Part 49

713 56 2
                                    

Ice mendongakkan kepala, melihat bangunan syarikatnya yang pernah terbakar atas perbuatan arwah Elies dan tunangnya.

"Macam mana pembinaannya? Semua okey?"

"Okey tuan, pembinaannya baru sahaja mencapai 10 peratus. Masih banyak yang perlu diubah suai. Nasib baik ada bahagian bangunan yang masih elok, just kami perlu perbaikikan sedikit sahaja. Maybe, tahun depan baru siap? Awal or pertengahan tahun macam tu lah, sebab projek ni kami ambil sampai tahun depan."

Ice tersenyum tipis.

"Ya, jangan terlalu memaksa. Lagipun bangunan ni, tinggi dan mungkin mengambil masa yang lama. Saya tak kisah selama mana, asalkan siap seperti sedia kala. Hati-hati juga dalam membuat kerja."

"Baik tuan. Kalau macam tu, saya permisi dulu. Ada benda yang saya harus lakukan."

"Baik, silakan."

Hilang sahaja kelibat pekerja arkitek itu, Ice melepaskan nafas. Bunyi deringan telefon mengejutkan Ice.

Poket seluar slack hitamnya diseluk, telefon berjenama Oppo Reno itu dikeluarkan. Nama isterinya naik diskrin. Senyuman Ice merekah.

"Hello sweety, ada apa call hm? Dah rindu ke?"

Ice terkekek mendengar rengusan Gempa di hujung talian.

"Tak adalah, saja call ni. Gem nak tanya Ice balik makan tengahari kat rumah ke kat luar?" Kata Gempa diseberang sana.

Ice automatik mengerling jam di pergelangan tangannya. Sudah masuk pukul 1.30 tengahari, sebentar lagi dia harus hadir ke mesyuarat.

"Hm, maaf Gem. Aku tak boleh balik makan dengan korang bertiga. Aku ada meeting pukul dua nanti, maybe aku akan makan kat luar. Maafkan aku ya?"

Gempa dihujung talian hanya mampu tersenyum apabila mendengar nada suara Ice yang seperti bersalah itu. Dia menggelengkan kepala walaupun Ice tidak dapat melihatnya.

"Tak apa Ice, tu kan kerja awak. Saya saja tanya, kut-kut awak balik makan. Tak apalah kalau macam tu. Lagipun, kejap lagi saya nak bawa anak-anak pergi butik sekejap lepastu nak ke rumah mama saya pula. Kalau awak balik nanti, singgahlah kat sana ya?"

"Baiklah, hati-hati tau."

"Hmmm, kalau macam tu saya tutup dulu. Budak berdua ni bual hal. Bye bearbun."

Tersenyum Ice mendengar panggilan itu, walaupun dia pernah melarang Gempa daripada memanggilnya begitu namun dia hanya pasrah sahaja.

"Yelah, bye sweety."

•••••

"Wahhh!! Comelnya anak-anak bos! Mereka berdua seperti berpadukan bos dengan suami bos. Dahlah putih gebu, chubby pula tu. Geramnya.."

Gempa terkekek melihat kedua pekerjanya yang begitu riang bermain dengan si kembar. Anna dan Elsa.

"Ya Tuhan, beratnya. Berapa kilo ni bos?" Ujar Elsa sambil mendukung si kecil Gomny. Berkerut wajah si perempuan itu, kerana menahan beban Gomny.

"Yelah, beratnya ya ampun." seru Anna yang sedang mendukung Glasier.

Gempa tersenyum. "10 kilo."

"What?! Patutlah berat."

"Macam mana tak berat? Asyik minum susu aje."

"Patutlah." Sahut kedua perempuan itu, dengan wajah terkejut.

"Tak payah terkejut sangatlah. Hmmm, macam mana kerja korang sekarang?"

"Okey saja. Kadang ramai dan kadang slow." jawab Anna.

Gempa mengangguk, dia memandang kedua pekerja kesayangannya.

"Saya berniat nak bagi butik ni pada korang."

Terpaling wajah Elsa dan Anna apabila mendengarkan itu. Terlakar jelas raut terkejut mereka.

"Apa bos? Tapi.."

"Saya nak bersara, lagipun suami saya yang suruh. Dia nak saya jadi isteri sepenuh masa di rumah dan jaga anak-anak sahaja. Dia risaukan keselamatan kami. Korang taulah, suami saya tu macam mana."

"Tapi bos.. Kami tak setuju, kami masih ingin bos jadi bos kami. Please bos.."

Gempa tersenyum serba salah, dia tatap wajah memohon kedua pekerjanya.

"Baiklah, nanti saya bincang lagi dengan suami saya ya?"

Tersenyum lebar dua sekawan itu dengan jawapan Gempa. Pipi kedua kembar itu, digomol oleh mereka berdua.

"Thanks bos! Bos memang yang terbaik."

"Hmm, yelah. Ohya, boleh tak korang berdua tolong jagakan mereka untuk saya? Saya nak pergi barang sekejap."

"Perintah diterima!"












Tbc...

Another Day | Done For Me (IceGem S2) [C]√Where stories live. Discover now