For this chapter a little bit bored sebab idea stuck, so gimme some of a gold for korek idea dalam otak.
Enjoy !
________________________________
Cuti yang diberikan oleh pihak hospital selama seminggu itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Adelyn kecuali,
"Kak Adel !" Haidi mengetuk pintu bilik Adelyn dengan kuat sambil mulutnya memekik memanggil kakaknya.
"Apa lagi !" Adelyn dengan marah terus membuka pintu. Terlihat Haidi yang duduk di hadapan muka pintu sambil tersengih.
Pada tangan kanannya terdapat sekeping coklat Cadbury yang sudah pun separuh selamat mendarat di dalam perut Haidi.
"Where did you get this ?" Tanya Adelyn sambil jarinya menuding ke arah coklat kegemaran dia.
"Abang Japheth give it to me." Haidi melarikan diri sebaik sahaja menjawab pertanyaan kakaknya. Adelyn terus membuka langkah untuk ke ruang tamu.
"Japheth ! Mana coklat aku," tanya Adelyn apabila matanya dapat mengenalpasti kedudukan Japheth yang sedang berbual bersama ibu bapa Adelyn.
"Here." Jawab Japheth sambil mengangkat kepingan besar coklat kegemaran Adelyn.
"Ouh my god ! Haidi look at mine. It's bigger than yours ." Adelyn membandingkan saiz coklatnya dengan Haidi.
Haidi hanya mencebik sebelum meneruskan menonton rancangan kegemarannya.
"Kenapa tak siap lagi ?" Tanya Puan Mariam apabila melihat Adelyn masih memakai pyjamas.
"Nak siap pergi mana ?" Tanya Adelyn kembali. Lantas matanya tertacap kepada Japheth yang sudah pun berpakaian formal yang berada di sebelah Encik Adrian.
"Oops, sorry Pheth. Aku lupa. Give me thirty minutes and I'll done." Adelyn terus meletakkan coklat pemberian Japheth di atas peha jejaka itu sebelum berlari ke biliknya.
"Take your time." Jerit Japheth sebelum menyambung berborak dengan ibu bapa Adelyn.
Macam mana boleh lupa hari ini ada event dengan Japheth.
Dress yang semestinya sudah dihantar oleh Japheth semasa party birthday adiknya dibawa keluar dan make-up yang akan digunakan turut disusun di atas vanity table dengan kadar yang cepat sebelum menghampiri bilik air.
.
.
.Suasana senyap di dalam kereta milik Japheth itu melemaskan Adelyn yang sememangnya banyak mulut.
"Wei, okay tak baju aku ?" Tanya Adelyn sambil membelek gaun yang dipilih Japheth tempoh hari.
Ni event ke kenduri khawin ?
"Erm..." Hanya itu yang dijawab Japheth.
Iya kawan-kawan, sedari tadi apa pun pertanyaan Adelyn hanya itulah jawapan daripada mulut jejaka idaman malaya itu.
"Kau jawab erm lagi sekali, aku keluar dari kereta ni." Ugut Adelyn apabila matanya tertacap kepada lampu isyarat yang bertukar merah di hadapan mereka.
Memang boleh keluarlah kalau lampu isyarat merah.
Klik...
Japheth menekan butang kunci yang berada di pintu sebelahnya menyebabkan semua pintu kereta terkunci.
"Kau kenapa ni Pheth ? Nak kata gaduh dengan awek, awek takde." Tanya Adelyn selepas usaha dia mahu melarikan diri tidak berjaya.
Lambat lagi ke nak sampai !

YOU ARE READING
Ismael Isabelle
Romance✨ Karya Pertama : @Desyal_ ✨ Hasil Idea bersama : @AcikFairuz ___________________________________________ Perebutan kuasa VPO terbaik antara Kings dan Pheonix membuatkan dua kumpulan ini sering bergaduh setiap kali mereka bersemuka sehingga pening...