♡BSS Special I : Aidil Adha (part 2)

622 59 7
                                    

"Sayang bangun, dah subuh dah ni. Cepat bangun nanti terlepas." Kata aku sambil menepuk bahu Taehyung.

Itulah semalam tidur lambat. Nak main game la apa lah. Sekarang liat nak bangun.

"Jap lima minit ja sayang." Balas Taehyung dengan suara serak basah mengantuknya.

"Cepat bangun kalau nak kiss. Kalau tak nak sayang kiss Lee Jong Suk jalah kat dalam laptop tu." Kata aku sambil senyum apabila tubuh Taehyung mula bergerak.

Dia bangun dari pembaringan dengan rambut kusut. Comel! Ditambahkan lagi dengan muka yang dimonyokkan tu.

"Mana aci ugut macam tu." Kata dia perlahan dengan mulut muncung. Ya Allah aku tak kuat dengan suami sendiri!

"Aci-aci kat India la." Balas aku sambil gelak. Dia masih muncung, nak protes la tu.

"Sayang, tak nak macam tu. Oppa bangun ni. Jangan la ugut-ugut nak cium namja lain. Oppa tak suka la, sayang tu isteri oppa. Oppa punya." Kata dia sambil pegang tangan aku.

Aku suka sangat setiap kali Taehyung sebut 'sayang taknak la, sayang taknak macam tu'. Dia comel, dia buat aku jatuh cinta setiap saat aku tengok muka kacak dia.

"Yalah, sayang janji tak buat lagi. Meh sini nak kiss. Lepas tu mandi kita solat sama-sama." Lepas ja aku cakap macam ni Taehyung senyum memanjang dan dekatkan muka dia dengan aku.

Bab-bab gatal cepat ja dia nak respon.

"Cepatla kiss, lepastu kita mandi sama-sama okay." Kata dia dengan muka gatal.

"Ish gatal eh." Balas aku lalu cepat-cepat turun dari katil.

"Nak gi mana? Tadi cakap nak kiss." Taehyung buat muka hairan.

"Mandi dulu, oppa busuk!" Balas aku sambil gelak perlahan. Taehyung turun dari katil dan terus mengejar aku. Alah lari dalam bilik macam ni tak sampai dua saat pun dah dapat tangkap kan. Dapat sahaja Taehyung menangkap aku, dia terus peluk pinggang aku dengan erat dari belakang.

"Tak boleh lari dah, cepat kiss kalau tak kiss tak nak mandi." Kata Taehyung sambil gelak bersama aku.

"Orang nak solat subuh ni, lepaskan sayang cepat nanti tak sempat nak solat." Balas aku, Taehyung ni pun satu kalau nak manja pun jangan la time nak habis waktu solat macam ni.

"Yalah sayang, oppa mandi kejap tau. Sayang jangan solat lagi tunggu oppa tau. Oppa mandi kejap ja, tunggu tau." Kata Taehyung seraya melepaskan pelukan lalu ambil tuala dan masuk ke dalam tandas.

Sambil menunggu Taehyung mandi, aku bentangkan dua sejadah kearah kiblat. Memang arah kiblat la kalau arah lain nanti kang viral agama sesat pula.

Selesai sahaja solat Taehyung tidur balik, dia cakap mengantuk lagi. Jadi aku biarkan dia berehat sebab kejap lagi nak beraya pula, lagi bertambah penat la dia. Aku tinggalkan dia tidur sorang kat bilik sebab nak buat apa yang patut kat dapur tu. Tak kan nak tengok saja pula, nasib la si Taehyung tak mengada nak suruh aku teman dia tidur.

Tepat jam lapan pagi aku kejutkan si Aryan, ni kalau tak kejut ni entah pukul berapa baru nak bangun. Bangun saja dia dari tidur, dia sibuk tanya pukul berapa sebab dia nak solat dhuha. Bagus suami kiter, kau ade? Eh tak gurau ja jangan la marah.

"Sayang tolong pakaikan samping jap." Kata Taehyung dengan tangan yang memegang samping di pinggang sambil berjalan kearah aku yang tengah bersolek.

"Macam ni, tengok betul-betul. Nanti kalau sayang tak ada sapa nak pakai oppa sampin?" Tangan aku ligat mengulung samping Taehyung.

[C]Bangun Sahur Sayang | KTH Where stories live. Discover now