"Hud hud. Buat apa dekat sini ?" Tanya Adelyn sebelum menarik Haidi untuk duduk.
"Strawberry smoothie as always right ?" Tanya Ezekiel kepada adiknya.
"As always brother." Jawab Adelyn dengan senyuman manis yang sememangnya dikhaskan untuk keluarga dia sahaja.
"Kak Adel ! Hudkan dah pandai buat Mathematics." Haidi bermegah diri kepada kakaknya.
"Alah, setakat satu tambah satu, abang pun boleh." Ezekiel memotong mood Haidi yang ingin meriakkan diri sendiri.
"Okaylah tu. Dari abang, buat kerja pun merungut susah dekat mommy." Ejek Haidi pula.
Adelyn yang melihat sketsa antara dua beradik itu hanya tertawa kecil. Haidi kalau tak sakitkan hati orang tak sah rasanya hidup dia.
"Argh kau budak tadika, apa kau tahu." Ezekiel mencemuh adiknya. Air yang sedari tadi berada dihadapannya terus disisip dengan menggunakan straw aloi miliknya.
"Tahu ABC, 123, ت ب ا." Jawab Haidi yakin. Adelyn yang tadinya ketawa kecil terus bertukar menjadi ketawa besar apabila mendengar jawapan yakin adiknya.
"Bang, dahlah bang mengaku kalah jelah. Aku dah tak boleh tahan dah ni. Sakit perut aku."
Adelyn menghalang Ezekiel apabila dia melihat abangnya ingin berbalas mulut dengan kanak-kanak berusia lima tahun itu.
"Kak Adel, Hud nak gi tandas boleh ?"
"Jom, aku pun nak pergi toilet juga. Kitorang pergi toilet tau bang, kau tunggu sini." Sempat lagi Adelyn memberikan amaran kepada abangnya.
Ezekiel ini bukan boleh dikira kepala otak dia. Kalau dia nampak perempuan cantik sikit, mulalah terhegeh-hegeh minta nombor. Dahlah muka tak kacak.
"Tahulah. Ish pergilah sana. Kang terkucil Haidi ni dekat sini." Halau Ezekiel apabila melihat dua adiknya masih lagi tidak berganjak dari situ.
"Nak pergilah ni. Dasar orang tua tak handsome." Balas Haidi sambil menarik tangan kakaknya menuju ke tangan.
Macam dia tahu je tandas dekat mana.
Sementara gadis berdua itu pergi ke tandas, Ezekiel hanya menghabiskan minumannya sambil tangan laju bergerak di skrin iPhonenya.
Tiba-tiba...
"Eh Ezekiel ! Lama tak jumpa."
Mendengar panggilan dari arah tepinya membuatkan tumpuan pada iPhone teralih kepada si pemanggil.
"Lah kau ke Luth, Iqmal, Dinie. Buat apa dekat sini ?" Tanya Ezekiel kepala mereka bertiga sambil tangan dihulurkan untuk bersalam.
"Eh duduklah wei. Berdiri buat apa." Pelawa Ezekiel sambil menarik keluar salah kerusi yang berada di sebelahnya.
Lantas dengan itu Luth, Iqmal dan Dinie terus melabuhkan duduknya.
"Eh kau ada date ke ?" Tanya Iqmal apabila dia melihat dua bekas air di atas meja itu.

YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...