“ Saat aku melihat kau, Park Jimin, segalanya terasa lengkap. Kerana kau tempat untuk aku pulang. Kau tempat di mana aku berasa selamat. ”
↭
Sakit.
Itu perkara pertama yang aku rasakan saat baru sahaja tersedar. Badan cuba digerakkan namun rasa lelah lebih menguasai. Pegun aku terbaring di tempat asing itu.
Jantung semakin laju berdegup. Peluh sejuk merenek di kawasan dahi lalu turun hingga ke telinga. Pergerakan anak mataku liar. Ke kanan. Ke kiri. Ke kanan. Ke kiri.
Di mana aku berada?
Waktu itu, aku masih tidak tahu apa - apa. Bahkan nama sendiri pun samar - samar dalam ingatan. Siapa aku? Di mana aku berada? Apa yang berlaku? Semua itu tiada jawapannya.
Dan, aku takut.
Pintu yang dibuka perlahan berjaya menarik perhatian. Seorang perempuan yang sudah nampak berumur sedikit masuk ke dalam bilik ini. Sedikit pelik namun kedutan yang bergaris pada wajahnya sedikit sebanyak menenangkan kegelisahan yang aku rasakan.
Wajah itu menampakkan aura keibuan pada mata aku.
Mata wanita itu yang tadinya tertunduk ke bawah kini memandangku. Serta - merta, matanya membulat sebelum dia tersenyum lembut.
Sisi katil aku didudukinya lalu tangan yang berada di perut aku disentuh penuh berhati - hati. Aku memerhati sahaja setiap pergerakan yang dia lakukan.
Wanita itu kemudiannya membuka mulut, berkata sesuatu yang tidak aku fahami. Namun aku dapat meneka bahawa bahasa itu merupakan bahasa Rusia.
Dan dari situ, aku teringat segalanya.
Jeritan.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfic"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...