Jujur

16 0 0
                                    

Ada masa aku lihat mereka gembira. Ada masa aku lihat mereka berduka. Di sebalik senyum pasti ada tangis. Di sebalik tangis pasti ada cerita.

Di mana jua kau berada,
Apa jua fantasi kau cipta,
Kekalkan,
Janji kau bahagia.

Cuma sedikit pesanan buat orang lain, jangan sesekali kau sedarkan diri dari dunia fantasi. Realiti kehidupan tidaklah seindah dunia yang kau cipta bahkan berbeza sama sekali. Sebab itu wujudnya mitos, lagenda dan alam maya. Kau masih boleh sorok walau sekecil zarah. Kau masih boleh berhalusinasi tanpa diperhati. Itulah beza dunia fantasi dan realiti.

-

If life has to offer us one thing, and one thing only: questions.

Tapi jawapannya, terpulang pada diri kita. Tiada satu pun jawapan yang betul, dan tiada satu pun jawapan yang salah. Cuma tiap persoalan yang kau persoalkan dalam realiti tidak akan memberikan kau jawapan yang memuaskan seperti dunia fantasi.

Cemuh,
Hina,
Bodoh,
Mentaliti cetek merata.

Kekalkan fantasi,
Teruskan berhalusinasi.

-

"Buat apa tu bro?"
Disapa halus.

"Dah mula menulis balik ke?"
Pertanyaan bersambung.

Muka menoleh mencari tuan punya badan. Senyuman diberikan, kepala menggangguk tanda setuju. Mata melilau sekeliling bilik, tiada kelibat kelihatan. Hanya sebuah cermin yang tergantung pada dinding di tepi meja, penampakkan diri sendiri sebagai refleksi.

Aku kembalikan senyuman pada diri sendiri.

-

"Kenapa? Kenapa aku?"
Jeritan bingit memadam kesepian.

"Apa dosa kau? Apa salah kau buat?"
Soalan dibalas soalan.

"Mana aku tahu.."
Bingung. Jujur, bingung.

"Mari aku tunjukkan."
Jari jemari diletakkan pada dahi. Hangat.

Setiap insan yang kau lukai,
Setiap kata kesat yang kau keluarkan,
Semua kembali menghantui,
Sakitnya menahan kepedihan.

Walau kau anggap jenaka,
Si dia menanggung perit,
Di saat kau gelak ketawa,
Si dia kekal menjerit.

Orang lain mungkin lupa,
Si dia tidak pernah alpa,
Tiap memori kekal di minda,
Yang indah mahupun yang dusta.

-

Lain orang lain cara. Ada yang berani, ada yang takut. Perbezaan antara takut dan ego kadang tersalah tafsir. Sama juga seperti sifat malu sering disangkakan sombong. Aku? Aku sejujurnya takut.

Kekal di dalam dunia fantasi. Mahu meminta maaf, tidak tahu bagaimana. Apa yang tersilap, juga kurang nyata. Hanya mampu menulis sekadar meluah perasaan jauh tersemat di dalam.

Kekal di sini kerana tiap persoalan yang aku persoalkan dalam realiti tidak akan memberikan aku jawapan yang memuaskan seperti dunia fantasi.

-

"Will you forgive me, for what I have done?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RealitiWhere stories live. Discover now