- BAB 9 -

11 2 0
                                    

Suasana pagi yang indah itu menjadi tak indah apabila mata Dinie diperlihatkan dengan agenda yang kurang menarik di hadapan pintu pagar utama.

Baru jam 6.50 pagi kut. Kereta yang sudah diparkir melalui pagar belakang itu dikunci sebelum kakinya melangkah mendekati drama yang dibuat oleh pelajar di situ.

Semakin dekat dia dengan pergaduhan itu semakin kuat bunyi jeritan perempuan yang sedang menarik rambut pengawas sekolah itu.

Pakcik pengawal keselamatan juga sudah tidak tahu membuat apa, apabila gadis yang berada di hadapannya ini sudah terlalu agresif.

"Hana !" Jerit Dinie apabila retinanya sudah mengenalpasti manusia yang sedang bergaduh di hadapan khalayak ramai itu.

Langkahnya dilajukan apabila melihat Diyana sudah tidak terurus lagi pakaiannya dek kerana ditarik oleh Hana.

"Stop." Arah Dinie sambil cuba menjauhkan dua gadis itu atau lebih kepada Hana yang menyerang Diyana.

"Hana, stop it. Tak malu ke gaduh depan budak lain ?" Jerit Dinie sambil menarik Diyana menjauh.

Buat apa tarik Hana, kotor tangan dia, dahlah sanitizer tak bawa.

"Apa kecoh-kecoh ni ?" Tanya Iqmal yang sudah pun sampai dan berdiri di sebelah Dinie.

"Hey Hana ! Berhenti !" Iqmal turut serta dalam menghentikan drama itu.

Apa bendalah perempuan ni.

"Tak boleh jadi ni Dinie. Heretlah dua orang ni pergi bilik displin. Kalau Adelyn takpun Zulaika nampak ni haru budak ni kena nanti." Iqmal bersuara sebelum menarik tangan Hana kasar dan menuju ke bilik displin.

"Ouh my god ! Diyana kau bertugas ke kau bergusti ?" Tanya Zulaika yang sememangnya sedari awal lagi dia dan Adelyn berada di bilik itu untuk menyemak fail pelajar sementara Diyana pula bertugas di pagar utama.

Adelyn yang mendengar jeritan Zulaika dari luar itu terus keluar dari bilik hujung untuk melihat apa yang berlaku.

"Wei, apa hal ni Di ?" Tanya Adelyn sambil mendudukkan Diyana yang sudah berserabut itu.

"Babi tu serang aku tiba-tiba. Otak tertinggal dekat rumah aku rasa." Ujar Diyana sambil memandang tajam ke arah Hana yang sedang berpeluk tubuh di sebelah Dinie Azfar itu.

Kau fikir aku jealous ke sial ?

"Explain Hana ?" Tanya Zulaika apabila mendengar jawapan daripada kawannya.

"Perempuan tu sentuh boyfriend aku, rapat-rapat dengan boyfriend aku." Jawab Hana sambil menjeling Diyana.

"Hei, kau kalau bercinta dengan babi pun, belum tentu babi mengaku tau." Sindir Diyana sambil tangannya meluruskan kembali rambut perang aslinya kepada bentuk asal.

Baru sahaja Hana mahu menyerang Diyana namun dihentikan oleh Adelyn yang sudah pun berdiri antara dua gadis itu.

"Siapa boyfriend kau ?" Tanya Adelyn sambil memeluk tubuh.

"Dinie Azfar."

Pengakuan berani mati daripada mulut Hana itu membuatkan semua orang yang berada di dalam bilik itu tergamam kecuali Dinie yang sudah ketawa terbahak-bahak.

"Aa...ku boy...friend k...au... hahahahaha lawak apa kau buat ni Hana ?" Tanya Dinie sambil memegang perutnya yang sudah keras dek kerana ketawa.

Mengalir air mata jantan aku beb.

"Apa you ni." Marah Hana sambil memukul manja lengan Dinie.

Ismael Isabelle Where stories live. Discover now