Tajuk dah macam tajuk movie dah kau.
Hahahaha.
Anyway, jom kita sambung. Ingatkan keadaan dah pulih seperti sedia kala. Ya la, dah buat bacaan yasin apa sume. Tapi kelibat tu tetap kembali.
Memang buat hal betul. Entah apa yang dia nak lagi. Pada mulanya berita tentang kelibat perempuan berkain putih ni berlegar dalam kalangan pelajar perempuan je. Budak² laki takde kena kacau lagi.
Mulanya ramai la yang sangka, mereka ni paranoid je dengan apa yang berlaku. Ya la, 1st time experience benda² mistik ni. Tak biasa dengan benda macam ni.
Tapi lama² dah jadi buah mulut. Aku pernah dengar ada yang terjumpa tanpa sengaja benda tu masa tengah basuh baju kat tandas. Budak perempuan ni biasanya liat sikit kalau nak hantar baju² depa kat dobi. Isu kebersihan kot. Duk tengah basuh baju, boleh pulak dia main tutup buka lampu. Basuh baju pulak tengah² malam, memang timing boek la. Dia boleh pulak main lalu-lalang kat koridor. Ishh tak aman. Aku kalau sorang pun meremang. Ni kan pulak perempuan. Seram siot.
Ada jugak yang ternampak kelibat tu kat ampaian. Molek pulak dia berdiri kat atas ampaian terbuka. Dahlah belakang asrama perempuan ni ada bukit kecil. Entah apa lagi yang menghuni kat belakang sana, selain cik b.
Dan mereka pun mula la mengadu kat warden perempuan. Warden pada mulanya tak percaya. Tapi semakin lama, semakin meyakinkan sebab ramai juga yang mengadu. Mereka² yang ada sixth sense ni la.
Warden pun ambil langkah selamat inform pengetua untuk sebarang tindakan lanjut.
Pengetua berbincanglah dengan ustaz, nak buat apa ni? Benda tu dah datang lagi. Mereka mencapai kata sepakat untuk memagar asrama dan sekolah.
Selepas selesai solat zohor, ustaz pun panggil timbalan ketua pelajar perempuan. Lalu diberi beras, garam dan tepung kalau tak silap. Ni bukan nak suruh masak oi. Ustaz suruh tabur benda2 tu keliling asrama sambil membaca bacaan tertentu.
Beberapa hari kemudian, aktiviti paranormal pun berkurang. Tapi masih ada desas-desus pasal kelibat wanita ni.
Pada suatu hari, dikatakan pengetua, Encik Othman bermimpi yang aneh. Mimpi tu seperti menyuruh beliau untuk memeriksa bilik tetamu yang dihuni oleh lelaki misteri beberapa minggu yang lalu.
Jadi, tanpa berfikir panjang Encik Othman pada keesokan harinya pergi la ke bilik tu, lepas meminta kunci bilik daripada pak guard.
Apa yang dilihatnya boleh dikatakan agak meremang la. Nak tau apa yang dia nampak?
Pada hari mereka usir lelaki misteri tu macam takdak apa yang pelik. Tapi tiba-tiba, lantai bilik tu seakan menggelembung. Entah apa la yang tersembunyi kat bawah tu. Maka, Encik Othman pun meminta bantuan pak guard untuk memecahkan dan mengorek lantai bilik tu.
Mereka seakan terkesima apabila menjumpai sebatang salib, paku-paku, gumpalan rambut dan sebuah patung jenglot. Korang search sendiri la ya macam mana rupa jenglot tu.
Tanpa buang masa, Encik Othman menelefon ustaz jin dan memberitahu apa yang mereka temui. Pak guard yang berada di situ memberitahu pengetua bahawa ini ialah perbuatan sihir. Pak guard tu tahu serba sedikit tentang ilmu perubatan Islam ni.
Mereka menyimpulkan bahawa lelaki asing tersebut ialah seorang paderi yang bertuhankan syaitan berdasarkan apa yang ditemui.
Diringkaskan cerita, kalau tak sambung satu chapter lagi kita. Diringkaskan cerita, ustaz Syahmi pun ambil semua alatan sihir tu dan dihapuskan. Macam mana? Jangan tanya aku.
❌❌❌
Semua guru bermesyuarat untuk membuat keputusan. Sama ada nak tukar status smk ke smka.
Melihatkan apa yang telah berlaku, semua bersetuju dengan smka. Kejadian yang berlaku betul-betul mengubah corak pemikiran penghuni sekolah ini.
Tamat.
YOU ARE READING
Penghuni (Asrama)
TerrorPelbagai cerita asrama bertaraf legenda berlegar dalam kalangan pelajar. Banyak cerita turun-temurun diwarisi daripada generasi ke generasi. Namun ini merupakan kisah benar. Bacalah jika itu yang kaumahu.