Setiap hari Selasa merupakan hari displin bagi Victoria Highschool. Begitu juga dengan hari-hari yang lain.
Maka, pada waktu pagi yang sepatutnya diadakan majlis perhimpunan ditukar kepada acara displin.
"Diamlah. Kau orang beratur dengan kaki ke mulut ?" Marah Diyana yang sedang berdiri di tepi pintu masuk dewan.
Pelajar yang membuat bising tadi terus kembali senyap apabila mereka dimarahi oleh Diyana.
"Pandai pun diam." Ujar Diyana sambil matanya melilau memandang pelajar yang belum masuk ke dalam dewan itu.
Apabila tiada lagi pergerakan pelajar di luar dewan, Diyana terus menutup pintu dewan supaya nanti tiada pelajar yang lari apabila barangan terlarang mereka dirampas.
Adelyn dan Luth yang berada di atas pentas hanya berdiri sambil memerhatikan pengawas lain memulakan tugas mereka untuk memeriksa para pelajar.
"Hakim and the gang tak ada dalam dewan." Bisik Adelyn kepada Luth yang berdiri di sebelahnya.
Mata Luth terus memerhati kelas Hakim untuk melihat kehadiran Hakim.
"Dia tak datang ke ?" Tanya Luth kepada Adelyn kembali. Adelyn terus membuka rekod kedatangan yang di ambil dari setiap guru kelas.
"Datang." Jawab Adelyn sambil menunjukkan rekod kedatangan kepada Luth. Terus sahaja rekod itu bertukar tangan.
Adelyn yang melihat Diyana dan Zulaika yang sudah pun siap memeriksa pelajar terus turun dari pentas untuk menghampiri dua gadis itu.
"Aku nak pergi ronda bangunan lama. Within twenty minutes if aku tak balik, cari Hakim." Bisik Adelyn sebelum bergerak keluar dari dewan itu lalu berjalan menuju ke arah bangunan lama aka tempat persembunyian Hakim and the gang.
Sebaik sahaja Adelyn sampai di laluan pejalan kaki yang menuju ke bangunan lama, Adelyn ternampak satu tubuh yang berjalan ke arah bangunan lama.
Tanpa dia sedari, perilakunya turut diekori dari arah belakang.
Sebaik sahaja dia sampai di bangunan lama itu, Adelyn menyorok untuk mengintai perbuatan Hakim sebelum.
Prak...
Adelyn yang dipukul dari arah belakang itu terus jatuh pengsan dan terus tidak menyedari apa yang berlaku.
.
.
.Zulaika dan Diyana yang sudah pun berada di dalam kelas sudah merasa bimbang kerana Adelyn masih tidak kembali hampir lima belas minit dia pergi ke arah belakang.
"Yow, what's up." Tegur Kings kepada Zulaika dan Diyana yang sudah gelisah memandang jam itu.
"Mana Adelyn ?" Tanya Luth apabila dia tidak melihat Adelyn di mana-mana.
"Itu yang kita orang bimbang ni. Dah dekat enam belas minit dia tak balik-balik." Jawab Diyana dengan gementar sementara Zulaika hanya memandang ke arah jam tangannya.
Empat minit terasa lama untuk ianya berlalu.
"Dia pergi mana ?" Luth terus bertanya apabila mendengar jawapan Diyana.
Tiga minit lagi.
"Bangunan lama." Jawab Diyana dengan suara yang perlahan. Duduknya sudah pun gelisah apabila memikirkan kawannya yang tidak balik-balik.
Dua minit.
"Hakim." Bisik Luth sebelum mendengar kerusi di tepinya jatuh secara tiba-tiba.
Kelihatan Zulaika sudah berlari menuju keluar kelas tanpa memandang sesiapa pun.

YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...