1

36 2 0
                                    

Pagi. Dari dalam kelas Aizat perhatikan tapak perhimpunan. Gelagat pelajar-pelajar yang sedang didenda cikgu disiplin sebab datang lambat tadi agak menarik perhatian.

Dalam ramai-ramai pelajar yang didenda itu, Aizat terperasankan seseorang. Seorang pelajar perempuan berambut bob cut separas bahu dengan bang yang menutupi dahi berdiri di antara kelompok pelajar itu. Dari jauh pun Aizat dapat cam remaja perempuan itu. Rambut wavy, kulit hitam manis dan fizikal budak tu memang Aizat senang nak cam. Sebab dalam banyak-banyak manusia kat sekolah ni, perempuan tu yang paling kerap muncul di depannya. Sampaikan tahi lalat kecik kat tepi bibir dia pun Aizat dah hafal.

Aizat menggeleng. Masalah betul perempuan tu. Suka cari masalah.

"Bangun!" Suara ketua tingkatan menjerit tiba-tiba. Cikgu sejarah dah masuk. Aizat berpaling ke hadapan kelas.

***

"Dah siap belum Yeen?" Soal Opie sambil mengushar line. Laluan koridor blok akademik paling hujung tu sunyi sepi pada waktu rehat. Kelas Sastera pelajar tingkatan lima terletak di hujung sekali di tingkat dua bangunan tu.

Yeen cuma diam. Tangannya ligat membuka skru pada kerusi kayu kepunyaan salah satu penghuni kelas itu pakai screwdriver ayahnya yang diseludup masuk ke sekolah.

"Yeen?"

"KHAIRIN!"

"Dah nak habis." Yeen menggumam perlahan.

"Aku dengar orang datang la! Cepat wei!"

Yeen bingkas bangun. Siap! Ehek. Senyum senget pandang hasil kerja nak pedajal orang. "Dah, jom."

Dua saat dua-dua hilang dari situ.

Loceng berbunyi.

Yeen dan Opie terkekek-kekek gelak sambil berjalan.

"Eh, kau rasa Jib marah tak kita pekena dia?" Tanya Opie.

"Mesti. Aku harap dia mengamuk nanti!" Dua-dua sambung ketawa terbahak-bahak sampailah ke dalam kelas sendiri.

***

"YEEN!" Meja Yeen ditumbuk seseorang. Yeen terperanjat lalu melompat sikit. Sebaik kepala diangkat, dia ternampak muka bengis seorang budak lelaki yang seperti mahu menelannya. Nasib tak ada cikgu masa tu.

"Apesal?" Ceh. Buat-buat tanya lagi. Heh, aku dah agak dia mesti cari aku.

Jib mengepal penumbuk. "Kau buat apa kat tempat duduk aku hah?"

"Buat apa?" Yeen buat acuh tak acuh dan menyambung semula membuat latih tubi matematik. Padahal dalam hati dia dah tergelak-gelak dah.

"Ni apa ni?" Beg sekolah warna hitam diletak kasar atas meja.

"Beg. Beg kau?" Yeen pura-pura tanya. Dia buat muka innocent. Lakonan yang mantap Yeen... bisik Yeen dalam hati.

Si budak Jib ni tak puas hati dengan Yeen sebab Yeen yang dapat jawatan pengerusi Kelab Fotografi haritu. Padahal dia yang nak sangat jawatan tu. Dahlah Yeen ni junior tingkatan 4. Jib tingkatan 5.

Nak buat macamana. Dah Yeen dapat undi lebih. Nasiblah. Jib jadi naib pengerusi. Pastu banyak benda yang dia tak puas hati cara Yeen handle persatuan. Kalau ada perjumpaan tak sah kalau tak bertekak dan bertegang urat. Dan bermulalah aksi pedajal antara mereka. Macam harini. Yeen pedajal Jib. Sebab Jib mula pedajal dia dulu, dulu. Masalah Jib ialah dia silap cari musuh. Nak bermusuh dengan Yeen? Silap besar la bruh!

Jib buka zip beg. "Ni dalam beg ni. Kau taruk sos dengan mayo? Kerusi aku patah. Kau yang buat kan?" Jib bengang.

"Mana ada. Main tuduh je kau. Ada bukti?" Yeen gelak lagi dalam hati. Mesti Jib dah seluk beg dia yang penuh sos dan mayonis. Mesti dia dah jatuh kerusi tadi. Yeen dapat bayangkan aksi Jib terlentang ke belakang di tengah-tengah kelas. Mesti buruk dan hudoh.

"Bukti takde. Tapi aku ada saksi."

Yeen tersentak. Dua saat dia diam dan berfikir. "Fine. Aku buat. So?" Cepat betul Yeen mengaku.

Mata Jib mencerlung tajam. Api kemarahan semakin marak dalam mata. "Sial kau!" Jib cekak baju kurung sekolah Yeen.

Yeen menepis kemudian menolak kuat badan Jib. Jib jatuh terduduk.

"Kurang ajar!" Jib memekik lalu bangun semula.

"Bising la kau ni." Yeen panjat meja. Sekelip mata dia buat stunt dan tahu-tahu dah landing atas badan Jib.

***

"Kau berdua lagi!" Cikgu disiplin bersandar di kerusi pejabatnya dengan muka annoyed.

Diam. Yeen dan Jib dua-dua auto bisu. Tadi dua orang pengawas cekup diorang sedang bertumbuk kat dalam kelas dan hantar ke bilik disiplin.

"Saya sebenarnya dah bosan tengok korang berdua ni." Tangan cikgu disiplin disilangkan.

Manakan tidak. Yeen dan Jib ni boleh dikatakan hampir setiap minggu berkunjung ke bilik ini. Ada saja pergaduhan yang mereka cetuskan.

"Oh senang je kalau camtu cikgu. Apa kata cikgu denda je kitorang apa-apa. Cikgu tak payah tengok kitorang lama-lama, kitorang pun boleh cepat keluar dari sini." Tiba-tiba Jib bersuara.

"Hm. Saya setuju cikgu. Jib, baru harini aku setuju dengan idea kau. Bernas." Yeen buat thumbs up.

Jib mengangguk. Cikgu disiplin tu ternganga.

***

"Eh kau cuci la sana. Situ aku dah cuci." Jib mengarah.

Yeen buat rolling eyes tapi malas nak membalas.

Yeen dan Jib kena cuci longkang. Loceng balik sekolah dah berbunyi lima belas minit tadi. Tapi diorang tak boleh balik lagi sebab kena denda. Makcik cleaner tersenyum lebar sewaktu Yeen pergi mintak berus dan sabun tadi. Untung makcik cleaner tu ada orang yang nak tolong kurangkan beban kerja dia.

Tiba-tiba Yeen ternampak kelibat seseorang melintas.

"Jib, aku ciaw dulu la." Tak sampai lima saat Yeen dah blah dulu.

Jib terpinga-pinga. "Woi Yeen!" Bila Yeen dah menjauh baru dia nak panggil.

"WOI!" Bertambah bengang Jib dengan Yeen.

"Aizat!"

Manusia bernama Aizat berpaling. Ternampak seorang budak perempuan berlari anak ke arahnya. Aizat mengeluh kecil.

Yeen sampai di depan Aizat. "Hergh, hergh!" Penat berlari Yeen tercungap-cungap. Tarik nafas. "Tunggu. Hergh." Penat.

Aizat buat muka malas. "Nak apa?" Sikitpun dia tak terkesan melihat Yeen yang kepenatan itu.

Sambil tangan lap peluh kat dahi. "Jom, petang ni? Jogging." Yeen menyengih, memaparkan barisan giginya yang cantik.

Aizat tenung muka Yeen. "Aku busy." Nada tak berperasaan.

"Okay. Nak study eh? Aku join." Yeen masih mencuba. Kalini dia senyum sambil angkat-angkat kening. Buat-buat comel.

Aizat mengeluh lagi. Taktahu la kenapa pelajar bernama Khairin ni asyik duk ganggu hidup dia.  Si budak Yeen ni dahlah budak baru kat sekolah ini. Semua bermula ketika Yeen secara tak sengaja terlanggar dan tumpahkan air coklat pada baju sekolah Aizat pada awal tahun ini. Sejak itu Aizat mula didekati Yeen. Aizat taktahu apa-apa pasal Yeen. Dia cuma tahu tu budak baru. Apa Yeen nak daripadanya sebenarnya ni? Perempuan tu macam ada agenda tersendiri.

Takde life ke apa budak ni? Tapi nak kata gitu Yeen ni link dia ramai kot kat sekolah ni. Pergi la mana-mana mesti ramai yang kenal dan bertegur sapa dengan dia walaupun dia budak baru.

"Tak. Aku ada hal." Aizat memberi kata putus untuk ajakan Yeen tadi.

layang-layangWhere stories live. Discover now