"Dahlia Faryna! Berapa kali nak suruh ibu jerit,penatlah ibu hari hari kena kejut Lia macam ni. Belajarlah bangun sendiri,dah besar kan?"
Perlahan tangan mencapai handphone miliknya,ditekan button on dan..
"Hah?! Dah 10.30?!"
Terbeliak mata Dahlia mengetahui yang dia sudah terlewat ke kelas.
Pantas tuala mandinya dicapai,terus ke bilik mandi"Ibuu,mana sweater pink Lia?"
"Ade dalam mesin basuh,dah berapa kali pakai sweater tu,macam takde baju lain"
Terpaksalah Dahlia membongkar isi kandungan almarinya
Tak serupa almari seorang gadis,baju tak tersusun malah bercampur dengan baju kotor
Dicapainya baju kemeja dan seluar jeansTak sempat Dahlia nak berdandan mahupun bersarapan
Terus mengambil kunci kereta dan bergerak menuju kereta putih miliknya,hadiah ulang tahun ke 21 dari ibu"Tak nak salam ibu ke sayang?"
"Eh lupa"
Terpaksalah dia berpatah balik,masuk semula ke dalam rumah ke arah ibunya yang berada di dapur
"Belajar rajin rajin tau"
"Okay bos"
Jawabnya sambil tersenyum menunjukkan barisan giginya yang tersusun
Dahlia memang cantik rupa parasnya
Cuma tidak pandai bergaya sahaja🌼
"Maryam!!"
"Ha sampai pun kau,nasib baik kelas belum mula tau"
"Fuh,nasib baik sempat. Aku rasa dah cukup laju dah aku pecut,aku tekan habis pedal minyak"
" Kau dengan lambat memang tak boleh berpisah kan?"
Dahlia memang tidak punctual orangnya
Sering tidur lambat,maka seringlah kelam kabut ke kolej
Kadang kadang,kelas telah dimulakan selama setengah jam,barulah dia muncul
Pernah juga diberi amaran oleh dekan
Tapi,perangainya tetap tak berubah
Cuma kebelakangan ini,dia bernasib baik
Sempat memecut kereta laju sebelum kelas bermula
🌼
" Maryam,kita pergi minum minum jom! Aku belum rasa nak balik lah,lagipun kat rumah tak de orang "
" Aku okay je tapi kau belanja,okay?"
" Yelah "
Kedua duanya akhirnya sepakat untuk ke kafe di shopping mall berdekatan rumahnya
Senang nak balik rumah"Kita pergi cafe tu lah "
tunjuk Maryam ke arah Cafe DinoDahlia hanya mengiyakan kerana dia pun tiada idea hendak ke kafe yang mana
Ditolaknya pintu kafe itu,semerbak bau kopi hitam memikat dan bau roti fresh baru dibakar
Maryam terus menuju kaunter untuk memesan makanan"Bagi saya latte satu ,mocha satu dengan roti yang tu satu"
Maryam menoleh ke sebelahnya,pelik kenapa Dahlia diam membisu tak bersuara,
kena sampuk ke kawan aku niMata Dahlia tertancap pada satu susuk badan di sebalik mesin kopi
Lelaki tinggi lampai sedang menyediakan kopi pesanan mereka
Oh tuhan,kacaknya dia"Oit,kau tengok ape? Jom duduk"
Tersentak Dahlia yang sedang asyik memerhati sang jejaka
Tangan Dahlia sudah digapai oleh Maryam
Ditarik ke arah meja kosong di tepi tingkap" Amboi kau,bukan main eh cuci mata?" perli Maryam.
"Mana ada,tapi kan barista tu handsomelah."
"Pergilah tegur dia,mana tahu sangkut"
"Eh tak naklah"
Dahlia beruntung
Disebabkan kafe itu kekurangan pekerja pada hari itu
Terpaksalah barista yang disukainya itu yang menghantar pesanan merekaTak berkedip mata Dahlia melihat sang jejaka tampan yang berdiri tepat di sebelahnya
Barista itu menghadiahkan sebuah senyuman manis lemak berkrim kepadanya
Oh tuhan ini lah cinta"Dahlia,Dahlia! Sudahlah tu,jom makan"
🌼Usai solat Isyak,Dahlia merebahkan badannya di atas katil
Penat seharian berjalan di pusat beli belah dengan Maryam
Tiba tiba,dia teringat sesuatu"Eh apa agaknya nama dia?"
Zaman sudah moden,hanya perlukan nama sahaja
Boleh terus search di Instagram dan boleh terus jumpa akaun Instagram lelaki ituTapi,Dahlia tak tahu nama lelaki itu
Jadi,dia tekad untuk cari tahu.
YOU ARE READING
Seharum Dahlia
RandomDahlia Faryna,gadis 25 tahun yang masih lagi sedang melanjutkan pelajaran. Keluarga Dahlia menyimpan 1001 rahsia gelap yang disimpan dari Dahlia sejak dia kecil. Namun,semakin dia meningkat dewasa,satu demi satu rahsia terbongkar. Mampukah dia mener...