|-----------------------i want you-------------------|
Jungkook lirik Jihyo di sebelah , satu beg kertas atas riba dia ambil dan letak di tempat duduk belakang . Keduanya baru sahaja selesai tengok baju pengantin . Lokasi terakhir keduanya akan pilih cincin pula . Setelah itu , Jungkook akan singgah di sekolah untuk jemput Jeon Dasha .
Hari ini sebenarnya Jihyo sekolah , tetapi di suruh cuti oleh Jungkook untuk membuat persiapan kahwin keduanya .
" Nanti kahwin kita kau tak nak jemput kawan-kawan kau ke ? "
" Aniyo , kalau boleh saya tak nak kawan-kawan saya tahu yang saya kahwin .
Tolonglah , ini sahaja permintaan saya .
Janganlah sampai kawan-kawan saya tahu . Saya harap awak faham yang saya masih sekolah "
Nada suara Jihyo kedengaran risau ." Hey ! relax . .
Aku tanya ajelah .
Jangan risau aku faham "
Enjin kereta dia hidupkan dan memandu pergi dari kawasan butik pengantin itu .Jihyo bernafas lega mendengar balasan Jungkook . Lega lelaki itu faham akan keadaannya .
.
" Jungkook mana ? "
Tanya Jhope kepada Kwon Naera yang sedang menaip sesuatu di komputer depannya . Nampak sibuk sahaja . Jhope memanggil Jungkook tanpa Tuan kerana keduanya kawan rapat sejak sekolah lagi ." Cari barang kahwin .
Mungkin Tuan Jungkook masuk lewat ataupun tak masuk langsung hari ni "
Jawapan Kwon Naera di angguk faham oleh Jhope .Seketika dia senyum .
" Tak sangka sekian lama , akan kahwin juga bos kita tu walaupun perkahwinan yang kedua . Tapi kedua ni aku rasa lain sebab dorang kahwin kerana wasiat "" Itulah , tapi saya harapkan sangat kahwin atas dasar wasiat pun dorang bahagia dan jatuh cinta satu sama lain "
Ujar Kwon Naera seraya berhenti menaip .
Mengingatkan sahaja buat dia tersenyum .
Dia berharap sangat Jungkook dan Jihyo bahagia .Pasti jodoh keduanya sudah tertulis .
Walaupun, permulaannya tidak sebegitu indah . Moga pertengahan dan pengakhirannya menjadi indah serta membahagiakan .Jhope angkat angguk menyokong akan Kwon Naera.
|--------------♡
" Hye , sayang daddy "
Tegur Jungkook mesra apabila Jeon Dasha masuk kedalam kereta di sebelahnya . Jeon Dasha toleh ke belakang ." Dasha cari siapa ?
Auntie Jihyo ? "Jeon Dasha angguk mengiakan .
Dia sudah pun mengenali Jihyo kerana keduanya pernah video call bersama . Rancangan Jungkook untuk keduanya saling mengenali . Mujur sahaja Jeon Dasha mudah mesra dengan Jihyo . Anaknya itu ramah walaupun masih kecil . Mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang dia suka dan selesa .
YOU ARE READING
𝘿𝙖𝙙𝙙𝙮 | 𝙅𝙐𝙉𝙂𝙆𝙊𝙊𝙆 ✔︎
Fanfictionshot your hearteu - daddy jeon . Jeon Jungkook seorang daddy muda berusia 25 tahun mempunyai seorang anak kecil bernama Jeon Dasha . Anak kecil yang berusia 9 tahun itu kehilangan mummy nya diusia yang sangat kecil . Mendiang isteri Jungkook iaitu J...