Pemergian mereka berdua pada kali ini tidak dihantar sesiapa kerana hari ini merupakan hari bekerja.
Zulaika dan Adelyn sedang duduk di salah satu bangku sementara menunggu panggilan masuk sesudah bagasi mereka di daftarkan.
"Macam mana dengan kes kau dengan Mila dekat camp hari itu ?" Zulaika memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
Adelyn yang sedari tadi ralit membelek iPhonenya terus meletakkan gajet itu sebelum memberi perhatian sepenuhnya kepada Zulaika.
"Diyana akan cari saksi. And aku ada suruh dia tanya Nina yang tolong aku dekat dapur tu." Balas Adelyn sebelum menghembuskan nafas berat.
"It's okay. Nanti kita balik Malaysia mesti semua dah settle." Pujuk Zulaika sebelum bangkit kerana panggilan masuk untuk ke Korea Selatan sudah dibuat.
Dan terus sahaja mereka berdua melangkah menuju ke bahagian imegresen.
.
.
.
.
.Korea Selatan
"Game kita hari keberapa ?" Tanya Zulaika sambil mulutnya menyedut ais-krim yang dibelinya di kedai serbaguna 7Eleven.
Puas ditilik satu persatu aiskrim untuk mencari tanda halal, mujur dia jumpa satu jenama yang mempunyai tanda itu.
"Hari ke-tiga. So, lusa kita dah kena bertanding. Kau ni, sekarang bukan musim panas tapi kau sedap melantak aiskrim." Jawab Adelyn sambil terselit teguran sedikit kepada Zulaika.
"Itulah. Kenapalah dekat Malaysia aku tak hargai aiskrim aiskrim yang ada tanpa had tu." Jawab Zulaika selamba tapi mulutnya masih bergerak menyedut aiskrim coklat itu.
"Sudahlah kau. Diyana ada mesej tak ?" Tanya Adelyn kepada kawannya itu. Sempat lagi minuman berkafein itu diteguk perlahan.
"Ada. Sekarang ni dia pergi tempat camping haritu, nak check cctv katanya." Balas Zulaika dengan matanya meliar memerhati sekeliling.
Sesekali jaket tebal yang membaluti tubuh itu dibetulkan.
"Kenapalah aku tak terfikir pasal cctv. Tapi tempat tu ada ke cctv ?" Tanya Adelyn perlahan.
Kaki mereka dibawa menuju ke sebuah taman yang berdekatan. Walaupun hari sudah gelap, tapi masih ramai antara penduduk di sini berada diluar rumah.
"Tempat yang Shamila jatuh tu tak ada cctv, tapi jalan untuk ke jambatan tu ada dua. Satu kanan satu kiri. Entahlah Diyana." Jawab Zulaika setelah mereka melabuhkan duduk di atas bangku kayu yang tersedia di situ.
Ini kalau jumpa Kim Jong Kook ni mahu meroyan adik Adelyn. Bukan dia tak tahu walaupun budak itu berumur lima tahun tapi dah pasang angan-angan nak khawin dengan lelaki sasa Anyang itu.
Eloklah tu kakak beku adik otak kurang betul.
"Kesian pula Diyana buat kerja seorang, aku nak tolong tak boleh pula." Keluh Adelyn perlahan apabila mengingati kawannya yang berada jauh berbatu-batu di sana.
"Aku pun. Tapi untung juga datang sini. Sejuk." Jawab Zulaika sambil tertawa perlahan.
"Kau." Ujar Adelyn. Dalam pada masa yang sama tangannya naik meluku kepala togel gadis itu.
"Jomlah balik, dah merah dah hidung tu. Nanti selesema pula." Ajak Adelyn selepas hampir 30 minit mereka berada di luar.
"Jomlah, esok ada training pula." Zulaika terus bangun sambil mengibas habuk-habuk halus di bahagian seluarnya.

YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...