👒16

205 34 9
                                    


Tiga minggu sudah berlalu, Taehyung kini semakin terkenal dikalangan gadis-gadis dan semakin ramai kawan. Namanya sentiasa menjadi bualan. Gittuw.

Taehyung juga sudah semakin biasa dengan gayanya yang baru. Kadang, dia sendiri yang menukar gaya rambutnya. Banyak yang dia belajar dari Hana dan sedikit sebanyak dari youtube. Mujur kedai CC tidak jauh dari tempat tinggalnya. Bolehlah pergi selalu.

Dia tersenyum lebar saat melihat Hana yang sedang berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Pantas dia berlari mendapatkan Hana.

"awak! Morning!"

Sergah Taehyung dari tepi. Spontan Hana menoleh. Terkejut dia kerana Taehyung dalam jarak yang dekat.

Hana mengundur sedikit. Dia senyum dan wajahnya dialih.

Malu.

"oh morning"

Balasnya tanpa menoleh Taehyung.

"lambat awak harini? Biasa dah sampai sekolah"

Soal Taehyung mahu memulakan perbualan.

"em..aku..tidur lambat semalam, tu bangun pun lambat sikit"

Jawab Hana. Taehyung cuma mengangguk dengar. Dia mahu berbual lagi tapi tidak tahu topik apa yang ingin dibualkan.

Sewaktu menuju ke loker, Taehyung membalas beberapa lambaian dari beberapa orang yang baru menjadi rakannya. Hana cuma diam dan buat-buat tak nampak.

"em, rehat nanti kita rehat sama eh"

Ajak Taehyung. Hana buat muka.

"malas aku, nanti kau bukannya datang pun"

Langkahnya dipercepatkan. Dia terasa dengan Taehyung yang sudah beberapa kali berjanji mahu rehat bersama tapi akhirnya tak muncul juga.

"alaa awak, saya datang. Saya janji"

Taehyung yang tersengih serba salah itu dijeling.

"kau selalu kata janji tapi kau tak datang pun"

Muncung saja mulutnya bercakap. Matanya kembali memandang ke hadapan.

"saya minta maaf, saya...em, sebenarnya setiap kali saya nak pergi rehat mesti ada orang nak ajak rehat. Saya tak sampai hati nak tolak, saya ingat sekejap je, tapi tak sangka lama. Saya minta maaf Hana, harini saya betul-betul janji saya datang"

Pujuk Taehyung panjang. Dia betul-betul minta maaf.

Akhirnya Hana mengeluh. Dia tak patut marah sepatutnya. Taehyung ramai kawan, bukan macam dia yang cuma ada Taehyung saja.

"takpelah Tae, aku tak kesah. Kau ramai kawan aku faham. Bukannya aku tak makan pun kalau kau takde"

Taehyung pula mengeluh. Dia tahu Hana sedih dan dia tak mahu lihat Hana bersedih.

Mana ada orang nak tengok crushnya sedihkan?

"tapi—"

"takpe Tae, aku okay je, kau rehatlah dengan kawan-kawan kau okay"

Potong Hana dan memaksa dirinya untuk senyum.

Taehyung hanya mengangguk perlahan. Tidak mahulah memaksa pula.

Mereka menuju ke loker dan ada sepucuk surat terselit di loker Taehyung. Surat itu diambil dan Hana cuma memerhati.

Bila dia membuka loker, terdapat banyak lagi surat yang disumbat ke dalam lokernya dan semuanya terjatuh ke bawah.

"alamak"

Kata Taehyung lantas memungut semua surat. Hana yang melihat turut membantu.

"tiap hari dapat surat, bestlah kau"

Budak Nerd Kepala Mangkuk || Transform ||Where stories live. Discover now