"Kita semua dah buat yang terbaik!"
Satu bulatan besar terlihat di sudut buta program realiti Road To Kingdom cuba untuk menenangkan satu sama lain.
Masing-masing sudah mengetahui pengakhiran program realiti tersebut, The Boyz memenangi tempat pertama, OnF di tempat kedua manakala mereka, Pentagon di tempat ketiga.
Tapi tak apa, semua orang puas hati dengan persembahan Basquiat!
"Ah, serius nak tidur sampai subuh tahun depan!", Hongseok sudah menguap besar. Gamaknya muat 1000 lalat sekali masuk!
Wooseok bertempuk tampar dengan Yeo one tanda gembira mereka sudah selesai. Tiada lagi malam tanpa tidur, tiada lagi gagak gempita!
Matanya dikecilkan mencerlung ke arah Shinwon yang tersedu-sedu, staff pun ramai keliling.
"Shinwon hyung menangis kenapa tu?" Wooseok menunjuk ke arah Shinwon.
"In-ear dia rosak masa Basquiat tadi. Dia kata dia frust dia tak dengar apa-apa, dia takut dia rosakkan stage kita. Tapi Shinwon hyung memang bagus gila tadi. Tak yah risaulah." Kino sengih untuk membuang jauh kerisauan Wooseok.
Wooseok bukan apa, risau juga dengan hyungnya seorang tu. Dia memang nampak gementar dari 3 hari lepas untuk pentas terakhir mereka. Nasiblah semuanya elok belaka.
"Hari ni balik dorm, tidur puas-puas! Esok schedule macam biasa okay! Sugohaesso!" Manager hyung menepuk bahu mereka satu persatu.
Pentagon tersenyum walaupun mereka kecewa sedikit dengan keputusan akhir, tapi tak apa! No regrets! Universe, we did our best for you!
Dua vellfire hitam mula memecut laju membelah angin malam yang sejuk dan langit yang makin hitam. Ahli Pentagon semuanya sudah nyenyak di tempat duduk belakang kecuali Yuto di tempat duduk paling hadapan.
Yuto duduk bersama Hui hyung, Yeo one hyung dan Wooseok di dalam satu kereta dan selebihnya di kereta satu lagi.
Kepalanya berpusing memandang sekilas ke manager hyung yang mengomel sendiri. Kereta mereka beransur perlahan dan berhenti.
"Kenapa manager hyung?"
"Jalan ni tutuplah, construction lah ni. Tapi tak ada notis apa-apa pun? Kita kena pusing ikut jalan dalam kalau dah macam ni. Haih..tengah-tengah malam la nak macam-macam pun..."
"Ah.. Kita ramai, tak apa."
Signal ke kiri di hulurkan. Tetapi seorang wanita tua dengan segenggam bunga di tangan menahan mereka daripada meneruskan perjalanan.
Tingkap kereta di ketuk beberapa kali memaksa Manager untuk membukanya. Wanita tua itu tersenyum kecil bertanya sama ada mereka mahu membeli bunga Daisy ataupun tidak.
"Tak apalah, mak cik. Kami nak cepat ni."
"Nak, kalau kamu tiada daisy, penat kamu di sana nanti. Jalan yang bakal kamu lalui tak sama dengan yang di sini. Identiti-"
"Kami pergi dulu! Maaf ya!"
Cepat-cepat manager menutup tingkap kereta. Dia risau kalau orang tak kenal tiba-tiba sahaja hendak menjual. Lagipun dia sedang bawa Pentagon, mana tahu kot Sasaeng fans menyamar jadi mak cik tua! Sasaeng ni bukan betul!
Yuto hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Bilalah nak sampai rumah...
Tiba-tiba sel otak Yuto berhubung antara satu sama lain, baru teringat harini malam Jumaat, ura-uranya hantu keluar ambil angin malam macam ni. Disuruh orang takut hantu duduk paling depan...
Jahat.
Yuto terasa seram sejuk melihat jalan yang sunyi, hanya dipenuhi dengan alunan cengkerik. Sudahlah mereka jumpa mak cik mana tengah-tengah malam jual sejambak daisy!
Lampu jalan pun tak ada, kereta lain pun tak ada, hanya dua vellfire hitam itu sahaja yang melalui lorong itu.
"Oh, ada terowong?"
Hui yang terjaga memisat matanya. Biasanya mereka akan sampai rumah tak sampai 15 minit daripada Bangunan Mnet. Terasa lama pula hari ni.
Terowong dimasuki. Aneh juga pintu masuk terowong ni, penuh putih kuning. Walaupun gelap, tetapi cahaya lampu kereta dapat menyuluh kearah bunga-bunga. Nampak seperti Daisy..
Bukan satu dua, banyak!
Jahat betul mak cik tadi sanggup jual sejambak daisy padahal mereka boleh sahaja kutip. Memang banyak betul, serius tak tipu!
"Haih mak cik tadi, senang je nak jual dekat kita Daisy padahal dia kutip je dekat sini." Manager menggeleng kepala, ada lagi orang sebegitu.
Pedal minyak ditekan tetapi terowong tersebut bagaikan tiada penghujung. Tidak pernah mereka lalu terowong selama itu.
Bagi Yuto the foreigner sendiri, dia sudah hidup di Seoul lebih 5 tahun tetapi tidak pula dia tahu di Seoul ada terowong sepanjang itu..
Hui yang terjaga memisat matanya. Nak tidur semula pula payah. Telefon pintarnya dikeluarkan, sibuk tangannya menekan skrin.
Dia mengambil keputusan untuk membaca komen-komen yang ditinggalkan peminat. Separuh bagus lagi separuh macam elok buat stew kasut suap diorang!
"Pentagon baguslah! Pentagon dah buat yang terbaik untuk persembahan Basquiat tau!" - Pentatistic
"Okay, reply!.. Bagus, line tak ada!"
Hui mencebik. Dia membetulkan duduknya untuk bersembang dengan manager.
"Ikut jalan mana ni? Lama lagi ke nak sampai?"
Hui agak membentak. Dia sudah letih dan mereka masih lagi tidak sampai di rumah. Baik sahaja dia tidur di Cube, boleh juga sambil-sambil itu buat lagu..
Kabus malam mula memenuhi ruangan terowong tersebut. Makin lama makin tebal... Pelik betul terowong ni.
"Sikit lagi sampailah. Jalan kita selalu guna tu dah tutup ada pembaikkan kot, tapi entahlah macam pelik pun ada sebab-
"KERETA! "
Kereta antik berwarna perang tiba-tiba sahaja melintasi mereka. Sudahlah melintang, sakit jantung tahu tak!
Manager, Yuto dan Hui sama-sama mengurut dada mereka. Masakan di tengah terowong kereta melintas mereka dalam keadaan melintang? Tak masuk akal!
Wooseok dan Yeo one juga terjaga akibat jeritan Hui. Mereka masing-masing dalam keadaan keliru, takkanlah eksiden pulak tengah malam buta ni.
"Kita dekat pekan mana ni.. Kenapa semua antik ni-"
Mereka berlima telan liur. Mata mereka bertaut, memang ada yang tidak kena dengan terowong yang mereka lalu tadi!
Mata mereka melilau mencari apa-apa tanda yang boleh dibuat sebagai rujukan. Sumpah mereka tidak tahu mereka di mana!
"Welcome to Margarita Town..", Hui membaca papan tanda besar dan itu bukan tanda yang bagus.
Nampaknya.. mereka memang sudah jauh dari dunia mereka. Mereka memang sudah ke alam lain! Dunia yang sepatutnya orang biasa tidak boleh masuk. Mereka sudah langgar sempadan,
Anatara dimensi The Republic of Korea dan dunia yang mereka tidak tahu mereka di mana.
"Habislah kita..."
YOU ARE READING
Aku bukan Pentagon! [Pentagon]
FanfictionPentagon, terkenal dengan lagu Shine tapi ada kembar? Biar betul?! Atau.. kembar mereka daripada dimensi lain? Perjanjian 'daisy' dilakar bagi tujuan menjaga keamanan dimensi masing-masing tetapi tekanan mengasak 'Pentagon Sebenar' untuk lari dan...