Part 3- kesian dia

11 2 2
                                    

"Demam? Fuck! Jelas sangat mengencing aku!" dengan bengang kaki diorak masuk ke dalam rumah. Anak matanya meliar mencari-cari kelibat seseorang dan bingo !  "GIGI RENAB!" Carl Ayyin mengangkat kepalanya untuk melihat gerangan insan puaka yang berani menggelarkan dia gigi arnab. Cute apa gigi arnab? Bukan kaleng-kaleng orang nak ada gigi arnab. Satu dalam sejuta tahu!  "Nak apa tunjang? Kaki?" datar suara Ayyin membalas. Kepalanya ditunduk semula menekur meja dan tangannya ligat bergerak mencatit sesuatu dengan laju. Alex menarik kerusi di hadapan Ayyin dan matanya bergerak melihat apa yang Ayyin lakukan. "Company work?" pelik sebenarnya tengok Ayyin buat kerja syarikat dekat rumah. Selalunya lelaki tulah yang jarang-jarang nak bawa balik kerja syarikat ke rumah. "Hm aku busy tadi. Meeting tak menang tangan lepastu masing-masing macam hanat semua benda aku nak kena buat. Macam tak pernah diajar padahal beratus ribu aku habiskan duit hantar pergi kursus. Bana betul"  rungut Ayyin perlahan dengan geram membuatkan Alex tergelak kecil. Tangannya naik menongkat dagu dan senyuman senget ditarik. "Biasalah bro...pekerja bawahan memang macam tu" Ayyin tergelak sinis tatkala mendengar pernyataan Alex. Alex dengan sikap bongkak memang tak dapat dipisahkan. Ibarat pahat dengan penukul rapatnya lelaki itu dengan perangai bongkaknya. "Nak apa jumpa aku? Jarang iblis macam kau turunkan ego datang jumpa ahli syurga macam aku" seloroh Ayyin berjaya membuatkan Alex berdecit halus. Tangannya yang menongkat dagu diturunkan dan diletakkan di sisi meja makan yang menjadi tempat duduk mereka berdua. Ayyin leka menulis sesuatu manakala Alex kelihatan seakan teragak-agak untuk menyatakan sesuatu. Nafas panjang ditarik dan dihembus pendek.  Anak matanya bergerak memandang tangan Ayyin yang leka menulis dengan laju tanpa henti. "Kau...perasan something yang weird tak pasal Ad?" Tangan Ayyin yang menulis terhenti. Tepat-tepat tangannya berhenti pada ayat yang terakhir. "Itu...sikitlah. Pahal? " kening dinaikkan tanda tertanya. Bagi Ayyin,Adham memang selalu bersikap pelik. Lelaki itu memang jarang tak berkelakuan pelik. Alex menggigit bibirnya. Soalan Ayyin seakan ingin menjerat dirinya sahaja. "Tak bukan apa tau tapi masa aku cakap pasal ehem tu rindu dia,dia balas tau. Balas tu normal lah kan tapi cara dia tu!  Beku!" Ayyin menggaru keningnya dengan hujung pen. Kalau beku pun apa masalahnya ? Adham memang berperangai beku dan lelaki itu jarang jadi lembut. Eh bukan jarang tapi tak pernah! "Tak aku tak faham. Kenapa pun kalau dia beku? Kau macam tak tahu pula yang member kau tu memang beku mengalahkan ais" tangannya kembali bergerak untuk menulis. Bibirnya tidak henti bersiul perlahan. Alex berdecit. Kening digaru perlahan. Macam mana nak kasi manusia depan dia ni faham? Kepalanya tertoleh-toleh ke kiri dan ke kanan untuk melihat-lihat jika ada bayang Adham menyapa mata. Nak membawang kena pastikan line clear. Kalau tak clear memang pecah habis kepala dia kena tembak dengan watak cerita yang bakal dia bawangkan nanti. "Maksud aku beku dia tu lain macam! Kan selalunya kalau kita cakap ehem tu rindu dia mesti dia akan cakap 'Oh really? I miss her so much too! Cakap dengan dia nanti aku nak jumpa' dengan lenggok happy gila babeng tu even mendatar!" Ayyin menghentikan penulisannya dan mengangkat wajah memandang Alex yang terkebil-kebil di depannya. Kaki yang terkangkang sedari tadi disilang gaya diva. "Gigih" Berkerut dahi Alex mendengar kata-kata Ayyin. "Gigih?

...............................................................................................
Part 4 i akan post petang ni okay?enjoy reading😚

Li'anWhere stories live. Discover now