Seperti biasa, setiap pagi jam lapan Daniel sudah terpacak di hadapan apartmentnya yang kini telah di diami oleh Raihana dan Rayyan.
Tujuannya hanya satu.
Menghantar makanan sekali gus menatap wajah kekasih dan buah hatinya sebelum gerak pergi kerja.
Eh? Ini bukan satu tujuan!
Tapi dua dalam satu, hehehehehe.....
Dia menekan butang loceng yang terletak elok di tepi pagar pintu masuk. Dia berdiri sambil memegang dua plastik yang berisi dua bungkus nasi lemak dan beberapa jenis kuih muih yang sempat di belinya di bawah sebelum dia naik ke atas.
Tak sampai lima minit, kedengaran selak pintu di buka dan tidak lama kemudian wajah Raihana menyapa pandangan matanya. Ayu saja wajah wanita itu walaupun hanya bertudung sarung.
"Assalamualaikum...." Ucapnya dengan senyuman manisnya.
"Waalaikumsalam...." Jawab Raihana dengan senyuman nipis. Dia membuka pintu rumah dengan luas sebelum membuka pagar rumah.
"Sunyi je? Mana Rayyan?" Soal Daniel dengan hairan. Biasanya pagi-pagi begini gamat dengan suara riuh si kecil itu. Tapi pagi ni sunyi sepi saja. Masih tidur lagi kah?
"Rayyan ada dekat ruang tamu tu, tengah menyusu botol. Nak jenguk ke?" Jawab Raihana dengan lembut.
"Eh, takpe lah! Saya datang ni pun sebab nak bagi makanan untuk awak dan Rayyan makan. Lepas tu saya terus pergi kerja." Balas Daniel sambil tangannya menghulur dua plastik yang berada di tangannya lada Raihana.
"Awak ni Daniel susah-susah awak je belikan makanan untuk saya dengan Rayyan. Saya boleh je pergi beli sendiri lagi pula kedai dekat bawah je." Tutur Raihana dengan lembut tidak mahu mengguriskan hati Daniel dengan kata-katanya. Bukan apa dia rasa seperti menyusahkan lelaki itu pula.
"Takdenya lah awak susah-susahkan saya. Ala awak ni macam tak biasa pula. Alang-alang tu boleh lah saya jenguk awak dan Rayyan. Hmmm okey lah saya pergi kerja dulu ye." Pamit Daniel apabila menyedari jam sudah menginjak ke 8:30 pagi.
Pukul 10 nanti Ammar mahu bertemu dengannya pula. Ada hal yang mahu di bincangkan. Jadi ada baiknya dia sampai awal untuk buat persiapan apa yang patut.
"Dyyy....."
Daniel dan Raihana menoleh ke belakang apabila suara Rayyan kedengaran agak dekat dengan mereka berdua.
"Dyyyyy dyyyy edyyyyy......"
Tersenyum lebar Daniel apabila melihat Rayyan yang gigih berjalan menuju ke arahnya dengan senyuman. Sepet saja mata si kecil apabila mengukir senyuman.
"Hey anak daddy......" Tubuh kecil Rayyan di angkat lalu di dukung. Terkekek-kekek Rayyan apabila pipinya di cium bertalu-talu oleh Daniel.
"Heeee heee.... aaaa..... hah haahaa.... dyyyyy......" Meleleh-leleh air liur Rayyan apabila terlalu asyik ketawa. Matanya yang sepet itu merenung wajah Daniel dengan sengihan hingga menampakkan empat batang gigi Rayyan sudah mulai tumbuh.
"Hmmmm wanginya anak daddy ni.... Wanginya dia ni....." Daniel mengemam pipi tembam Rayyan dengan lembut. Ikutkan hati mahu saja dia gigit pipi tembam itu. Geram!
Rayyan memeluk leher Daniel lalu dengan manja dia melentokkan kepalanya atas bahu Daniel. Raihana mengukir senyuman kecil melihat bertapa manjanya Rayyan apabila bersama dengan Daniel.
"Alololo.... manjanya dia ni hmmm... Budak manja sorang ni geram betul daddy dengan awak ni lah. Rasa nak gigit-gigit je!" Ujar Daniel dengan geram.
YOU ARE READING
HIS MY HOPE √√[EBOOK]
Romance[Book 2] Daniel Akasyah seorang jejaka yang tampan menarik perhatian sesiapa sahaja. Mafia? Ya, dia mafia tetapi dia bukanlah seorang yang suka membunuh tanpa sebab. Sifatnya yang berperikemanusiaan dan lembut membuatkan dirinya mempunyai sifat bela...