Amarahmu menjadi kebiasaankuTanpa dirimu aku alpa
Di saat aku memerlukan
Kau sentiasa ada
Siapalah aku untuk menidaknya
Di saat hati kita bersatu
Di dalam irama dan lagu
Saat kita bertentang mata
Kita sama tersenyum
Janganlah kau diamkan
Jika itu yang kau rasa
Kerana aku menanti
Sudah lama…
----
Nina melihat jam tangannya. Perasaan geram mula menggamit hati kecilnya. Paling dia benci orang yang tidak berpegang pada janji. “LAMBAT!!” cetusnya di dalam hati. Farid selalu
saja lambat datang jika mereka berjanji untuk berjumpa. Setiap kali berjanji, itulah yang menjadi kebiasaannya. Dan akhirnya, Nina akan menarik muka kerana geram dengan perangai Farid itu.
“Farid, kau nak datang ke tak ni? Kalau tak, aku masuk. Aku dah berpeluh-peluh kat luar ni tau,” menelefon Farid. Nina mendengus geram.
“Alaaa..sorry. Aku lambat sikit je pun. Sekejap lagi sampai la.”
“Cepat!”
“Ye..ye..”
Tidak lama kemudian, Farid pun sampai dengan memberi muka yang sangat manis tetapi sangat memualkan bagi Nina. Dah terlalu masak sangat dengan perangai Farid. Ada saja alasannya nanti. Kalau tak kerana mereka dah berkawan rapat lebih lima tahun, mahu saja Nina tinggalkan.
“Masuk. Jangan banyak cakap,” arah Nina sambal memberi Farid bertih jagung. “Kalau aku terlepas the first scene, kau jangan menyesal,” cebiknya .
“Alaa..relax. Belum mula lagi tu.” Farid mula risau. Dia tahu, Nina paling tidak suka terlepas scene pertama dalam filem semasa mereka menonton filem di pawagam . Paling pantang untuk Nina. Sesekali, Farid mengetuk lembut kepalanya sendiri, kerana membiarkan dirinya terlewat. Tapi, kemudian, senyum sendirian, melihat telatah Nina yang pemarah itu.
“Cantik..”
“Apa yang cantik?” bisik Nina. “Eh..nothing. Jom..”
Nina dan Farid memang kaki filem. Lagi-lagi filem thriller. Hari ini, mereka berdua memilih filem Peninsula untuk ditonton bersama. Filem yang dinanti-nantikan sekian lama.
Farid memang tahu sangat, Nina paling tidak suka bercakap mahupun diganggu semasa menonton filem. SENYAP. Sedikit bunyi, akan keluarlah biji mata Nina untuk menjadi tatapan Farid. Sangat pemarah orangnya. Namun, itulah yang menjadi kekuatan pada diri Nina.
Selesai menonton, mereka berdua menuju ke restoran berdekatan untuk mengisi perut. Seperti biasa, mereka akan mula berbual tentang filem yang mereka berdua tonton tadi.
“Rid, kau busy tak esok?”, seraya menghirup jus orennya.
“Emm..busy sikitlah. Kenapa? “
“Emm..tak apalah.”
“Eh..bagitau je la.”
“It’s okla. Makan.”
“Kau ni, lembutlah sedikit kalau bercakap tu. Kalau dengan Malik, bukan main gedik,” seraya menutup mulut. Adoi…
“Emmm….” berhenti makan lalu menyilang tangan di dadanya. “Apa cerita Malik pulak?”
Farid menghirup air tehnya perlahan. “Eh…aku tersasul ok. Sorry,”tersengih.