“ Ianya menyakitkan. Namun aku telah terikat. Tiada jalan pulang. Tiada jalan keluar. Dan yang paling teruknya, aku tidak ingin dilepaskan dari ikatan ini. ”
↭
"Vladimir? Vladimir!"
"ARGHHHH! TAK GUNA! SIAL!" Barang yang berselerakan di atas meja pejabat disapu bersih. Meninggalkan beberapa serpihan kaca yang retak seribu. Kepingan kertas yang berselerakan. Telefon yang berkecai.
"Apa yang dah jadi?!" Namjoon sedaya upaya menenangkan lelaki yang berlagak seperti binatang buas itu.
"Dia tipu aku. Dia tipu aku Namjoon." Jimin terduduk di kerusinya sambil mengeluarkan nafas lelah. Matanya sedikit merah. Bukan. Bukan kerana hendak menangis. Namun kerana marah yang teramat.
"Siapa?"
Diam.
"Siapa Vladimir?"
"Vaslav."
Kali ini, giliran Kim Namjoon pula yang terdiam. Seakan tidak percaya dengan nama yang keluar dari mulut majikannya itu.
Melihatkan kebisuan Namjoon, Jimin menyambung bicaranya. "Orang tua tu masih hidup, Namjoon. Kematian dia hanya satu lakonan."
° ° °
"Vaslav, he's still alive." Kata - kata Raja Andrei bagaikan berlalu sepi. Membuatkan seorang Park Jimin terkelu lidah.
"W—" Jimin menarik nafas dalam. Terlalu pegun sehingga dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
"What do you mean, Your Majesty?"
"My man saw him at the airport the day he's supposed to die." Serius. Wajah Raja Andrei serius. Malah nada suaranya juga kedengaran serius.
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fanfic"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...