“ Park Jimin, aku inginkan sekeping hati kau. Boleh berikannya pada aku? ”
↭
Deru angin yang membelai wajah dibiarkan begitu sahaja. Sesekali tubuh disapa daun - daun yang gugur jatuh ke bahu. Benarlah, pandangan menghijau boleh menyembuhkan sesetengah orang. Tangan teguh memegang tongkat yang bertujuan untuk memudahkan perjalanannya.
Park Jimin masih berada di Winter Palace. Ditawarkan penginapan selama seminggu sehingga dia sembuh sepenuhnya. Sekali lagi, keluarga DiRaja Alekseev terhutang nyawa dengan keluarga Vien.
Mikhail dan Jungkook awal - awal lagi sudah pergi ke Leningrad. Alang - alang mereka memang berada di St. Petersburg ini, lebih baik jika mereka menjejak ketua kumpulan Sokolov itu juga.
Namjoon pula pulang ke Moscow. Menguruskan Vien Co. sementara dirinya dibenarkan untuk melalui proses penyembuhan. Nafas segar ditarik sedalam mungkin. Mengisi peparunya yang kurang menghirup udara bersih.
Jimin akui, semenjak pemergian isterinya, dia berpaling kepada cara yang tidak sihat untuk mengisi kekosongan di hati. Pengambilan alkohol yang berlebihan dan juga vape. Rokok awal - awal lagi sudah disenarai hitam. Baunya amat tidak digemari.
"Vladimir?" Satu suara lembut dan lunak singgah ke gegendang telinga milik Jimin. Semenjak dia menyelamatkan wanita itu, dia seperti tidak mahu meninggalkan Jimin seorang diri.
Setiap masa dan setiap saat, pasti Puteri Kira berada di sisinya. Bagaikan ibu ayam yang sentiasa ingin memayungi anaknya. Boleh bayangkan betapa rimas Jimin rasakan?
"Vladimir!" Perubahan nada suara tuan puteri itu jelas menunjukkan dia sudah menjumpai lelaki yang dicari. Kakinya pantas berlari ke sisi lelaki bertongkat itu.
"Hey, you have to rest." Marah Puteri Kira sebaik sahaja Jimin berada di depan mata. Lelaki itu tersenyum nipis. Dia tahu wanita itu mempunyai perasaan terhadapnya. Sebaik sahaja mata wanita itu singgah di wajahnya, sepasang anak mata itu bersinar terang seperti bintang. Seakan Jimin itu penyinar hidupnya.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfiction"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...