chapter 1

32 6 2
                                    

    Hey, aku cuma budak kampung yang hidup sederhana .. Hidupku tak seperti drama-drama pukul 7 selalu ditayang di kaca televisyen... Aku Ain yang membesar di Pahang.

3 Ogos 2018. (Malam tahlil arwah atuk)

     “kakak, mari salam dengan saudara abah dari Kelantan,” kata abah memanggilku lembut.

       “Besar dah ye Ain ni dulu dok main kawin-kawin dengan Aiman,” kata saudaraku yang digelar Tok Cik.

        “Eh, ada ke Tok Cik? Ain tak ingat,” kataku selesai sahaja bersalaman dengan keluarganya kecuali anak lelakinya.

         “Ada je masa tu Tok Cik ingat lagi kamu dengan Sofia main pondok-pondok kat tepi sawah lepas tu Aiman nak join main sekali,” kata Tok Cik terujanya.

      Aku senyum kecil sahaja. Aku malu kut kena buka cerita masa kecil.

        “Ain, jom makan!” jerit salah seorang sepupuku.

         “Ain pergi makan dulu ye nanti Ain borak-borak lagi,” kataku sopan dan berlalu pergi.

          “Cantik anak kamu Li, pandai kamu jaga dia,” kata Tok Cik kepada abahku.

           “Hahaha, memang la tengok ayah dia hensem anaknya mesti la cantik,” gurauan abahku disambut gelak tawa dari Tok Cik dan isterinya.

            “Hahaha boleh buat calon bakal menantu,” kata Tok Cik sambil menepuk-nepuk bahu anaknya.

            “jom semua makan,” kata mak cik ke 4 ku. Untuk pengetahuan korang semua adik beradik abahku 13 orang.

Situasi aku dan sepupu-sepupuku.

           “Ain,cepat-cepat nak pergi mana?” tanya sepupuku yang digelar Kak Ikah.

            “ Pergi buat anak. Asal ? Nak join?” kataku lantang. Kepala ku terteleng ke Si Dia...

      Dia tersedak. Maknanya dia dengar la apa yang aku cakap?!!!! Malunyaa.

          “halah minah ni kau nak cakap ada pakwe pun takde,” kata Kakak Shafika.

           “Alaaa kak, aku mana laku. Kalau jual kat pasar entah habis ke tak,” kataku selamba sambil berlalu ke dapur.

        Aku rasa dia comel. Well, aku memang jenis suka cuci mata. Nak mengorat tu takde la aku ni bukannya cantik.

Sejak dari itu aku suka kat dia....

To Be Continue

Dear My Lover {Edited}✔Where stories live. Discover now