“ Cinta itu bagaikan satu permainan. Permainan yang hendak aku hentikan. Namun sayang, aku sudah terlalu jauh ke hadapan. ”
↭
Tak!
Tak!
Tak!
Bunyi kasut berlaga dengan lantai kuat kedengaran. Mata masih tajam menembusi tubuh wanita itu. Setiap laluan yang diambil oleh wanita tersebut meninggalkan bau yang amat dikenali.
Manis seperti bau bunga pomelo? Atau manisan coklat? Sungguh, ianya membuatkan Park Jimin tergila - gila.
Di dalam istana penuh dengan koridor yang mengelirukan, mudah untuk lelaki itu hilang arah. Namun bau yang masih berlegar di ruang udara membantunya untuk menjejaki kembali kelibat wanita itu.
Tidak semena - mena telefon pintarnya berdering memenuhi ruangan yang sepi tersebut. Makian ditujukan buat si pemanggil kerana telah menarik perhatiannya. Sekarang dia tidak tahu jalan mana yang perlu diambil.
"Hello?" Walaupun rasa geram, panggilan tetap dijawab tanpa dilihat terlebih dahulu siapa yang menelefon.
"Belok kiri." Suara Namjoon memenuhi gegendang telinga Jimin. Kening lantas berkerut mendengar arahan setiausahanya.
"What?"
"Perempuan yang kau kejar, dia berada di belah kiri kau." Tanpa banyak bicara, Jimin terus melajukan langkah. Dan secara perlahan - lahan, langkah yang laju bertukar larian.
"Kanan." Arahan yang diberikan oleh Namjoon diikuti. Dia berlari bersama telefon di tangan. Nafasnya masih stabil walaupun dia terpaksa belok ke kiri atau ke kanan untuk melihat kelibat wanita itu semula.
Yunhee atau tidak, dia akan dapatkannya.
Kerana wanita itu membuatkan tidur malamnya tak lena. Wanita itu membuatkan tidur malamnya dipenuhi mimpi.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
أدب الهواة"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...