2

8 2 5
                                    

Mereka tiba di persimpangan yang memisahkan di antara kolej kediaman lelaki dan perempuan. Hairol meminta diri untuk pulang ke kolejnya.

"Hati-hati balik ke rumah malam ini. Syikin...jangan lupa untuk hantar email pada HR syarikat TeoTech," pesan Hairol.

"Baik boss!" ujar Syikin sekadar untuk berjenaka. Hairol melangkah pergi. Sekerat jalan dia berpaling.

"Mia!" jerit Hairol. Bingit telinga dia. Hari ini sahaja sudah 3 kali kena jerit.

"Apa!" Mia juga membalas dengan jeritan.

"Selamat hari jadi!", jeritnya.

"Hari jadi aku esoklah!" sakit tekaknya menjerit.

Dari jauh Mia dapat melihat Hairol menjulingkan mata kearahnya.

"Tak senonoh kau orang ni menjerit tengah jalan," ujar Syikin.

"Dia mulakan dulu."

Mia dan Syikin meneruskan melangkah ke kolej mereka iaitu Kolej Zainab 3, namun sebelum itu mereka perlu menempuh dahulu Kolej Zainab 1 dan 2.

"Arghh...Tolong! Tolong!" suara jeritan meminta tolong di Kolej Zainab 1 jelas kedengaran.

Mereka tidak mengendahkan suara itu dan meneruskam perjalanan pulang ke kolej mereka. Majoriti pelajar di Kolej Zainab 1 merupakan pelajar senior. Selalunya mereka akan meraikan tamat belajar dengan bergurau senda bersama rakan-rakan mereka.

"Tolong! Tolong!" suara jeritan meminta tolong yang berulang-ulang kedengaran tanpa rasa lelah.

"Nak pergi tengok tak?" dia bertanya pada Syikin.

"Boleh juga. Jom." Syikin setuju.

Mereka berpatah kembali ke Kolej Zainab 1. Mereka menapak ke tingkat 2 dimana suara itu kedengaran. Sepanjang laluan di tingkat itu, tiada seorang manusia pun yang lalu lalang melainkan mereka berdua, pada ketika itu suara jeritan yang mereka dengari tadi semakin lemah.

Mereka meneruskan langkah mereka ke arah suara yang tersembunyi di sebalik pintu-pintu bilik yang tertutup rapat.

"Aku rasa suara tu dari sini, nak aku buka tak pintu ni?" dia meminta pendapat Syikin. Mereka sedang berdiri di hadapan sebuah bilik yang disyaki suara itu datang.

"Bukalah, kalau pintu tak kunci," ujar Syikin.

Mia tanpa sedar menahan nafas dan memulas tombol pintu.

Sebaik sahaja pintu terbuka, kelihatan dua susuk tubuh. Mindanya hanya terdaftar satu perkataan. Suicide.

Pantas dia berlari untuk menolong wanita itu. Dia memangku kawannya yang tergantung pada kain putih--tidak sedarkan diri. Mia tidak pasti wanita itu masih bernafas atau tidak. Melihatkan lehernya yang terjerut pada kain putih.

Sebaik sahaja Mia membantu, serta merta wanita itu terjelepok di lantai. Longlai kakinya memangku kawannya itu entah berapa lama.

Kemudian Mia menoleh ke arah Syikin yang berada di muka pintu. Dia juga sudah terjelepok di lantai. Matanya membuntang melihat manusia yang tergantung di siling bilik.

"Syikin...tolong aku gunting kain ni," arahnya. Syikin tersentak apabila namanya dipanggil. Riak wajahnya jelas ketakutan.

"Syikin pergi minta tolong," arahnya lagi. Tiada respon daripada Syikin. Rasanya seperti tiada harapan. Berapa lama sahaja dia boleh bertahan di posisi ini. Peluh sudah merenek di mukanya.

Tiba-tiba sahaja Syikin bangun dan berlalu pergi. Tercengang Mia. Tak sangka dia Syikin boleh tinggalkan dia dalam keadaan sebegini.

"Biar aku gunting," ujar wanita itu. Dia mengagahkan dirinya untuk bangun. Dia mengambil gunting di laci meja. Berlinangan air matanya memegang gunting. Wanita yang bernama Lisa itu memanjat meja belajar. Gigih dia mengunting kain cadar.

"Yaya. Sikit lagi yaya. Aku tolong kau yaya," ujar Lisa. Air matanya yang mengalir mengaburi pandangan matanya. Sesekali dia mengerdipkan matanya untuk melancarkan pandangan. Namun begitu tangannya masih ligat mengunting.

Mia tidak pasti berapa lama namun kawan Lisa yang tergantung itu berjaya diturunkan ke lantai. Dia memeriksa pernafasan. Tiada. Dia memeriksa pula nadi. Lemah. Serta merta dia melakukan pernafasan mulut ke mulut.

Beberapa kali dilakukan bantuan kecemasan, akhirnya pada kali ketiga pernafasan wanita itu kembali pulih, tapi dia masih tidak sedarkan diri. Mia menarik nafas lega kerana tiada sesiapa yang kehilangan nyawa.

"Yaya okay kan?" tanya Lisa. Masih dengan esakan. Dia peluk rapat tubuh kawannya.

"Aku dah buat apa yang patut. Tapi masih kena jumpa doktor," terang Mia.

"Terima kasih..." ujar Lisa. Air matanya di tahan daripada mengalir lagi. Jika dia kehilangan Suraya pada hari ini. Dia tidak bagaimana hendak menempuh hari mendatang.

Mia memegang tangan Lisa.

"Terima kasih kat kau juga. Tak putus asa pada kawan kau," pujuk Mia. Lisa menangis teresak-esak. Runtuh juga air mata yang di tahan.

Di luar Normal [HIATUS] Where stories live. Discover now