° Vladimir 048 °

238 39 7
                                    

" Aku tidak peduli

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Aku tidak peduli. Namun aku faham dan aku tahu apa yang akan terjadi pada kanak tersebut jika nyawa wanita itu diambil. "

Mikhail dan Jungkook memandang risau ke arah lelaki yang kaku itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mikhail dan Jungkook memandang risau ke arah lelaki yang kaku itu. Mata saling bertentang seakan bertanya apa yang tidak kena dengan lelaki bernama Park Jimin tersebut.

Terang - terangan luka tembakannya yang terbuka itu dijahit semula. Namun Jimin langsung tidak mengerang kesakitan mahupun bergerak. Deria sakitnya seakan hilang.

"Done. Please don't move around too much, okay?" Doktor yang merawat Jimin berkata sambil tersenyum. Tidak hairan dengan lelaki pegun seperti batu itu. Segera dia mempamit kepulangannya kepada Mikhail dan Jungkook.

Perlahan - lahan Jungkook duduk di sisi katil berdekatan sepupunya itu. Riak risau terpapar jelas pada wajahnya. Dia tahu Park Jimin itu seorang yang dingin dan tidak banyak bercakap. Tapi ini- situasi ini berlainan. Lagi pula manusia jenis apa yang tidak mengekspresikan rasa sakit sewaktu mereka sedang menerima jahitan?

"Hyung..." Panggil Jungkook teragak - agak. Tidak pasti bagaimana dia mahu mendekati lelaki itu. Dia tahu Jimin memerlukan semangat walau dalam apa jua bentuk. Dan ini sahaja yang mampu ditawarkan.

"Kau okay?" Tanya Jungkook perlahan. Lengan Jimin disentuh selembut yang mungkin. Mata lelaki tersebut yang berkelip - kelip dipandang resah.

Mikhail membiarkan sahaja Jungkook memujuk lelaki itu. Lelaki bergigi arnab tersebut lebih rapat dengan Jimin berbanding dirinya. Tambahan lagi, dia tidak pandai menguruskan hal yang berkaitan perasaan.

"Aku okay." Dalam bilik yang senyap itu, suara serak Park Jimin bergema. Dan suara itu menggambarkan kesedihan. Sehingga ianya menggigit dan mampu dirasai oleh orang yang mendengarnya.

"Beritahu aku, hyung. Apa yang jadi?" Jungkook terlalu bijak untuk itu. Dia tahu Jimin sangat jauh daripada perkataan 'okay'. Lelaki itu mengalami sesuatu.

[C] Vlàdimir. pjmWhere stories live. Discover now