- BAB 11 -

8 2 1
                                    

Selepas pulang daripada Pavillion atas urusan pencarian hadiah, Japheth terus menghantar Adelyn pulang kerana esok mereka masih bersekolah.

Mujur petang tadi sempat dia menculik gadis itu sebentar.

"Nanti lusa kau nak aku ambil atau pergi sendiri ?" Tanya Japheth sebaik sahaja keretanya sudah sampai di hadapan pagar rumah gadis bertiga itu.

"Tak tahulah, pergi sendiri kot sebab lepas balik rumah kau aku kena balik rumah pula. Nak tolong mommy aku siapkan untuk majlis Haidi." Jawab Adelyn tanpa ura-ura untuk keluar dari kereta sepupunya.

"Ha'ahlah, lupa pula. Dahlah keluar cepat, aku nak balik ini. Nak tidur esok sekolah." Ujar Japheth sebelum menghalau Adelyn keluar dari keretanya.

"Yalah, nak keluarlah ni. Hadiah aku simpan sini dululah ya." Adelyn berkata sambil tangannya membuka seatbelt dan mengambil sling bag dan juga iPhonenya.

"Okay. Bye." Ujar Adelyn sebaik sahaja pintu kereta itu dibuka. Tangan dilambai sebelum kelibat kereta itu menghilang disebalik kepekatan malam.

"Assalamualaikum."

Terlihat Diyana dan Zulaika masih lagi berteleku di hadapan televisyen sambil di tangan mereka terdapat satu mangkuk popcorn.

"Waalaikumusalam." Jawab mereka berdua serentak sambil berpaling ke arah pintu utama.

"Wey Adel, meh sini sekejap." Panggil Zulaika dengan mulutnya penuh dengan popcorn.

"Kenapa ?" Tanya Adelyn. Langkah kakinya dihalakan kepada dua kawannya yang sedang memandang dia seperti pesalah.

Aku ada buat apa-apa ke sebelum aku keluar ?

"Sini sini." Zulaika menepuk ruangan sofa di antara dia dan Diyana sebelum menolak tubuh kecil Diyana ke tepi untuk memberikan ruang kepada gadis itu.

"Cuba kau tengok ni." Diyana dan Zulaika menunjukkan skrin iPhone mereka pada Adelyn serentak.

Victoria News Board

-photo-

Ini bukan Adelyn dengan Japheth model terkenal ke ?

"Ouh pasal ini ke ? Aku dah baca." Ujar Adelyn sambil tangannya mengambil popcorn di dalam mangkuk Zulaika.

"And ?" Tanya mereka berdua serentak.

"And, aku nak naik atas, nak mandi. Melekit teruk ni." Balas Adelyn lalu bangkit untuk masuk ke biliknya.

"Adelyn !" Jerit Zulaika dengan Diyana serentak. Adelyn yang baru memijak tangga pertama itu terus ketawa sebelum menyambung perjalanannya.

Matilah esok dekat sekolah.

Pada pagi Jumaat yang sejuk dan penuh dengan kabus itu bertukar bising apabila Zulaika sudah menjerit memanggil Adelyn dan Diyana yang masih belum keluar dari rumah.

"Nak apa ?" Tanya Diyana dengan roti yang disapu Nutella digigit hujungnya.

"Naik ni nak pergi sekolah ?" Zulaika berkata sambil menunjukkan tiga biji hoverboard yang sudah terletak di luar rumah itu.

"Kau gila ? Nanti nak simpan benda alah ni dekat mana ?" Tanya Diyana dengan mata terbuntang melihat objek silinder beroda itu.

"Dalam lockerlah. Apa susah." Jawab Zulaika perlahan. Beg sekolahnya dibetulkan sebelum menaiki hoverboard itu.

"Jomlah pergi sekolah." Adelyn yang sudah mengunci pintu rumah itu mengajak tanpa memandang ke arah Zulaika dan Diyana.

"Minah ni suruh naik binatang ni." Adu Diyana sambil menunjuk kepada hoverboard itu.

Ismael Isabelle Where stories live. Discover now