Permulaan.

10 1 0
                                    

Cadangan: baca sambil dengar lagu "The Truth Untold"

Bonda...

Hadirnya kita di dunia ini bagaikan sebuah anugerah yang tarhingga bagi seorang Ibu.
9 Bulan 9 Hari bukanlah waktu yang singkat untuk Menanti saatnya kita lahir membuka mata. Penderitaannya sungguh tak terkata namun hilang setelah kita lahir di dunia ini.

Begitu besar Jasa Mu Ibu,
Bertarung Nyawa mu hanya ingin melahirkan seorang insan Kerdil ciptaan Tuhan.
Diri mu amat menghargai dan mengalu-alukan kedatangan ku di dunia ini dengan senyuman dan tangisan kebahagian.

Kehadiran anak kecil yang dinanti kini tiba mengubah segala jalan kehidupan mu.

Setiap Perjalanan mu penuh dengan liku-liku kehidupan untuk membesarkan anak mu agar dapat hidup bahagia dan senang. setiap keperluan anak mu cuba kau penuhi walaupun perlu membanting tulang, berpenat lelah namun tidak pernah mengeluarkan kata-kata keluhan.
Egonya dibuang jauh hanya untuk anaknya..
Keinginannya berbelaja lebih dibuang jauh hanya kerana permintaan anaknya..
Kerana Dirinya Tahu bahawa kini anak nya menjadi kepentingan utama dalam kehidupan dirinya.

Ibu bagaikan lilin yang membakar diri demi menerangi hidup anaknya.
Hanya Tuhan yang mengetahui betapa lelah,penat,derita akan harinya namun bagi dirinya membahagiakan anak nya menghilang kan segala cabaran dalam hidupnya.Kerana baginya anak itu umpama permata yang sungguh bernilai dan tak terhingga harga nya..

Dirimu bagaikan menatang minyak yang penuh memberikan segala rasa kasih, sayang, dan cinta yang mencurah demi  anaknya.
Kebahagian Anak mu ialah Kebahagian Mu.
Kejayaan  Anak mu merupakan Kebanggaan Mu.
Baginya anaknya adalah segalanya.

"Suara Seorang Anak"
Bonda....
Ampunmu ku dambakan,
Doamu ku pinta untuk mengiringi setiap perjalanan hidupku.
Senyuman mu ku cari menjadi semangat,
Ilmu ku timba, kejayaan ku bawa hanya untuk mengukir senyuman diwajahmu.
Tangisanmu dikhawtiri akan jatuh setiap kali ku merasa gagal dalam kehidupan.
Dirimu pelita hidup yang memberi semangat akan meneruskan kehidupan yang penuh cabaran.
Siapa Kita tanpa Bonda?.

Bonda oh Bonda.
Ku merintih kesakitan hanya pada mu,
Ku merintih kepahitan hanya pada mu,
Ku mencicip kebahagianku untuk mu,
Ku potrait kan setiap kenangan kita disegenap pelusuk minda ku..
Ku sentiasa ingat bahawa dirimu ialah Syurga ku.
Tiada yang bisa menggantikan tempat mu.
Terima kasih Bonda ku.

💐💐💐💐

Idea Asal: @affy03ffy

🌻🌻🌻🌻

BondaWhere stories live. Discover now