5❀

51 6 0
                                    

Hyuri membuka matanya perlahan-lahan.

Putih.

Itulah warna pertama yang dia nampak.

Dia tertanya-tanya dimana dia berada.

Kemudian,kedengaran suara Hwana dan eommanya memanggil doktor.

Dia masih keliru.

Hospital?

Ya,dia sekarang berada di hospital. Dia menyedarinya apabila melihat seorang ahjuma meluru ke arahnya.

"Okay,dia dah sedar sepenuhnya. Akan tetapi,keadaannya yang kurang stabil boleh menjejaskan kesihatannya. Jadi saya harap puan tuan dan cik sabarlah ya? Jangan biarkan dia berfikir hal-hal yang berat ataupun hal-hal yang boleh melemahkan semangatnya. Satu lagi,dia mungkin tidak ingat sedikit apa yang terjadi sebelum kemalangan. So,saya minta Tuan Puan jangan paksa dia ingat kalau dia tak boleh. Itu saja,saya pergi dulu"

"Kamsahamnida" Balas Puan Bae dan Puan Hwang serentak.

"Eomma,apa dah jadi dengan Hyuri?" Tanya Hyuri tersekat-sekat.

Puan Bae memandang Puan Hwang sebelum memberitahunya.

"Hyuri accident dua minggu yang lepas. Aunty bersyukur sebab Hyuri akhirnya sedar juga. Hyuri terbaring disini selama dua minggu tanoa sedarkan diri" Terang Puan Hwang.

"Kenapa Hyuri accident? Kenapa Hyuri tak ingat apa dah jadi?"

Semua yang berada di situ hanya mampu mendiamkan diri. Tidak seorang pun yang berani bersuara untuk memberitahu apa yang berlaku.

"Hwana,Hyunjin mana? Dia dah balik kan?" Tanya Hyuri secara tiba-tiba sambil memegang tangan Hwana.

Hwana kelihatan terkial-kial untuk menjawab soalannya.

"Hyunjin ada kat rumah. Nanti aunty suruh dia datang melawat Hyuri eh?" Jawab Puan Hwang.

Semua mata terpaku pada Puan Hwang.

Dia hanya tersenyum sambil mengelus lembut rambut Hyuri.

"Hyunjin tak tinggalkan Hyuri kan? Dia tu suka menipulah"

"Tak,dia tak tinggalkan Hyuri pun. Dia tak ke mana-mana" Encik Hwang pula bersuara.

Hyuri melemparkan senyuman kepada mereka. Hatinya berbunga riang.

Setelah selesai melawat, Puan Hwang dan Encik Hwang meminta diri untuk pulang dan diikuti dengan Hwana dan Changbin. Dan orang terakhir pun balik iaitu orang tuanya.

"Hyuri jaga diri baik-baik tau. Nanti eomma datang lagi" Pesan Puan Bae kepada Hyuri.

"Okay. Saranghae eomma appa" Balas Hyurin.

Setelah semua berlalu pergi,tinggallah dia keseorangan.

Tok tok tok

Seseorang mengetuk pintu biliknya.

"Masuk"

Setelah orang yang mengetuk pintu biliknya masuk, Hyurin membulatkan matanya.

"Hyunjin ah" Katanya perlahan.

"Hello my crybaby" Sapa Hyunjin dengan sekuntum bunga ros yang dibawanya.

"Awak tak mungkir janji" Balas Hyuri sambil tersenyum.

Susah untuk menggambarkan perasaannya ketika itu. Gembira bercampur teruja.

Hyunjin menghampirinya dan Hyuri terus memeluknya setelah Hyunjin duduk di tepi atas katilnya.

"I miss u" Luah Hyuri lalu menangis dalam dakapan Hyunjin.

"Omo. Nangis lagi? Kan saya dah cakap,saya akan balik" Kata Hyunjin setelah Hyuri melepaskan pelukannya.

"Awak tak mungkir janji" Dia mengulangi semula ayatnya. Dia seperti merasakan itu sebagai sebuah mimpi.

"Dah,taknak nangis-nangis. Nanti tak comel" Kata Hyunjin sambil mengesat air mata Hyuri menggunakan jarinya.

"Jahat tau"

Dan pada masa itu,Hyuri merasakan bahawa dunia berlaku adil padanya dengan menghadirkan Hyunjin untuknya.

Tbc-

Okay,makin mengarut. Hahaha sorila but min rasa story ni makin mengarut hahaha but tunggu tau. Ni bukan ending dia. Min dah cakao kan? Story ni sad ending. Min dah tetapkan. Walaupun min tak sanggup tapi min terpaksa majkanamsjaka.

Okay dont forget to vote and comment au

Seukijeu

𝐓𝐡𝐞 𝐓𝐫𝐮𝐭𝐡 『𝐻𝑤𝑎𝑛𝑔 𝐻𝑦𝑢𝑛𝑗𝑖𝑛』[COMPLETE]Where stories live. Discover now