Bunyi kicauan burung dan kokokan ayam mula kedengaran. Hujan dari tadi tidak berhenti membasahi bumi.
TUK TUK TUK
"Najwa kau ni dah tak reti nak bangun ke" kata nek Piah seraya itu mengetuk kuat pintu bilik Najwa. "Iye Najwa dah bangun ni"
Najwa pun duduk di birai katil sambil tangannya menggosok-gosok matanya yang tidak lekang buka.NAJWA POV
"Aduh awalnya orang tua ni kejut aku" mataku dikelir ke arah jam yang menunjukkan 10:30 pagi. Aku pun bangun seraya itu mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu bilik ku.
Aku pun keluar dari bilik dan aku terperasan sebuah figura yang pernah ku lihat sebelum ini tapi di mana. Aku pun tenung dan terus tenung. "Najwa kamu ni dahlah tak reti nak mandi lepastu yang ditenung anak teruna orang ni kenapa" kata nek Piah sambil tangannya mengacau kopi panas tersebut.
Dengan perasaan malu yang mula membuak-buak aku pun terus berlari masuk bilik air. "Kamu tengoklah budak zaman sekarang ni" kata nek Piah sambil menuangkan bancuhan air ke dalam cawan."Hahaha biasalah tu nek dia pun muda lagi" kata Karim sambil ketawa kecil seraya menghirup kopi panas yang terhidang.
~SKIP~
Kedengaran derap kaki yang mendekati arah pintu bilik Najwa dan pintu biliknya dikuak oleh orang tua itu. "Haa Najwa dari kamu terperap je dalam bilik tu tak buat apa baik kamu ambil bekal ni pergi hantar dekat kebun getah abang Karim kamu tu" kata nek Piah sambil menghulurkan sebuah mangkuk tingkat.
"Abang Karim? Karim mana ni nek " kata Najwa sambil menayangkan wajah hairannya.
"Haa itulah budak tu dah berapa kali kamu jumpa pun masih tak kenal juga kamu tu bukanya tak tahu tapi malas nak hantar"
"Macam manalah mak dengan ayah kamu tu boleh jaga budak pemalas macam kamu ni" kata nek Piah sambil mencuci pinggan yang berada dalam sinki rumah tersebut..
NAJWA POV
"Ishhh asyik-asyik membebel je orang tua ni macam takde kerja lain pulak" kata Najwa seraya memekakkan telinganya daripada bebelan orang tua itu.
~SKIP~
Najwa pun terus berjalan sambil memegang sebuah mangkuk tingkat dan sekaki payung."Aduhhh panasnya manalah kebun getah tu" keluh Najwa seorang diri. Setiba di sana dia pun terpandang sebuah figura yang dikatakan neneknya itu.
"Asalamualaikum, abang ni Karim ye" tanya Najwa sambil memandang ke arah figura tubuh tersebut. "Walaikumusalam, ye saya" Katanya sambil memusingkan badannya ke arah Najwa.
" Aaaaa Ya Allah handsome nya dia ada juga eh budak kampung handsome macam ni" kata Najwa dalam hati.."Awak " kata lelaki tersebut sambil melambai tangan ke arah wajah Najwa. "Nah bekal ni tadi nenek suruh hantar dekat abang "kata Najwa sambil menghulurkan bekal tersebut sambil memandang ke arah bekal makanan tersebut.
"Ya Allah malunya aku, tulah Najwa jangan tak malu sangat" bisik Najwa dalam hati.
"Susah-susah je cakap dekat nenek terima kasih ye" bekal di tangan gadis itu dicapai lalu terus berjalan menuju ke arah pondok kecil yang berada di tepi sungai kebun itu.
"Amboi, terima kasih dekat nenek je habistu dekat saya ni taknak berterima kasih ke dahlah panas saya berjalan datang sini tadi" kata Najwa sambil menjeling ke arah Karim.
"Yelah terima kasih dekat awak juga" katanya sambil ketawa kecil. "Kenapa awak ketawa saya ada buat lawak ke" soal Najwa sambil membuat memek muka.
Karim pun menggeleng kepalanya sambil mengeluh "tak adalah cuma awak nampak comel bila awak cakap macam tu" kata Karim seraya tersenyum sambil menampakkan giginya yang tersusun cantik itu...
"Alamak malunya aku" bisik Najwa dalam hati...
Muka Najwa pun mula memerah...
"Ummm tak apalah abang saya balik dulu takut nanti nenek marah pun kalau balik lambat" kata Najwa sambil tersenyum lebar. "Ehh Najwa taknak teman abang makan ke atau kita makan sekali" usik Karim...
Karim hanya tahan tawa melihat telatah gadis cantik itu. "Ehh ahahaha takpelah bang, Najwa balik dulu" Dia hanya ketawa hambar dek kerana tahan malu diusik lelaki kacak itu.
"Ouhh takpelah kalau macam tu kirim salam dekat nek Piah. Asalamualaikum Najwa" katanya sambil melemparkan senyuman sambil menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu. "Walaikumusalam bang" kata Najwa dan terus beredar dari situ.
"Cantik juga eh dia bila malu" bisik lelaki tersebut seraya tersenyum seorang diri.

YOU ARE READING
Si Dukun Mantera
TerrorZaman yang telah mencecah ke ambang 2020. Teknologi yang kian canggih setara dengan ekonomi yang kian mencecah ke arah ambang pemodenan. Mana mungkin pada era seperti ini masih wujud lagi wanita yang digelar dukun. Itulah yang dipercayai oleh Shahir...