° Vladimir 054 °

288 48 21
                                    

“ Park Jimin, maafkan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Park Jimin, maafkan aku. Aku tahu mata kau yang menyaksikan kematian aku sedang menangis. Hati kau sedang berdarah. Jiwa kau sedang meronta.

"Mulai dari hari itu, aku mula sembunyikan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mulai dari hari itu, aku mula sembunyikan dia. Untuk keselamatan diri dia sendiri." Tangan dibuka dan ditutup membentuk genggaman. Matanya kelihatan merah sedikit. Namun Minhee berjaya menahan air matanya daripada mengalir.

Dia lebih sanggup mati daripada menangis di hadapan orang lain.

"Ada sesiapa yang tahu tentang kewujudan Yunhee?" Soal Jimin sambil tangan mengetuk meja perlahan.

Minhee pantas menggelengkan kepala. "Hanya aku yang tahu dia masih hidup masa tu."

Jimin diam sejenak. Keningnya berkerut menahan sakit kepala yang mula muncul.

"Siapa ketua kau?"

"Kau kenal dia, Vladimir."

Mata bertentang mata. Seakan berkomunikasi tanpa suara. Dan kerutan Jimin semakin jelas kelihatan.

"Vaslav?"

Minhee tidak menjawab. Namun pandangan yang dilontarkan cukup menjelaskan segalanya.

Vaslav.

Dalang kepada semua perkara yang berlaku.

• • •

"Bagus Yunhee! Pencapaian awak sangat memberangsangkan!" Senyumanku lebar. Mata terarah kepada Jimin yang memerhati dari sisi sambil sibuk menyelak helaian kertas. Suami dingin itu ingin menemani dan melihat sesi rawatan aku bersama Hoseok walaupun dia terlalu sibuk. Dalam masa hampir sebulan sahaja, pertuturanku sudah semakin jelas. Beberapa perkataan dan ayat pendek mampu untuk aku ucapkan.

[C] Vlàdimir. pjmWhere stories live. Discover now