“ Park Jimin, kau dan aku tahu, kita saling menyakiti. Namun kita tiada keberanian untuk melangkah pergi. Dan akhirnya, kau dan juga aku, tiada kebahagiaan lagi yang tinggal untuk kita berdua. ”
↭
"Park Yunhee, ingat saya lagi?" Terkejut aku saat bahuku diketuk beberapa kali. Pantas kepala ini berpaling ke belakang.
Wajah lelaki itu, lelaki yang menegur aku sebentar tadi agak samar dalam ingatan. Namun aku pasti, aku pernah melihat wajah itu. Melihatkan aku yang begitu keliru, senyuman lelaki itu bertukar masam.
"Yunhee, saya Jung Hoseok. Doktor yang merawat keluarga awak dulu?" Dia berkata lagi. Senyuman tipis penuh memahami dia tawarkan pada aku.
Pantas, aku ingat kembali. Doktor inilah yang menemani aku saat aku berseorangan menahan kesedihan. Tangan cepat mengambil telefon yang berada di poket.
'Doktor buat apa dekat sini?' Selesai menaip, aku menunjukkan skrin telefon tersebut kepada Hoseok agar boleh dibaca oleh lelaki itu.
"Tuan Vladimir upah saya untuk jadi doktor peribadi awak. Saya akan tolong awak sampai awak boleh bercakap semula." Terang Hoseok satu - persatu seraya melabuhkan punggungnya bersebelahan aku.
'Saya boleh bercakap semula?' Aku bertanya dengan sedikit ketidakpastian. Sudah lama aku tidak mampu untuk berbicara. Sehinggakan aku merasa aku sudah tiada harapan lagi.
Lelaki di sebelahku pantas mengangguk. Senyuman semakin melebar. "Of course! Awak cuma perlukan sedikit dorongan dan rawatan yang betul. Peratus untuk awak bercakap semula sangatlah tinggi."
Mendengarkan itu, aku tersenyum tipis. Rasa seperti bunga harapan berkembang semula. Ketidakmampuan aku untuk bercakap, jujur aku katakan, sangat membuatkan aku rasa sangat tidak berguna.
Aku ingin menjadi wanita yang sepadan untuk seorang Park Jimin.
• • •
YOU ARE READING
[C] Vlàdimir. pjm
Fiksi Penggemar"Ya liublyoo tibya bol'she fsivo na sveti, sólnyshka. (I love you more than anything, little sun.)" Orang lain kata, dia lelaki berperangai raksasa. Mana mungkin merasakan cinta. Namun orang lain juga silap, kerana kasih lelaki itu terhad. Tersedia...