<<CHAPTER 4>>

425 52 1
                                    

"Chaemin.. Kenapa kau pindah sini? " Hyeri berjalan ke kantin bersama Chaemin.

"Ermm.. Sebab abang aku sakit.. Tak ada siapa nak jaga dia.. Jadi.. Aku kena pindah sini untuk jaga dia.. " Chaemin menggosok tengkuk nya.

"Kau ada abang? " Chaemin mengangguk.

"Nak pergi tengok abang kau boleh ke? Saja nak datang melawat.. " Hyeri memandang Chaemin.

"Kalau ikutkan memang boleh.. Tapi.. Dia tak nak jumpa sesiapa buat masa sekarang.. " Hyeri mengangguk.

"Tak apa.. Aku faham.. Argh! " Hyeri menjerit kerana tangannya ditarik kuat dari belakang. Mereka menoleh.

"Siapa ni? " Chaemin memandang Hyeri. Hyeri menjeling.

"Kau nak apa lagi, Jisung? Aku penat la.. Pergi lah.. " Hyeri menarik tangannya. Jisung melepaskan tangan Hyeri.

"Balik dengan aku.. " Jisung memandang Hyeri. Dia menoleh ke arah Chaemin.

Chaemin terdiam. Mata Chaemin dan Jisung bertemu. Tidak sampai beberapa saat, Chaemin mengalihkan pandangannya.

"Kau siapa? Setahu aku.. Hyeri tak ada kawan.. " Jisung memasukkan tangannya ke dalam poket.

"Chaemin.. " Chaemin menarik tangan Hyeri untuk ke kantin. Jisung menghalang.

"Berani kau eh? " Jisung menggosok kepala Chaemin. Chaemin menepis tangan Jisung.

"Buat apa nak takut dengan kau? " Chaemin menjeling Jisung. Dia menarik tangan Hyeri lalu berlari ke arah kantin. Jisung terdiam.

"Tunggu kau.. " Jisung menanyangkan senyuman sengetnya.

"Siapa tu? " Chaemin memandang Hyeri.

"Nanti aku cerita.. Ni.. Kita kena makan dulu.. Semua salah Jisung tulah!! Kita dah terlambat nak makan... " Chaemin mengangguk. Mereka segera menghabiskan makanan. Selesai makan,  mereka bergerak ke kelas.

"Ha.. Cerita cepat.. Siapa dia tu? " Chaemin memandang Hyeri dengan mata yang bersinar-sinar.

"Kau apa pasal teruja sangat ni? " Hyeri pelik melihat Chaemin yang beria-ia ingin mengambil tahu mengenai Jisung.

"Dia comellah.. Cool gitu.. Macam bad boy kan.. Haa.. Cepat lah cerita.. " Hyeri terkejut. Dia memandang Chaemin dengan muka yang pelik.

"Chaemin.. Dia psycho.. " Chaemin menutup mulutnya.

"Dia menyebabkan orang yang aku sayang mati.. " Hyeri tertunduk. Chaemin mengusap belakang badan Hyeri.

"Dia ke yang suruh oppa jauhkan diri dari Hyeri.. " Chaemin berkata di dalam hati.

"Sabar.. Aku tahu kau kuat.. Dah.. Cikgu dah masuk.. " Hyeri membetulkan posisi duduknya.

_________________________________________

"Aku nak pergi kedai tu sekejap.. Kau tunggu sini eh.. " Hyeri mengangguk. Chaemin pergi memasuki sebuah kedai di tepi jalan itu.

Selepas selesai membeli, Chaemin melangkah keluar dari kedai. Dia memandang ke arah Hyeri.

Dia terkejut apabila melihat dua orang lelaki datang mendekati Hyeri. Dia menjerit memanggil Hyeri, tetapi jeritannya tidak dapat didengari.

"Arghh!! Lepas lahh!! " Hyeri meronta apabila dua orang lelaki yang bertopeng itu mula memegang tangannya.

"Erghh.. " Hyeri terjatuh ke tanah apabila seorang lelaki bertopeng dan memakai hoodie menolaknya.

Lelaki itu membelasah dua orang lelaki jahat itu tadi. Dua orang itu melarikan diri. Chaemin mendekati Hyeri. Dia membantu Hyeri bangun.

Chaemin memandang lelaki itu. Dia memandang tepat ke matanya.

"Oppa? " Chaemin berbisik. Lelaki itu mengangguk. Hyeri memandang Chaemin.

"Oppa? " Hyeri memandang Chaemin pelik. Chaemin menggeleng.

"Aku baru teringat yang abang aku belum makan lagi dekat rumah.. Jom.. Thank you tolong selamatkan Hyeri.. " Chaemin menunduk. Hyeri juga melakukan perkara yang sama.

"Be carefull next time.. " lelaki itu menghilangkan diri. Hyeri terkaku.

"Suara tu.. " Hyeri menutup mata. Chaemin memandang Hyeri.

"Kau dah kenapa? Nak tidur sini? " Hyeri menggeleng. Mereka bergerak pulang ke rumah masing-masing.

"Hyeri!! Kau okay tak ni? Ada sakit dekat mana-mana? " Jeno menerjah Hyeri yang baru sahaja memasuki rumah.

"Apa ni? Mana oppa tahu? " Hyeri mengecilkan matanya. Jeno memandang ke arah lain.

"Dah lah.. Pergi mandi.. Lepas tu makan.. Aku nak pergi rumah kawan aku kejap.. " Hyeri mengangguk. Jeno melangkah keluar rumah.

_________________________________________

"Hebatlah oppa!! Wuish! Wuish! " Chaemin membuat gaya berlawan.

"Yang Chaemin tak jaga apa pasal? " kepala Chaemin diketuk.

"Ish!! Chaemin pergi kedai je.. Mana tahu benda tu jadi.. Tapikan.. Selama ni.. Oppa selamatkan dia.. Oppa pakai macam tu lah? Daebakk!! " Chaemin menepuk tangan.

"Tak payah nak daebak sangat.. Dah.. Pergi mandi.. Kejap lagi kawan oppa nak datang.. " Chaemin mengangguk. Dia berlari ke biliknya.

Pintu rumahnya diketuk. Pintu itu dibuka. Jeno berada di hadapan pintu itu tersenyum.














~I miss you 2~ Na JaeminWhere stories live. Discover now