- BAB 7 -

10 3 0
                                    

Malam kebudayaan merupakan malam terakhir acara perkhemahan pelajar Victoria Highschool.

Dari jauh Adelyn melihat persembahan yang dibuat oleh peserta dengan penuh semangat.

Ada yang membuat cerita sedih, ada yang membuat tarian sehingga ada peserta jatuh ke bawah kerana terlalu ramai berada di atas pentas dan ada juga yang membuat persembahan menyanyi.

Adelyn, Zulaika dan Diyana hanya menongkah kepala mereka pada lutut sehingga mereka berdua terlelap buat seketika.

Mujur mereka bertiga tiada apa-apa persembahan, jadi sebab itulah mereka memilih tempat duduk di belakang supaya mereka boleh tidur.

Hampir dua jam aktiviti malam itu berjalan, akhirnya sudah sampai ke kemuncak acara iaitu pembahagian hadiah kepada pemenang.

Adelyn sudah tersedar kerana ada tangan yang menggerakkan badannya dari arah tepi.

"Kau nak apa bang ? Aku mengantuk teruk ni." Tanya Adelyn kepada Ezekiel yang sudah pun melabuhkan duduknya di sebelah gadis itu.

"Pergilah masuk khemah. Sakit badan nanti kau tidur macam ini." Suruh Ezekiel.

"Mana boleh, kan acara tak habis lagi." Gumam Adelyn perlahan sambil kepalanya masih mencari titik keselesaan untuk dia menyambung tidur.

"Dah habis dah pun, dah ramai yang lari masuk khemah." Bisik Ezekiel apabila melihat acara pembahagian hadiah itu sudah pun mencapai penamat.

"Seriouslah ?" Tanya Adelyn sambil kepalanya melilau melihat keadaan sekeliling, terus dengan itu dia mengejutkan Zulaika dan Diyana untuk kembali ke khemah.

.
.
.
.
.

Setelah hampir tiga jam meredah kesesakkan lalu lintas, akhirnya Adelyn selamat sampai ke rumah ibu bapanya.

"Assalamualaikum, mommy." Panggil Adelyn sambil menekan loceng pada pintu utama. Malas betul dia nak cari kunci.

"Waalaikumusalam. Lah tak bagitahu pun nak balik." Puan Mariam menyambut salam anaknya sambil membantu gadis itu mengangkat beg pakaian yang sudah pun terisi baju kotor.

"Malas nak balik rumah sana sebab lusa, Adel kena ambil flight ke Korea dengan Zulaika. Ada game." Balas Adelyn sambil melangkah ke bilik tidurnya.

"Adel naik tidur dulu mommy. Mengantuk sangat ni." Adelyn meminta diri untuk naik ke biliknya. Mujur Puan Mariam memberikan kebenaran, lalu dengan laju dia bergerak ke arah bilik tidur.

Sebaik sahaja Adelyn merebahkan badannya ke atas tilam, terus sahaja gadis itu terlelap sehingga dibuai mimpi.

"Mommy ! Kak Adel balik ke ?" Haidi sudah berlari kembali ke dalam rumah apabila dia ternampak kereta milik kakaknya yang berada di bawah porch itu.

"Yes Haidi. Tapi kakak tengah tidur, jangan kacau dia." Tegah Puan Mariam awal-awal.

Kalau dia tak bagitahu ni, confirm sekejap lagi dia akan terjah ke dalam bilik Adelyn.

"Okay mommy. Nanti Kak Adel bangun, Hud nak cerita pasal shark dekat dia. Siaplah shark tu nanti Kak Adel bunuh dia." Bebel Haidi sebelum melangkah ke ruang tamu untuk menonton rancangan dokumentari.

"Ish budak ini, dia yang sibuk nak tengok dokumentari, dia pula nak salahkan haiwan itu." Bisik Puan Mariam sambil menyiapkan makan tengah hari untuk mereka sekeluarga kerana suaminya akan pulang untuk makan bersama.

Hampir satu jam Haidi berteleku di hadapan televisyen itu sebelum dia bergerak naik ke bilik kakaknya.

Pintu bilik itu dibuka perlahan supaya tidak mengejutkan kakaknya yang sedang tidur. Namun, figura kakaknya tiada di atas katil.

Ismael Isabelle Where stories live. Discover now